Pengalaman, Cabaran & Realiti Sambung Master Sambil Bekerja


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera semua.

Semoga semua pembaca sihat-sihat sahaja. Semoga sentiasa dilindungi oleh Tuhan daripada segala penyakit khususnya wabak COVID-19 yang semakin meruncing dalam negara sekarang ini.

Entri kali ini, saya ingin menceritakan mengenai pengalaman saya menyambung master secara part time dan bekerja secara full time.

Untuk pengetahuan semua, saya adalah graduan Ijazah Sarjana Eksekutif Sains Pentadbiran / Executive Master of Administrative Science (EMAS), Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi (FSPPP) UiTM (September 2018 - September 2020).

Pada masa yang sama, saya bekerja secara sepenuh masa sebagai Pegawai Pereka Grafik & Strategik di Kazaza International Berhad (semasa saya semester 1-2), kemudian beralih profesion ke agensi Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (MEDAC) iaitu Insitut Keusahawanan Negara (INSKEN) pada semester 4 (selepas 297 permohonan kerja). Saya menganggur sementara waktu semasa saya di semester 3. Saya fokus pada kerja freelance dan bisnes kecil-kecilan dalam graphic design, photography dan videography.

Apa yang saya ceritakan ini bukan untuk menakutkan anda, tapi inilah realiti sambung master sambil bekerja. Sepanjang perjalanan master, pasti ada pahit manisnya.

Sukacita diingatkan, penceritaan saya berkenaan realiti dan pengalaman sambung master sambil kerja ini adalah pengalaman saya sendiri ya. Saya mengambil master mod coursework (masuk kelas).



Tangga kejayaan menuju ke Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi (FSPPP) UiTM Shah Alam. Ni pun dah separuh jalan. Hahahaha.

REALITI 1: BERSEDIA UNTUK PENAT TERAMAT DAN "TAK ADA LIFE"

Saya ambil master coursework. Maksudnya saya kena masuk kelas. Berikut adalah keterangan lanjut:

  • Coursework: Masuk kelas, belajar subjek-subjek yang ditetapkan. Pada masa yang sama, kena complete mini research / dissertation untuk peroleh sijil sarjana / master
  • Research: Anda tak perlu masuk kelas langsung. Dunia anda hanyalah membuat research sahaja.
  • Mixed Mode: Masuk kelas, belajar subjek-subjek tertentu yang telah ditetapkan. Pada masa yang sama, kena siapkan thesis untuk dapat sijil master.


Apabila anda menyambung master part time sambil kerja full time, ini bermaksud anda tiada banyak masa untuk berehat. Anda kena berkorban masa untuk banyak perkara. Sekiranya anda mengambil master part time, kelas anda akan dijalankan pada hujung minggu, iaitu Sabtu dan Ahad. Kebiasaannya, Sabtu kelas full day dan Ahad pula half day. Kadang-kadang Sabtu half day dan Ahad pula full day.

Bayangkan, anda dah bekerja Isnin sampai Jumaat. Kemudian, Sabtu dan Ahad anda kena pergi kelas. Agak-agak penat tak? Confirm penat teramat.

Oleh sebab itu, sekiranya kawan-kawan ajak lepak, ataupun ada ahli keluarga kahwin, confirm anda semua tak boleh nak pergi melainkan anda ponteng kelas. Tapi ingat, ponteng kelas zaman master, anda akan ada masalah besar nak catchup dengan silibus yang diajar.

Sebab apa? Sebab satu hari, satu subjek sahaja. Maksudnya, sepanjang Sabtu kelas full day 9.00 pagi sampai 5.00 petang tu, anda akan hadap subjek yang sama sahaja. Sebagai contoh, sekiranya anda belajar subjek Strategic Management, maka anda akan belajar subjek tersebut selama 8 jam. Dalam 8 jam tu la kuiz akan dijalankan, aktiviti berkumpulan dijalankan, pembentangan dijalankan dan penghabisan chapter dijalankan. Boleh jadi sampai 3-4 chapter sehari. Haa hadap la sampai muntah. Bayangkan kalau anda tertinggal, fuhh... Menggagau nanti masuk next class.

So, kalau ada kawan nak ajak lepak, family kahwin, korang nak tak nak, kena tolak. Itulah realiti pahit yang saya kena hadapi selama 2 tahun buat master.


Waktu ni tengah siapkan assignment bersama rakan sekumpulan. Berkumpul lepas maghrib, habis discussion pukul 12.00 malam sampai Burger King Seksyen 13, Shah Alam kata, "Sorry encik, kami dah nak mengemas. Dah tutup". Ha gitu. Hahaha.


REALITI 2: KENA BERSENGKANG MATA SELESAIKAN ASSIGNMENT. KALAU ASSIGNMENT GROUP, BILA NAK DISCUSS? KAN SEMUA BEKERJA?

Fuh.. Assignment ni, memang satu benda yang sangatlah menakutkan. Jika anda diberi assignment, nak tak nak, anda kena siapkan juga dan dihantar pada masa yang ditetapkan.

Sekiranya anda dapat assignment individu, nak tak nak, bila anda balik je dari kerja, anda kena settlekan assignment pada waktu malam atau tengah pagi. Malam atau tengah pagi kena buka buku, baca artikel, baca jurnal. Itulah rutin yang akan berlaku sepanjang master. Penat kerja tak habis lagi, ini pula nak hadap assignment. Aduh.. Hahahah. Kalau anda bujang, okay la lagi. Tapi kalau anda dah berkahwin, ini akan jadi cabaran yang lebih tinggi buat anda, lagi-lagi kalau dah ada anak. Apapun, jangan khuatir, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Jangan sesekali amalkan budaya menangguh kerja. Tu namanya memang cari nahas.

Bagaimana pula kalau assignment group? Hehehehe... Ini memang mencabar sebenarnya, sebab kalau ada 4 orang dalam satu group, semuanya mesti ada kerja masing-masing kan? So, anda memang kena susun la gerak kerja tu. Nak tak nak, semua kena freekan masa untuk buat assignment.

Dulu, group saya buat assignment dekat kedai makan waktu malam, siap bawa anak-anak lagi. Kuat dan kental semangat demi menyiapkan tugasan yang diamanahkan!

Hakikat master, semua orang akan penat. So alasan penat tu tak boleh digunakan selalu. Nanti orang menyampah. Kalau ahli kumpulan tak nak buat kerja atau banyak alasan, anda kena buat sesuatu untuk selesaikan hal tu.

Ingat! Assignment group ni boleh juga melibatkan tugasan untuk interview orang luar, dan kena buat video shooting ala-ala dokumentari. Oleh itu, anda tidak akan lari daripada memohon cuti AL untuk selesaikan assignment masing-masing. So, rancanglah cuti elok-elok, supaya assignment boleh berjalan. Waktu saya study dulu, saya pun mohon cuti AL untuk siapkan assignment. Group lain pun sama juga.

Nak inform juga, assignment master kebiasaannya banyak. Ada mini-assignment, major assignment.

