3rd Day Ops Face Shield: Penghantaran Terus Ke Petugas Roadblock




Hari ini Team BSMM HQ berjaya menghasilkan 1689 unit face shield untuk kegunaan frontliner.

Dalam masa 3 hari pembikinan face shield ini, 3881 unit berjaya dihasilkan.

Di samping penghasilan face shield, pihak BSMM juga turut membuat penghantaran face shield (yang sudah siap) pada masa yang sama kepada barisan hadapan.

Selain itu, kami dan beberapa team lain (mewakili BSMM) turut memberikan sumbangan first aid kit dan surgical mask kepada pihak polis dan tentera yang menjaga sekatan jalan raya.

Semoga Allah permudahkan segala urusan barisan hadapan. Semoga kita semua dikurniakan kekuatan untuk berjuang melawan wabak COVID-19 ini.









Catat Ulasan

0 Ulasan