Shopee

Azeem Bersama SYM Husky 150 di hadapan Colmar Tropicale


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera semua.


Posting kali ini saya nak cerita pasal ride Husky ke Bukit Tinggi bersama isteri pada 5.9.2025.


Kali ini perjalanan agak panjang:

Rawang -> Klang -> Bukit Tinggi -> Rawang.




Riding Experience Waktu Mendaki:


  • Waktu ride, cuaca mendung.
  • Saya maintain kelajuan dalam 30–50 km/j sahaja semasa mendaki. Jalan elok dan luas di sesetengah bahagian.
  • Jalan ke Bukit Tinggi ni antara port best untuk layan corner. Sungguhpun begitu, kena hati-hati sebab ada selekoh tajam yang boleh buat overshoot kalau bawa laju.


Destinasi KE Colmar Tropicale


  • Dekat sini ada tiket masuk: RM14 untuk dewasa, RM7 untuk kanak-kanak.
  • Nak bayar tiket, boleh guna kad debit atau kad kredit.
  • Dekat atas sana, tak ada dedicated parking untuk motor, jadi rider boleh parking sahaja dekat kawasan kereta.
  • Dekat atas tu memang berbaloi kalau anda sejenis yang suka tangkap gambar. Banyak kawasan insta-worthy, sebab suasana ala-ala French village. Waktu saya sampai, boleh dikatakan setiap family ada monopod untuk bergambar.


Riding Experience Waktu Menurun:


  • Waktu turun, jalan dia lebih landai berbanding mendaki.
  • Jangan bawa laju sangat. Ada tendency untuk overshoot. Maka, hati-hati bila bawa motor.
  • Waktu saya turun, saya banyak main brek berbanding pulas throttle. Saya cruise je.
  • Saya bawa 30–50 km/j untuk kawalan lebih baik.


Overall?


  • Perjalanan ride kali ni puas hati. Laluan Bukit Tinggi menghala Colmar Tropicale memang sesuai untuk mereka yang nak layan corner dan juga santai-santai.
  • Motor Husky 150 memang steady, tak ada masalah mendaki. Petrol maintain jimat macam biasa.
  • Bluetooth intercom (Tnicer G1EX) memang membantu untuk berkomunikasi dengan pasangan sepanjang ride. Boleh check sini: https://s.shopee.com.my/9UqGJnRaZW?share_channel_code=1


NOTA TAMBAHAN:


Senarai barang ride yang saya pakai (intercom, box, phone holder, rain cover, helmet dll) boleh rujuk di sini: https://linktr.ee/azaraslan


Pengalaman saya ride ke Bukit Fraser: https://www.azaraslan.com/2025/07/pengalaman-ride-husky-150-bukit-fraser.html


Pengalaman saya ride ke Genting Highlands: https://www.azaraslan.com/2024/12/pengalaman-menunggang-sym-husky-150-ke.html


Semoga perkongsian ini bermanfaat. Sekian, terima kasih.


Azeem Raslan (AZAR)
azaraslan.com


#SYMHusky150 #Husky150

Post a Comment

Terbaru Lebih lama

Baju Hujan Tahan Lasak Kalis Air

Maxtag Touch N Go Smart Tag Holder