Satu subjek at least ada 4 assignment (gabungan mini assignment + major assignment). So, 4 subjek x 4 assignment = 16 assignment satu semester. Ni realiti buat master. Kalau anda terkejut, jangan risau, saya pun waktu jadi student Master, memang terkejut jugak hahahah. Rasa macam insane, rasa macam nak give up pun ada. Tapi jangan risau, susun jadual elok-elok, jangan tangguh-tangguh kerja okay?

Sometimes korang tak dapat nak rehat sangat pun. Sebab, habis satu assignment, ada lagi assignment menunggu. Itu belum cerita lagi kalau due date dekat-dekat. Berjaga malam tu biasa. Sakit kepala, stress tu memang confirm punya.

Assignment yang dimaksudkan ni, belum cerita bab research lagi tau. Tu lagi dahsyat. Hahahaha. Pasal research ni kena check kat realiti bahagian bawah.

Imagine kalau student part time (PT), lagi la sakit kepala nak memikirkannya. Siang kerja, malam ke tengah pagi kena settlekan assignment. Sometimes kena mintak cuti kerja sebab nak selesaikan assignment ni.


Sedang membuat pembentangan mengenai Ketokohan & Kepimpinan Syed Mokhtar Al-Bukhary untuk subjek Leadership for Change.

REALITI 3: JANGAN SAMAKAN ASSIGNMENT DIPLOMA DEGREE DENGAN LEVEL MASTER YA!

Apa yang saya boleh katakan ialah, anda jangan sesekali samakan level of difficulty assignment sewaktu diploma dan degree. Anda kena lucutkan hardship waktu degree. Jangan samakan langsung!

Assignment waktu master ni, anda kena:

  • Matang dalam membuat assignment. Jawapan kena matang, bernas, konkrit dan menepati kehendak soalan. Jangan buat mukadimah panjang-panjang sebab nak cukupkan word count yer sebab lecturer nak tengok isi. Kat situ la markah diberi.
  • Berfikir luar kotak. Kena berfikir secara kritikal.
  • Fikir cara penyampaian presentation yang terbaik. Jangan dok terbawa-bawa perangai baca slides A-Z, menghala punggung ke lecturer.
  • Kena banyak membaca jurnal, artikel untuk menyokong hujah anda dalam assignment.
  • Kalau anda harapkan slides je, memang kena bantai teruk dengan lecturer. Confirm-confirm markah teruk.
  • Jika anda ambil course EMAS, anda dijangka dan diharapkan untuk mengetahui isu semasa. So, sila cakna dengan isu semasa, banyakkan baca surat khabar dan tonton berita. Student EMAS kan belajar pasal pengurusan & pentadbiran kerajaan serta politik, so mestilah nak kena tahu isu semasa!


Selain itu:

  • Ada certain task yang memerlukan anda untuk interview orang luar. Ni depends pada assignment yang kita dapat.
  • Ada juga assignment kita kena kerjasama satu kelas. Pendek kata, kena organise lawatan atau site visit.


Kena demam denggi dalam tempoh pengajian master pada semester akhir. Kelas memang tak pergi. 13 drip + antibiotik. 3 branula tempat berbeza. Lebih 10 ujian hospital dibuat. 6 hari di hospital. Platelet jatuh sampai 29.

REALITI 4: ANDA AKAN STRESS DAN BURNOUT. JIKA ANDA SELALU AMBIL MC / AL, ITU PERKARA BIASA

Buat master part time sambil kerja bukanlah benda yang mudah. Kalau pagi petang siang malam kena kerah badan dan otak, mestilah kita akan rasa tertekan dan burnout. Badan dan otak kita dah overwork, so mestilah panas dan overlimit. Oleh itu, sekiranya anda stress, just take a break for a while. Pergi lihat tumbuh-tumbuhan, main game ke, bersukan ke, lepak dengan member ke. Ambillah MC jika tidak sihat ataupun AL untuk regain strength. Ingat, kita kena sentiasa jaga mental dan fizikal kita sebab kita nak pakai sampai ke tua.


Gambar Bersama En. Azman, Ethics & Integrity in Administration: Semester 2 Master (Part Time)

REALITI 5: SUASANA KELAS LEBIH MATANG

Kelas master part time akan terdiri daripada golongan berkerjaya, so mereka lebih matang dan experienced. Kebiasaannya mereka akan relatekan pengalaman mereka dengan tajuk yang dibincangkan dalam kelas. So, dari segi contoh tu, kita dapat hands-on punya contoh. Reality based. Lebih senang kita nak ingat. Pelajar part time pun suka relatekan course yang mereka pelajari ini dengan assignment dan research mereka. So, galilah maklumat sebanyak mungkin. Even lecturers pun banyak belajar dari pengalaman student.

Selain itu, lecturer juga lebih banyak berkomunikasi dengan student. Sebab apa? Sebab bila anda masuk master ni, lecturer lebih suka berbincang, bertanya soalan kepada anda. Bila lecturer bertanya, takkan la anda nak diam kan? Anda kena la respon. Penglibatan dalam kelas (seperti menjawab soalan) dikira sebagai markah dalam carrymark / ongoing assessment tau.

Bila banyak komunikasi dalam kelas, maka secara tidak langsung kelas itu lebih rancak, meriah ataupun happening, positive vibes. Bila dah jadi macam ni, maka lecturer akan treat pelajar mereka seperti kawan-kawan juga (tapi still sifat hormat antara pelajar dan lecturer la). Bila lecturer dan student sama-sama berada dalam zon yang selesa (dah break the wall or ice berg), maka lecturer akan banyak berkongsi ilmu dan pengalaman yang luar biasa. Tu kira bonus dan exclusive content la. Usually content yang dikongsi itu tiada dalam buku teks dan slides. Itulah kelebihan peringkat master sebab banyak fruitful discussion.

Mungkin akan ada isu-isu sensitif yang dibincangkan dalam kelas, namun itu adalah sebahagian daripada gedung ilmu. Mungkin ada perkara yang kita kurang bersetuju, so itulah tujuan perbincangan dilakukan, untuk mengasah minda berfikir secara kritikal, membalas hujah dengan fakta dan bahasa yang berhemah. Di sini anda akan dilatih untuk menjadi lebih berfikiran terbuka / open minded. Anda juga secara tidak langsung diajar untuk tidak jadi judgmental. Pandangan setiap orang berbeza-beza. Kita kena hormat pandangan semua orang.


Kelas Strategic Management bersama Prof. Dr. Fadilah. Nampak tingkap tu? Gelap kan? Waktu ni dah malam dah. Kalau tak silap, dah maghrib. Baru habis kelas. Kelas start pukul 10.00 pagi, habis pukul 7.30 malam macam tu. Satu subjek sahaja.

REALITI 6: TUAN PUAN, SEMANGAT MESTI KENTAL

Master level ni bukan biasa-biasa. Jangan samakan langsung dengan zaman undergraduate (diploma degree) dulu. Assignment pun high level. Test, kuiz, final exam semua high level. Oleh itu, kuatkanlah semangat. Doa banyak-banyak. Dapatkan support system yang kuat untuk menyokong dan mendorong anda habiskan master ni. Akan sampai satu masa, anda akan persoalkan diri anda, "kenapa la aku buat master eh?", "aduh, rasa nak berhenti lah". Jika anda fikir sebegini nanti waktu dah buat master, percayalah, benda ni semua orang akan fikir. Saya pun fikir juga.

