Baru-baru ni, SYM Husky 150 saya tiba-tiba tak boleh hidup. Tekan butang starter, keluar bunyi klik-klik je. Skrin meter pun tak keluar seperti biasa, sebab skrin jadi blank. Saya cuba tekan hon, bunyinya pun perlahan. Signal kiri kanan pun sama, bunyi halus macam cengkerik. Dalam hati terus terlintas satu benda: ni confirm bateri kong.
Punca utama? Saya dah dua minggu tak start motor. Saya terlantar di hospital selama seminggu, kemudian sambung rehat di rumah seminggu lagi.
Motor ni pakai sistem keyless, jadi walaupun kita tak guna, sistem elektronik tu tetap tarik sedikit kuasa daripada bateri. Kalau dibiarkan lama tanpa hidupkan enjin, kuasa bateri akan makin menurun sampai tak cukup tenaga untuk start semula.
Saya cuba jump start bateri skuter guna kereta. Enjin kereta saya matikan dulu, kemudian sambungkan wayar ke bateri motor. Lepas pasang wayar di kedua-dua kenderaan, baru saya start enjin kereta. Alhamdulillah, motor terus hidup lepas tekan butang starter. Saya biarkan idle selama 20-30 minit untuk recharge. Kemudian, saya terus ke bengkel untuk buat pemeriksaan.
Mekanik check voltan bateri. Bacaan keluar 12.2V. Katanya, untuk bateri 12V yang sihat, bacaan sepatutnya dalam lingkungan 12.8V ke 13.2V. Maksudnya, bateri saya masih boleh guna, tapi kuasa dia dah menurun.
Menurut mekanik, kalau bateri dah lemah lama sangat, kadang-kadang nak charge semula pun dah tak berkesan. Ini sebab dalam bateri ada sel yang boleh “sulfat” bila voltan terlalu rendah untuk tempoh yang lama. Bila dah jadi macam tu, arus elektrik susah nak masuk semula dan keupayaan bateri pun jatuh. Mekanik kata, bateri masih boleh tahan, cuma jangan drag terlalu lama. Tukar secepat mungkin.
Bateri Husky ialah jenis YTZ10S (MF) 12V 8Ah. Usia Husky saya ni dah 1 tahun 4 bulan. Saya plan nak tukar bateri bulan depan.
Apa Saya Belajar Dari Pengalaman Ni
- Start motor sekurang-kurangnya seminggu sekali (kalau jenis tak pakai selalu).
- Kalau nak tinggal motor lama, cabut bateri. Pasang semula bila nak pakai.
- Boleh consider beli power bank jumper untuk jump start.
Sekian sahaja perkongsian saya kali ni. Yang lain dah tukar bateri ke? Berapa lama bateri tahan sebelum tukar? Boleh la share di komen. Terima kasih.
Azeem Raslan (AZAR)
Penulis Blog Azaraslan(dot)(com)
https://linktr.ee/azaraslan
#Azaraslan #Husky150 #SYMHusky150
---
Nota Tambahan:
Kalau nak beli brake pad original Husky, boleh tekan link ni: https://s.shopee.com.my/2B5CL3FoEy?share_channel_code=1
Bluetooth intercom (Tnicer G1EX) memang membantu untuk berkomunikasi dengan pasangan sepanjang ride. Boleh check sini: https://s.shopee.com.my/9UqGJnRaZW?share_channel_code=1
Senarai barang ride yang saya pakai (hook, bracket, box, phone holder, rain cover, helmet dll) boleh rujuk di sini: https://linktr.ee/azaraslan
Catat Ulasan