Shopee

Fraser's Hill Iconic Clock Tower


RIDE KE BUKIT FRASER (FRASER’S HILL) BALIK HARI


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera semua.


Cerita 5.7.2025, ride ke Fraser’s Hill (FH), balik hari.


Ride ke FH bersama isteri selepas kerja di Petaling Jaya. Ikut Kuala Kubu Bharu melalui Ampang Pechah.


Kali pertama jejak kaki ke FH. Moment lebih istimewa bila tercipta bersama isteri dan jentera Husky.


Riding Experience Waktu Mendaki:

  • Ada jalan first half dengan second half. Refer video.
  • Bagi saya, jalan naik, lebih mencabar dari Genting.
  • Sebab apa? Sebab banyak selekoh pendek. Jalan sempit, dan banyak kawasan peninggalan tanah runtuh.
  • Kena hati-hati bawa motor. Biar lambat asal selamat.
  • Waktu naik, ada bahagian jalan licin dan banyak dahan atas jalan.
  • Kelajuan saya maintain dalam 20-30km/j je.
  • Nota: Line telco tak stabil waktu mendaki.
  • Apapun, bila dah sampai, hilang la rasa penat tu.
  • Sebelum naik, pastikan guna tandas dulu, sebab tak ada tempat nak berhenti.
  • Pastikan petrol dah isi. Isi full la senang. Isi siap-siap dekat KKB (jika naik ikut KKB) atau Raub (jika naik ikut Raub). Dekat atas tu tak ada stesen minyak.


ATURCARA SPONTAN

  • Bila di atas, kami pusing-pusing la kat atas tu. Lepas tu makan tengah hari, solat di Masjid Sultan Mahmud dan pergi ke Air Terjun Jeriau.
  • Jalan ke Air Terjun agak mencabar😅 Kena banyak main brek dan jalan sangat sempit. Kena hon dekat selekoh sebab blindspot area. Dekat video saya ada share.
  • Perjalanan ke Air Terjun tu, memang tak ada line telco.
  • Sebelum turun dari FH, kami pekena desert, tea time, minum kopi untuk recharge badan. Guna tandas siap-siap sebab perjalanan jauh.


Riding Experience Ketika Menurun:

  • Bagi saya menurun, santai je. Genting Highlands lebih mencabar waktu turun.
  • Bawa motor mod bersahaja. Ada je yang bawa laju (tapi semua solo rider). Saya tak berhasrat nak bawa laju plus saya nak menikmati keindahan alam dan kesejukan.
  • Kelajuan saya maintain antara 20-50km/j. Jalan yang selekoh pendek kita bawa slow.
  • Nota: Line telco tak stabil waktu menurun.
  • Kalau turun jam 6.00 petang dari FH ke KKB, anda boleh la singgah di jambatan kawasan empangan tu. Ada sunset yang amat cantik dan clear.
  • Sebelum turun, boleh la guna tandas siap-siap, sebab tak ada tempat nak berhenti. Cuaca sejuk boleh trigger kita untuk terkucil dan sebagainya.


Overall?

  • Best. Puas hati bawa Husky 150. Gagah panjat bukit. Tahan lasak. Petrol? Turun dua bar je. Husky memang menang kat petrol.
  • Udara di Bukit Fraser lebih nyaman dan segar, sebab banyak pokok dan kehijauan.
  • Sebelum naik, pastikan condition motor tu okay. Kalau belum servis, pergi lah servis dulu. Check minyak hitam, angin tayar, coolant, dsb). Waktu saya naik haritu, nampak ada motor tersadai kira-kira 10 minit selepas Sg Chilling. Nasib baik masih peringkat awal dan ada motor-motor lain bantu.
  • Untuk trip ke Fraser, boleh standby tools macam screwdriver, ratchet, pam angin, cacing dan sebagainya. Malang tidak berbau. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.
  • Total perjalanan: 245km (campur pergi balik). Rawang -> Petaling Jaya -> KKB -> Fraser's Hill -> Rawang.
  • Mileage terkini: 19,850km (setakat 5.7.2025). Sikit lagi nak capai 20,000km dalam masa setahun.
  • Bluetooth Intercom memang memainkan peranan untuk travel. Boleh dengar lagu dan bersembang dengan orang belakang. Takdelah bosan sangat. Saya guna Tnicer G1EX: https://s.shopee.com.my/9UqGJnRaZW?share_channel_code=1
  • InsyaAllah, akan datang, kita plan stay sana pula.




NOTA TAMBAHAN:

Saya juga ada listkan barang-barang motor seperti intercom, box, phone holder, payung untuk phone holder, phone cover waktu hujan, set baju hujan, helmet dan lain-lain. Barang yang saya list tu barang yang saya dah beli dan dah pakai. Boleh rujuk di sini: https://linktr.ee/azaraslan


Semoga perkongsian ini bermanfaat. Sekian, terima kasih.


Azeem Raslan

azaraslan.com


#Husky150 #FraserHill #BukitFraser #SYMHusky150 #Skuter #Scooter #Rider #Motorcycle

Post a Comment

Terbaru Lebih lama

Baju Hujan Tahan Lasak Kalis Air

Maxtag Touch N Go Smart Tag Holder