So, ingat balik kenapa anda masuk master. Betulkan niat anda. Retune dan refine balik niat anda sambung master ni. Fokus kepada apa yang anda nak capai. Fokus dan niat utama ialah semestinya nak tambah ilmu. Jika itu niat kita, insyaAllah Tuhan akan permudahkan.


Dulu saya jual sabun untuk jana pendapatan tambahan. Alhamdulillah dapat la tampung sikit perbelanjaan master. Sekarang tak jual dah. Kilang yang saya ambil ni dah tutup akibat daripada impak besar COVID-19.

REALITI 7: BUAT MASTER, BANYAK GUNA DUIT

Yuran master ni mahal. Oleh itu, simpanlah duit banyak-banyak kalau nak buat master. Yuran satu hal, printing semua satu hal lagi, nak travel lagi, proof reading dissertation lagi.

Jika anda belajar program EMAS, yuran lebih kurang RM2700-3000 untuk satu semester. Jumlah keseluruhan dalam RM11,000+- untuk 4 semester, part time.

Anda juga boleh memohon pinjaman MARA, PTPTN. Jika result degree anda power, boleh la try mohon biasiswa MyBrain atau JPA. Google je, mesti ada orang share cara nak membuat permohonan.

Jika ada mak ayah boleh sponsor, itu namanya rezeki. Alhamdulillah.

Jika nak buat duit tepi, buatlah. At least ada side income untuk support kos dan perbelanjaan master.

JIKA ANDA BERMINAT NAK SAMBUNG BELAJAR, DAN ANDA PUNYA PERFORMANCE KERJA BAGUS, ANDA BOLEH INFORM HR NAK SAMBUNG MASTER. MUNGKIN ADA INSENTIF. Boleh baca dengan lebih lanjut di Realiti 18.


REALITI 8: BENDA NI BOLEH TERJADI JIKA TERDESAK: SIAPKAN ASSIGNMENT DI OFFICE

Sejujurnya saya pernah melalui saat ni. Waktu tu kerja office overwhelming. Kita pula tak cukup rehat. Kita ada banyak assignment nak kena buat. Maka kita tak cukup masa nak selesaikan assignment yang diberikan.

Maka, bila terjadinya perkara sebegini, saya minta kebenaran daripada manager atau supervisor saya untuk take TO (time-off) untuk sejam dua, bagi saya selesaikan assignment ni. Kemudian, saya sambung kembali bekerja.

Mungkin jarang berlaku, tapi boleh berlaku.

Tapi saya selalu juga buat assignment di office selepas habis waktu bekerja. Maksudnya saya stayback untuk sejam dua, bagi selesaikan assignment. Sebab apa tau? Sebab kalau balik rumah, anda hanya akan fikir nak rehat je. Nampak katil memanggil.


REALITI 9: KERJA HAKIKI MESTI DIUTAMAKAN

Dalam kes saya, majikan tiada masalah untuk saya sambung belajar asalkan dengan syarat, saya tidak mengabaikan tugas hakiki. So, kalau tak nak ada apa-apa isu dengan kerja hakiki, uruskanlah assignment, hal pembelajaran dengan sebaik mungkin. Jika pembelajaran master kita menggugat prestasi kerja, nanti jadi lagi susah! Tak memasal kita dilabel tidak kompeten.


Semester 2 master. Waktu ini masih bekerja bersama Kazaza International Berhad. Kena outstation ke Kelantan.

REALITI 10: JIKA ADA EVENT KERJA DAN KELAS MASTER PADA HARI YANG SAMA? BIASANYA KERJA PERLU DIUTAMAKAN. APAPUN BERGANTUNG PADA BUDI BICARA DENGAN MAJIKAN

Kes ni berlaku dekat rakan sekelas saya. Beliau diberikan peluang untuk sambung pengajian master tapi dengan syarat: sekiranya ada kerja pada hari kelas, kerja perlu diutamakan. Tiada pengecualian.

Macam kes saya pula, ianya lebih pada budi bicara dengan majikan. Kalau program tu besar atau kena outstation, so saya kena pilih kerja. Kalau program tu internal ataupun ada orang lain boleh backup, so majikan biasanya bagi je pelepasan untuk pergi kelas.


REALITI 11: MUNGKIN RAKAN SEKELAS ANDA AKAN BERKURANGAN DARI SEMESTER KE SEMESTER

Sedih tapi benar. Ada yang berhenti master separuh jalan sebab hilang fokus, hilang minat, sebab nak kahwin, sebab dapat kerja, sebab tak boleh nak carry on dengan master dan sebab-sebab lain. Perkara sebegini pasti akan menggugat kita juga. Apapun, kita tetapkan matlamat kita. Usaha ke arah itu.


Misi menyiapkan dissertation. laptop kiri buat SPSS. Laptop kanan buat draft. Gambar ni beberapa hari sebelum due date submission. Gambar di Perpustakaan Tun Uda Shah Alam.

REALITI 12: JANGAN AMBIL RINGAN DENGAN DISSERTATION! JANGAN BUAT KERJA COPY PASTE!

Secara umum, subjek research adalah subjek yang paling ditakuti oleh pelajar master. Sebab apa? Sebab subjek research ni, kita kena buat seorang. Makna kata, lone ranger. Tiada partner.

Anda hanya akan communicate bersama dengan supervisor anda sahaja untuk menyiapkan mini research ataupun dissertation anda.

Untuk tajuk research, kita sendiri yang tentukan. Tapi, bincang dulu dengan supervisor pasal tajuk ni. Setiap supervisor ada kepakaran dalam bidang masing-masing. So, pilihlah supervisor yang sesuai dengan tajuk anda. Nanti pada awal semester, pihak akademik pasti akan membuat pengumuman pasal perkara ni. Dengan maklumat yang ada, kita dah boleh mula buat survey.

Bottom line is, kita kena submit tajuk pada semester 1 juga. So discuss elok-elok, apa yang terbaik.

Dissertation ni dia tak sama macam assignment biasa. Dissertation bukan assignment copy paste! Dissertation ni memerlukan anda untuk banyak menulis, membaca dan menganalisis maklumat yang ada. Pastikan anda membuat tajuk yang anda minat dan rasa boleh buat. Jika anda minat, so anda akan rasa ada semangat sikit nak teruskan.

Sebagai pelajar part time dan bekerja full time pada masa yang sama, anda pasti akan terasa strugglenya. Mana taknya. Hari Isnin-Jumaat anda bekerja. Malam mesti penat. Nak bangun tengah pagi tu kadang-kadang tak terbangun. Hari minggu penuh dengan kelas. Kalau anda seorang ibu, mesti nak kena masak, jaga anak apa semua. Kalau anda jenis selalu outstation, banyak komitmen dan sebagainya, itu pun menjadi cabaran yang besar untuk mencari waktu bagi menyelesaikan research. Sibuk macam mana pun, tetap kena ada disiplin diri. Itulah hakikat yang amat perit.

The struggle is real. Buat research ni is a lonely journey tau. At least tajuk yang awak minat tu lah yang akan memberi motivasi untuk teruskan research selama 1 tahun setengah ataupun 2 tahun.

