Dejavu


PD Sanctuary Apartments & Training Centre.
Tiga tahun lepas, aku berada di tempat yang sama, kursus yang sama, suasana yang sama, cuma orangnya sedikit berbeza.

Dejavu. Nostalgia.

Kini, aku kembali di sini, mengasah dan mengingat kembali ilmu yang pernah dipelajari.
Penat, jangan cerita lah. Baru je habis event TAMA 3.0 bersama PEERs UiTM Seremban, Inspirasi UiTM Kota Bharu dan Awesome UiTM Machang, terus hadiri kem ini.

Belum balik rumah lagi, sejak final exam semester ni.

Dengan bertongkatkan sebatang tongkat, dengan penat yang belum terubat, aku datang juga walaupun lambat.

Tak tahu kenapa, tapi gerak hati suruh aku datang sini. Mungkin padanya ada hikmah yang tersembunyi.

InsyaAllah. Akan kusemadikan memori dan genggam ilmu yang ada, berjuang untuk agama, bangsa, negara.

Jurukamera : @amanazian

Catat Ulasan

0 Ulasan