Pastikan anda juga:

  • Sentiasa simpan notes, jurnal, artikel, document dalam satu folder yang sama. Categorize siap-siap, so nanti senang nak cari balik.
  • Sentiasa buat backup research / assignment dari semasa ke semasa. Letak la dalam Google Drive, Dropbox, Cloud, pendrive, external hard disk. Biar banyak backup, sebelum menangis tak berlagu sebab research hilang.
  • Ikut format research yang telah diberikan. Format zaman degree ada beza dengan master.
  • JANGAN COPY PASTE RESEARCH ORANG LAIN. Kalau anda buat juga, dan kantoi, jawapannya... Bye-bye la master. Nanti kena gugur taraf sebagai pelajar. Jangan sesekali terfikir nak plagiat / tiru. Universiti sekarang pun masing-masing dah ada plagiarism checker. Macam UiTM, UiTM guna turnitin software. Andai kata la anda berjaya melepasi sistem turnitin software, ingatlah, anda tetap tidak jujur dan Tuhan Maha Melihat.
  • Bila dah level master ni, pastikan bahasa yang digunakan juga melambangkan anda pelajar master. Kalau dissertation anda bahasa inggeris, pergilah buat proof reading! Baru la nampak profesional! Kalau bahasa melayu sekali pun, buat proof reading juga! Memang kena keluar duit sikit, so that dissertation kita ada kualiti.


Hakikat research yang lain:

  • Research ni dia bukannya final year project (FYP) ya. Bukan senang nak skor A.
  • Research yang kita buat perlu ada keunikan. Perlu ada novelty value. Tidak boleh sama dengan tajuk orang lain.
  • Setiap research yang kita buat tu perlu tackle satu-satu masalah dan berikan cadangan untuk jalan penyelesaian.
  • Seandainya dah ada orang buat pasal sesuatu tajuk tu, kita tidak lagi boleh pilih tajuk yang sama melainkan anda nak buat comparative analysis, anda nak comment researcher tu punya thesis, research dalam perspektif yang berbeza.
  • Dalam research ni ada macam-macam school of thoughts yang kena ikut. Bukannya kita buat research pakai taram je.
  • Misal kata, kita nak buat tajuk A. Tajuk A ni guna teori A, so kita tak boleh buat benda yang sama. Sungguh pun begitu, kita boleh buat tajuk A tapi guna teori B. Kenapa boleh? Sebab kita nak test keberkesanan teori B tu macam mana. So nanti ada la researcher lain akan buat comparative analysis antara teori A dan teori B, mana lebih bagus dan sebagainya.
  • Jika anda pilih sesuatu teori, tajuk, formula, anda perlu ada sebab kenapa pilih teori, tajuk, formula tersebut. Kenapa nak ambil teori, tajuk, formula tu? Anda perlu buktikan dengan research findings dan sebagainya. Anda kena ada fakta dan hujah yang kukuh dalam setiap benda yang anda buat.
  • Sebab itu lah dalam research ni kena banyak membaca jurnal, buku, artikel dan sebagainya. Sebab dengan maklumat-maklumat itulah kita akan masukkan dalam penulisan dan kita akan masukkan nama mereka sekali sebagai rujukan.
  • Jika penulisan research kita berkualiti, kita boleh publish research kita. Kita boleh bentang dalam persidangan.
  • Setiap research yang kita buat, tujuan utamanya adalah untuk menyumbang dalam body of knowledge. Kita nak besarkan gedung ilmu.


REALITI 13: AKAN ADA SUARA-SUARA ATAU ORANG YANG AKAN SURUH ANDA BERHENTI BELAJAR

Mesti akan ada yang cakap, "berhenti jelah. Cukup-cukup la belajar tu. Degree kan dah ada. Sekarang ni kan susah, nak belajar lagi, kerja lagi" Mesti akan ada juga suara-suara yang akan pertikaikan pilihan kita untuk sambung master sambil kerja.

Nasihat saya, biaq pi depa. Yang penting anda tahu kenapa anda sambung. Jangan disebabkan suara-suara ni mengganggu hasrat dan impian anda untuk mendapat segulung ijazah master.

Dalam perjalanan hidup kita, kita jangan bergerak berlandaskan pujian, sebab jika tiada pujian, anda akan stop. Kita jangan pula berhenti disebabkan cacian makian tohmahan. Kita perlu bergerak berlandaskan matlamat dan objektif. 

Hidup kita biar berpaksi pada matlamat. Kalau ada ribut taufan sekali pun, tak ada hal, sebab kita dah pasak matlamat dalam diri sendiri.

Macam saya punya hasrat, saya nak pakaikan jubah master dekat ibu dan ayah saya. Itulah impian saya, itulah pegangan saya dan alhamdulillah saya dah habis master! Cuma sekarang ni hasrat nak sarung jubah tu belum kesampaian sebab COVID-19. Masih belum ada konvokesyen. Tiada berita lagi. Kes COVID-19 di Malaysia pun masih tinggi.

Carilah sebab yang terkukuh untuk memotivasikan diri anda habiskan master!


Gambar hiasan.

REALITI 14: ANDA MUNGKIN MENANGIS KERANA TERASA BERATNYA DUGAAN BUAT MASTER SAMBIL KERJA NI

Percayalah. Baik lelaki baik perempuan, semua akan melalui fasa ini. Bukan senang nak adapt dengan kehidupan baharu ni. Anda kena bertahan untuk 1.5 tahun ke 2 tahun. Mesti ada rasa nak putus asa, rasa lost dan rasa down. Seperti nasihat sebelum ini, kita fokus pada matlamat kita. Jika penat, kita rehat sebentar. Jika tak sihat, ambil MC. Jika lesu, pergilah bersukan dan sebagainya untuk kecergasan badan dan kecerdasan minda.

Perkara yang dilalui ini semua adalah sebahagian daripada pengalaman hidup. Sekurang-kurangnya nanti anda boleh cerita dekat keluarga, anak cucu mengenai perjalanan master anda dulu. Setiap perjalanan hidup pasti ada pengalaman baik dan buruk. Semua tu boleh dijadikan teladan dalam kehidupan.

Jika anda rasa overwhelming sangat, ceritalah kepada kawan-kawan. Luahkan perasaan. Rant puas-puas. Sekurang-kurangnya ada yang mendengar. Jangan pendam. Bila kita bercerita, sekurang-kurangnya ada yang tahu perjalanan kita. Kita pun boleh kurangkan stress bila kita bercerita dekat orang yang kita percaya.

Selain itu, mohonlah pada Tuhan agar urusan kita dipermudahkan. Minta pertolongan daripada Dia, Tuhan Yang Maha Esa. Banyakkan beribadah. Buat solat hajat. Solat tahajjud. Banyakkan bersedekah. Kuasa sedekah itu amat besar. Sedekahlah secara istiqamah dan pada masa yang sama, pasang niat agar Tuhan permudahkan urusan kita sepanjang perjalanan master. Jika tiada bahu untuk disandar, kita masih ada lantai untuk bersujud.


REALITI 15: LET'S SAY ANDA NAK EXTEND SEMESTER. ANDA HANYA BOLEH EXTEND SATU SEMESTER SAHAJA*

*Ni terpakai dalam program master fakulti saya. UiTM.

Waktu zaman diploma degree, mungkin anda akan nampak orang extend sampai dua tiga empat semester. Zaman master tak boleh ya. Fakulti nak anda cepat habis, sebab mereka pun ada KPI nak kena jaga.

Dalam program Executive Master of Administrative Science (EMAS) UiTM, untuk full time mode, anda ada 3 semester. Jika anda extend, anda boleh extend sampai semester 4 sahaja.

Sama juga macam EMAS part time. Part time ada 4 semester. Jika nak extend, boleh extend sampai semester 5 sahaja.

Apa jadi kalau anda masih sangkut selepas extend satu semester. Bad news, anda kena gugur taraf, melainkan anda ada sebab yang sangat kukuh. Itu pun bergantung pada budi bicara universiti.

Macam mana kalau anda sakit? Kalau sakit ni lain cerita, sebab anda boleh mohon cuti khas. Di UiTM, anda boleh mohon 2 kali cuti khas sepanjang pengajian. Biasanya orang cuti khas sebab sakit, sebab bersalin, sebab komitmen kerja (kena pergi overseas dsb). Ada juga sebab-sebab lain yang boleh diterima oleh fakulti. Boleh check borangnya di SINI.


Waktu semester 4. Saya jawatan berstatus kontrak. Kemudian saya berjaya seorang Pegawai Pemasaran & Perhubungan Awam di Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) berstatus jawatan tetap. Alhamdulillah. Dengan ilmu yang saya pelajari, saya cuba aplikasikan dalam kerja saya.


Perkembangan terkini: Kini saya telah mendapat tawaran jawatan tetap di Chef Kecik Kitchen, sebagai Pegawai Multimedia & Reka Bentuk Grafik. Siapa-siapa yang minat kek, cookies dan sebagainya, anda perlu rasa produk-produk hasil tangan Chef Kecik Kitchen ni. Hihihi.


REALITI 16: JAUH PERJALANAN, LUAS PEMANDANGAN. BOLEH JADI BATU LONCATAN DALAM KERJAYA

Bila anda belajar master ni, subjek-subjek yang dipelajari lebih mendalam dan tertumpu dalam bidang-bidang tertentu. Maka, anda bolehlah menguasai subjek-subjek tersebut untuk kemaslahatan masa hadapan.

Jika kerjaya anda ada kena mengena dengan subjek master yang anda ambil, maka itu adalah bonus mark untuk anda! Anda boleh gunakan ilmu subjek master dan pengalaman subjek master yang ada (seperti assignment, interview, projek) untuk mantapkan lagi gerak kerja di office! Who knows, boleh boost KPI dan naik pangkat kan?

Dengan master, anda mungkin boleh juga nego gaji tinggi sedikit daripada gaji sekarang. Tengok pada keadaan semasa dan jawatan yang anda sandang lah.

Kalau level jawatan anda diploma tapi anda nak mohon gaji master, memang tak dapat.

Tapi kalau anda kejar untuk naik pangkat, dan pangkat tersebut perlukan master, so inilah batu loncatannya. Sebagai contoh, anda menjawat jawatan Pegawai Kanan dan nak naik ke Pengurus. Ataupun, anda sekarang adalah Penolong Ketua Penganalisis Data dan mengejar jawatan Ketua Penganalisis Data.

Umum mengetahui master level ni banyak bermain dengan data. Kena banyak mengkaji, membaca jurnal, artikel dan sebagainya. Kena guna software tertentu seperti SPSS dan nVivo. Ilmu analisis ni tak semua orang ada.


Classmate bersama Prof. Nasrudin dan Dato' Naj. Subjek Leadership for Change. Waktu ni kami anjurkan Forum Leadership.


REALITI 17: ANDA BOLEH LUASKAN CONNECTION & NETWORKING

Bila anda buat master part time, anda akan dapat rakan sekelas yang pelbagai latar belakang. Semasa saya belajar dahulu, 50% penjawat awam dan 50% pekerja swasta. Ada yang PTD, ada yang level Pengarah, ada yang bekerja dengan kerajaan tempatan, ada yang HR practitioner, ada yang bekerja sebagai IT Officer, Pereka Grafik, Penguasa Kastam dan sebagainya.

Sambil menyelam minum air, sambil belajar, sambil networking.


REALITI 18: JIKA ANDA BERMINAT NAK SAMBUNG BELAJAR, DAN ANDA PUNYA PERFORMANCE KERJA BAGUS, ANDA BOLEH INFORM HR NAK SAMBUNG MASTER. MUNGKIN ADA INSENTIF

Ada majikan, dia suka staf dia sambung belajar. Boleh tanya HR untuk perkara ni kot-kot ada program, inisiatif berkenaan postgraduate.

Macam di sektor kerajaan, ada dua orang kawan saya di peringkat master full time, mereka dapat tajaan penuh dari kerajaan untuk sambung belajar master. Mereka adalah Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD). Mereka juga dapat gaji penuh sepanjang cuti belajar. Permohonan tu namanya Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP). Ada la syarat-syarat yang perlu dipenuhi. Syarat paling utama, anda kena excel dalam pekerjaan la.

Untuk sektor swasta pula, saya rasa ada sesetengah syarikat sahaja yang menawarkan program atau inisiatif sebegini. Macam saya dulu di syarikat swasta, ada colleague saya nak buat degree part time. Company cover yuran pengajian / allowance sepanjang semester. Ni pun diberikan jika performance kerja bagus, dan semestinya bersyarat. Kalau company dah taja, means anda kena tambah tahun kerja dengan company la. And company lagi suka jika kita sambung bidang yang boleh boost up gerak kerja di office. Sebagai contoh, anda kerja bidang HR, so anda sambung degree master pun dalam bidang HR. Benda tu akan jadi beneficial untuk diri sendiri dan company juga.


REALITI 19: PERCAYA ATAU TIDAK, ANDA BOLEH BUAT DUIT DENGAN MASTER!

Jika anda nak teruskan mengkaji, menulis bagi memastikan ilmu master anda tidak berkarat, buat la artikel! Jika artikel anda berkualiti, anda dapat la masukkan artikel dekat website terkemuka seperti Scopus, Google Scholar, SciHub, Science Direct dan lain-lain!

Jika artikel anda berjaya masuk website sebegini, anda boleh dapat banyak citation daripada geng-geng penyelidik.

Ada universiti benarkan student untuk claim duit sekiranya artikel anda berjaya dimuat naik atau published dalam jurnal tertentu.

So, ilmu pun dapat, duit pun dapat, nama pun dapat juga!

Selain itu, jika anda banyak buat artikel dan terbukti artikel tu berkualiti, anda sebenarnya telah menyumbang ilmu anda dalam body of knowledge untuk golongan pendidik, untuk masyarakat, agama, bangsa dan negara. Basically anda telah membuat khidmat bakti untuk dunia.

Lagi banyak anda menulis artikel berkualiti, lagi bagus lah resume dan CV anda. Penulisan ini boleh menjadi batu loncatan dalam kerjaya anda secara tidak langsung. Bukan semua orang boleh membuat academic writing dengan baik.


Muka happy. Baru lepas selesai pembentangan research / dissertation master secara online sebab waktu ni dah musim wabak pandemik COVID-19. Everything went well! Alhamdulillah! Result dissertation saya, A-!

REALITI 20: ONE STEP TO PHD, TUAN PUAN!

Percaya atau tidak, jika anda tamat master, anda ada selangkah sahaja lagi untuk lanjutkan pengajian ke peringkat PhD. Dapat PhD means anda adalah subject matter expert dalam satu-satu bidang dan anda akan dianugerahkan title Dr.! Ni jika anda bersedia dan nak la.

Segala ilmu pengetahuan dan pengalaman waktu master ni la anda akan gunakan sewaktu PhD. Master ni sebenarnya preparation untuk buat PhD juga. Apapun, ni kena ada minat dan tahap kecekalan kena lebih lagi daripada master.

Once dapat PhD, jika anda nak jadi pensyarah, anda boleh gunakan PhD anda untuk mohon jawatan itu.


-----


Akhir kata, kepada yang sedang menyambung master sambil kerja, semoga berjaya okay? Kalau ramai orang boleh, anda pasti boleh! Jangan putus asa!

  • Finish what you have started. Ingat duit yang kita dah keluarkan untuk master ni.


Kepada yang berminat nak sambung master sambil bekerja pula:

  • Bersedia untuk berkorban waktu cuti anda. Bersedia untuk menakhodai kapal yang penuh bergelora.
  • Tanya diri sendiri kenapa nak sambung master. Sebab nak menguasai ilmu ke? Sebab nak naik pangkat ke? Sebab nak boost up business ke? Sebab nak jadi pensyarah ke? Ni kena tanya diri sendiri.
  • Jangan sambung master sebab orang lain. Jangan sambung master sebab tengok orang lain sambung master. Jangan ikut trend. One thing about trend is, trend akan slowly fade away.
  • Try tanya kawan-kawan, pensyarah, ahli keluarga. Dapatkan pandangan mereka dan analyze. Tak perlu tanya ramai-ramai. Setakat 3-5 orang tu dah lebih dari cukup.
  • Jika masih ragu-ragu, buatlah solat istikharah.


Sekiranya ada pertanyaan, boleh tambah di ruangan komen ya.

Boleh la share juga kat orang lain! Semoga bermanfaat, terima kasih semua!



Yang Ikhlas,

AZAR

Azeem Raslan


#FSPPP #UiTM #EMAS #AM770


Catat Ulasan

54 Ulasan

  1. Terima kasih atas perkongsian Tuan. Sebagai pelajar tahun akhir ijazah ketika ini, master juga merupakan salah satu pilihan selepas tamat pengajian tetapi masih lagi tidak nampak sinar harapan sama ada mampu atau pun tidak. Selepas baca perkongsian ini, sekurang-kurangnya saya dah dapat sedikit jawapan. Sebagai pelajar FSPPP dan MPP Seremban yang cukup mengenali Tuan, saya ucapkan tahniah atas kejayaan yang Tuan dah capai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama! Saya doakan anda dipermudahkan segala urusan dalam kehidupan.

      Buat master ni memang mencabar, lagi-lagi bila sambung belajar master sambil bekerja. Siapa kata senang kacang tu nampak sangat tipunya.

      Tapi kalau anda nak sambung master full time, insyaAllah cabarannya kurang sikit la dari part time, sebab full time ni, memang fokus belajar je. Ada banyak masa berbanding part time.

      Yang penting, kecekalan kena ada. Once dah step up dalam master, memang kena bertahan sampai habis, tak kira la apa badai datang sekali pun. Nak menangis, nak sedih, takpa, tak ada masalah. Rehat sebentar. Tarik nafas. Yang penting, teruskan perjuangan.

      Uish, mungkin saya kenal juga la ni. Tapi profile unknown so saya xtahu la siapa hihihi. InsyaAllah ada juga boleh mengecapi kejayaan. Terima kasih sekali lagi.

      Boleh la share kat orang ramai juga mengenai blog ni.

      Kalau nak tahu specifically pasal course EMAS, boleh baca entri sebelum ni. Saya ada buat penulisan juga. Baca di sini: https://www.azaraslan.com/2021/08/apa-itu-executive-master-in-administrative-science-uitm.html

      Padam
  2. Tengah cari kekuatan.. rasa nak nangis setiap hari..sekarang dah sem 2 nak masuk sem 3..buat master by research 2 tahun.. rasa nak give up tapi dah separuh jalan.. nak teruskan rasa takut, tertekan dan anxiety setiap hari.. tak tahulah.. T.T

    BalasPadam
    Balasan
    1. Faham Ainiey. Saya pun ada waktu rasa nak give up. Rasa stress tu jangan cakap la. Memang rasa nak stop je buat master ni. Rasa macam tak ada life.

      Sekarang lagi la zaman pandemik. Cabaran sungguh. Sem akhir saya waktu pandemik, memang mencabar. Saya faham.

      Ni pula Ainiey buat research based kan? Pun susah kalau nak keluar cari bahan dan sebagainya. Memang mostly online jelah.. Fuh..

      Saya punya motivasi untuk teruskan sebab fikir duit dah banyak melabur je. Selain itu sebab fikir nak sarungkan jubah kat mak ayah.

      Waktu saya stress dulu, saya luahkan perasaan kat orang yang dipercayai. Selain itu saya main game, lihat tumbuh-tumbuhan, bersukan dan sebagainya.

      Kalau ada waktu yg betul2 saya stress, memang saya tidur je n buat benda yg seronok je untuk sehari tu. Tgok TV ke ape ke.

      Last but not least, memang kita mengadu kat Allah lah. Doa banyak2 semoga diberikan kekuatan. Diberikan kecekalan.

      Buat master memang susah dan stress, tapi kalau kita ada support system dan azam yang kuat, insyaAllah kita boleh Ainiey..

      Saya doakan agar Ainiey dapat selesaikan master by research. InsyaAllah!

      Padam
  3. Terima kasih atas perkongsian saudara.Saya pelajar lepasan degree USM tahun ini.Masih berfikir untuk study Master.Selepas membaca perkongsian saudara,terasa pula bagaimana panasnya bahang untuk mencapai sijil master.Btw, niat kita untuk teruskan belajar.Doakan kejayaan saya juga.Perkongsian yang menarik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2. Betul.. Buat master ni memang terasa bahangnya. Sebab tu saya share pengalaman. Dalam pengalaman mesti ada pengalaman manis dan pahit. Hihihi.

      InsyaAllah, saya doakan awak dipermudahkan segala urusan dan menggapai kejayaan yang diinginkan.

      Terima kasih sebab singgah dan baca blog saya ya.

      Padam
  4. Terima kasih atas perkongsian pengalaman. Saya sudah berkahwin dan mempunyai 2 org anak. Sudah bekerja selama 8 tahun. Lama dah tinggalkan dunia belajar ini. Keinginan nak sambung master sangat tinggi. masih mencari arah bagaimana nak sambung master dan apa yg perlu dilalui dan bersedia dengan cabaran akan datang. Kewangan pun satu kekangan juga cuba untuk susun atur. Masa untuk keluarga dan suami, pekerjaan semua tu masih mencari lagi perkongsian orang lain. Masih mencari sumber kekuatan dan arah untuk bermula. Doakan saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2 puan. Faham puan, nak start balik dunia belajar setelah sekian lama memang mencabar. Kena ada motivasi yang kuat. Saya doakan yang terbaik! Semoga dipermudahkan dan selamat maju jaya ya!

      Padam
  5. Alhamdulillah banyak input baru yg sy dapat.. selalunya kalau panjang, memang sy akan scroll, tapi kali ni, berjaya habiskan sampai ruangan komen.

    Sy ada berniat juga untuk sambung sebagai tebus balik kehampaan dan tidak berpuas hati tidak dapat buat yg terbaik dalam pengajian.. saya ingin membuktikan kepada diri sendiri yg sy juga mampu berjaya jika berada di landasan yg betul dan tepat.

    Mohon doakan, sy tahu amat sukar dan satu keputusan berat yg sy bakal saya kemudi untuk masa depan yang menjanjikan sebuah sinar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah... Terima kasih sebab baca sampai habis. Saya hargainya sangat-sangat. Semoga bermanfaat..

      Tak dinafikan buat master ni memang satu keputusan yang berat.

      InsyaAllah, selagi mana kita ada niat yang baik, ada usaha, berdoa dan tawakkal, Allah akan permudahkan urusan kita.. Semoga dipermudahkan segala urusan dan selamat menempuh alam pascasiswazah. Saya doakan yang terbaik!

      Padam
  6. saya baru sem 1 master and coursework jugak. tapi dah terasa stress. mmg betul, tak boleh samakan zaman degree dan master ni. memang banyak beza. baru sem1 and dah takut dengan mini research. setiap hari fikir pasal research. sy bukan la pelajar yang cemerlang sewaktu degree, tapi minat yg mendalam utk belajar membuatkan sy untuk sambung master. doakan sy dapat habiskan master GOT! di UPSI master full time hanya 3 sem sahaja. rasa takde life huhuhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, degree dan master memang banyak beza. Semoga dipermudahkan segala urusan ya. InsyaAllah, saya doakan yang baik-baik! Kena tahan sikit la untuk 1.5 tahun. Lepas tu insyaAllah free dah.

      Padam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. Saya sedang menangis sambil baca penulisan awak. Semua cabaran yg di hadapi adalah apa yang saya lalui sekarang, bekerja sambil buat master Engineering in research . saya x tahu nak luah kt sape😭😭😭😭, Doakan saya kuat😫

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya faham... Saya pun pernah menangis melalui fasa2 perit ni. Saya doakan agar semua urusan dipermudahkan dan semoga dikurniakan kejayaan master!

      Padam
  9. Terima kasih atas perkongsian tuan, saya memang berminat nak sambung master, namun saya masih ragu2 jika saya benar2 bersedia atau tidak, namun selepas membaca ini, saya rasa sangat bersemangat. doa kan saya tuan supaya saya berjaya seperti tuan. Cuma saya ada beberapa soalan apa yang membezakan part time dan full time ya? jika bekerja tidak boleh ambil full time kah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.. Terima kasih juga sebab membaca blog saya ya.

      Saya doakan agar tuan/puan juga berjaya, malah berjaya lebih dari saya. InsyaAllah.

      Part time means kelas hujung minggu. Full time kelas hari biasa.

      Kalau full time master, xdapat la kerja unless ambil kerja part time (dan ambil waktu lepas kelas).

      Ada je orang yg bekerja full time tapi belajar full time master. Macam mana tu? Tu maksudnya, pelajar tu dapat cuti bergaji / cuti tanpa gaji / cuti belajar / pelepasan majikan.

      Maaf balas lewat sebab saya terlibat dengan misi bantuan bencana banjir.

      Padam
  10. Assalammualaikum tuan, insyaAllah lagi 2 tahun habis degree saya secara pjj di USM. Mmg berniat nak sambung master secara pjj jugak. Bila baca entry tuan seram sejuk pulak sbb sdg degree pun kdg² terbabas kelas. Apa pun doakan saya kuat utk hadapi càbaran dan dugaan serta saya juga blh ke master macam tuan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummussalam wbt. Semoga tamat PJJ degree dengan cemerlang! Untuk seram sejuk tu, ya betul.. Saya pun macam tu juga dulu. Tapi dulu saya x dapat gambaran macam mana realiti master, so bila masuk tu memang rasa lain macam la hahaha. Sebab tu saya buat entri ni untuk semua dapat gambaran awal.

      Saya doakan agar awak diberikan kekuatan mendepani cabaran dan dugaan dalam kehidupan, dikurniakan rezeki melimpah-ruah dan diberikan kejayaan dalam degree dan master akan datang. InsyaAllah.

      Padam
  11. Paling muda sambung master, umur berapa? Kalau dpt first class degree, boleh fast track PHD ke? Apa pendapat Tuan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Paling muda boleh sambung master, mungkin umur 22, 23. Saya sambung master umur 23 tahun. Habis master umur 25 tahun.

      Kalau dapat first class degree boleh je fast track ke PhD. Ni depends on pencapaian kita juga. Mungkin depends on programme yang kita ambil juga.

      Dulu saya ada senior yang dapat 1st class ANC degree. Dapat juga Anugerah Graduan Terbaik. Dia pernah dapat fast track terus ke PhD kalau x silap, tapi dia tolak atas sebab-sebab tertentu.

      Padam
  12. Alhamdulillah, terima kasih atas pencerahan yang telah tuan berikan. Saya masih fikir samada mahu sambung Master atau teruskan kerja. Kalau ikutkan niat, mahu jadi tenaga pengajar tetapi buat masa sekarang, lebih fikirkan tentang kerja dan status kewangan dahulu. Jika tuan ada pendapat dan tips, boleh kongsikan kepada saya. Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sokong blog saya ya. Pandangan saya, cari kerja dan kukuhkan kewangan terlebih dahulu. Secure job dan financial stability.

      Master ni banyak pakai duit. Dah habis master tak semestinya terus dapat kerja. So akan habis banyak masa mencari kerja dan duit banyak keluar masa tu.

      Kalau secure kerja dulu, boleh bina kerjaya. Sampai satu masa, kalau nak sambung, sambung la. Cabarannya mungkin akan malas nak belajar lepas tu sebab dah lama tak belajar.

      Tapi apapun pengukuhan duit tu penting.

      Kalau awak nak buat master untuk jadi pensyarah, maka itu haluan yang tepat. So kena bertahan la struggle, kerja sambil part time.

      Ni pandangan saya sebagai orang yang dah lalui perkara ini.

      Padam
  13. Assalammualaikum....terima kasih atas perkongsian pengalaman. Perkongsian yang menarik. Alhamdulillah memberi motivasi serta sedikit semangat kepada saya. Saya juga tgh smbg master sec.pjj, coursework jugak d UITM. sesungguhnya ambik master sambil bekerja mmg cukup tggi cabaran terutamanya dari segi masa. Dlm dilema samaada ingin menerus kan pengajian atau x, tengah cari kekuatan. kadang2 ada rasa nak putus asa, ada rasa nak quit mmg dh byk kali tapi tetap juga merangkak utk habis kan sem. , kdg2 rasa lost dan rasa down, laluinya sendiri, tengah cari kekuatan.Alhamdulillah sem.1 dah lepas dan skrg nk masok sem.2, lagi dlm dilema dan masih mencari sumber kekuatan.. Doakan utk saya juga dan berjaya seperti saudara.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummussalam wbt. Sama-sama.

      Saya faham sangat perasaan yang dilalui ni. Kerja full time, belajar part time. Hakikatnya memang sakit perjalanan tu.

      Tapi xpe, as long kita cari kekuatan dalam perjalanan master ni, kita boleh survive.

      Tahniah sebab dah lepas sem 1! Ada 3 semester lagi.

      Saya doakan agar anda juga berjaya dalam mengharungi dunia pascasiswazah ini dengan cemerlang.

      Padam
  14. Hai, saya ingin bertanya sesuatu, saya berhasrat untuk sambung pengajian master, untuk sambung ke master kena ada muet ke? Kalau ada, Berapa minima band muet tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai. Sambung master tak perlu ada MUET.

      Sambung degree je kena buat MUET.

      Padam
  15. Assalammualaikum..terima kasih atas perkongisan tuan. Saya berhasrat juga untuk samb master secara full time next year, ambil peluang untuk mohon HLP bagi penjawat awam sebelum usia 50. Memang dari dulu sy berhasrat nak samb. belajar sebab mmg suka belajar..tapi bila baca coretan tuan ni, rasa takut plak. Saya telah tinggalkan zaman pengajian hampir 25 tahun..and now berhasrat nak samb balik..mmg kena banyak pikir. Saya ambil keputusan nak samb belajar ni pun..setelah anak2 habis pengajian mereka di sekolah dan ada di IPT yang masih belajar. Now saya rasa its my turn's pulak..Cuma masih sangsi dengan mod pengajian terbaik untuk dipilih samada course work or full research. Bila dah lama kerja in gov sektor, saya harapkan pengalaman sebab tuan maklumkan belajar master ni lain..perlu lebih matang dalam segala-galanya. Hopefully saya dapat membuat keputusan yang terbaik..sebab ini mmg impian saya dari dahulu lagi. Cuma ketika itu komitmen lebih kepada anak2..doakan saya menjadi pelajar matang dan berjaya dalam permohonan HLP saya..even masih ragu2 dgn mode pangajian..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam tuan. Maaf kerana reply lewat. Saya sangat sibuk bulan lepas. Ni baru ada masa sedikit.

      Alhamdulillah...

      Tak apa tuan, as long ada minat, insyaAllah boleh. Ni pun sebahagian daripada long-life learning.

      Semasa zaman saya belajar master, ada seorang rakan satu batch, dia berumur 65 tahun +-. Dia buat master pun sebab dia suka belajar. Alhamdulillah dia pun grad juga.

      Coursework ni masuk kelas. Full research means kita punya master tu bergantung pada thesis kita. Kalau tuan boleh bekerja seorang dan suka menganalisis maklumat, maka bolehlah ambil research.

      Coursework ni masuk kelas, so ada la 3-4 subjek setiap semester. Akan ada banyak assignment, test, quiz dll.

      Master's level memang lain cara pembelajarannya daripada diploma dan degree. Kita memang kena banyak berdikari dan kena kental.

      Saya doakan yang terbaik! Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberikan kejayaan.

      Padam
  16. assalamualaikum,saya baru baca blog tuan,saya baru sahaja abes degree pada hujunh bulan 2 ,saya berhajat nak sambung master pada awal bulan 9 atau 10 2022,macam mana saya nak contact tuan ye utk tau lebih lanjut ye tentang perjalana tuan ye,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam wbt. Maaf atas kelewatan membalas pertanyaan ni. Agak sibuk bulan lepas. Ni baru ada masa.

      Basically perjalanan saya semua telah dicoretkan di blog ini. Boleh pergi ke bahagian perjalanan master.

      Kalau tuan ada pertanyaan lanjut, boleh emel saya di azaraslan95@gmail.com ataupun boleh DM di Instagram saya @azeem_raslan / Facebook: Ahmad Azeem Ahmad Raslan.

      Padam
  17. Terima kasih tn. Azim atas perkongsian. Saya cadang untuk sambung pengajian peringkat master pada awal tahun depan secara part time. Sekarang sedang buat persediaan awal dari segi bacaan, kewangan dan lain-lain. Kadang-kadang ada juga perasaan mampu buat atau tak. Tapi perkongsian tn. sedikit sebanyak bantu saya untuk tambah maklumat dan cuba buat beberapa persediaan awal. Saya sedang bekerja dan grad degree pada tahun 2017.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2.. InsyaAllah, try your best! Alhamdulillah, sedikit sebanyak memberi maklumat. At least dapat gambaran awal. Saya doakan agar semua dipermudahkan segala urusan. Goodluck okay.

      Padam
  18. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  19. assalmualaikum tuan, terima kasih atas perkongsian yang diberikan. Izinkan saya berkongsi pendapat saya mengenai perkara ini juga https://zonpenyelesaianmasalah.blogspot.com/2022/07/perlukah-saya-sambung-master-terus.html . Terima kasih tuan atas penulisan yang memberi inspirasi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummussalam wbt tuan. Terima kasih juga tuan. Nanti saya baca ya.

      Padam
  20. Assalamualaikum Tuan, Terima kasih atas perkongsian yang diberikan. sangatlah bermanfaat untuk saya. Maaf Tuan, izin bertanya apa pendapat Tuan jika seseorang itu sambung master in education? apa hala tuju bagi bidang itu

    BalasPadam
  21. Sama-sama tuan! Semoga cekal dan berjaya dalam pengajian MBA di UiTM!

    BalasPadam
  22. Terima kasih Tuan diatas perkongsian. Saya baru sahaja menghadiri konvokesyen saya Bachelor of Nursing Science. Sementara enjin masih panas, tergerak hati nak sambung g peringkat Master. Doakan saya semoga dipermudahkan dan diperkenankan untuk menyambung ke peringkat Master.

    BalasPadam
  23. Saya duk kaji ii sikit pasal nak sambung master ni, terjumpa penulisan encik. terima kasih encik. boleh saya tanya, encik buat pinjaman apa untuk smbg master part time. sbb yg saya jumpa semuanya yg taja full timer shaja. harap encik boleh tolong saya. trima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2 cik puan. Saya guna duit sendiri. Family bayar half, saya bayar half. Sebab saya kerja sambil belajar so ada bajet nak bayar.

      Padam
  24. Masih dalam dilema untuk sambung master. Last feb next year utk intake march tp still tgh decide which course yg perlu ambil plus takda lagi kawan2 degree yg sambung. Lagipun dh 5 tahun tamat degree.. sisa2 belajar dulu pun dah takda aduh. Takut pula tak boleh carry

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yep master's degree ni tak semua orang nak sambung. So bila kita nak sambung kena pastikan kita betul-betul ada motivasi dan sasaran. Jika kita down, kita masih ada motivasi dan sasaran untuk dicapai. Hal ni memang kena fikir masak-masak, sebab buat master ni melibatkan komitmen duit. Banyak pengorbanan perlu dibuat dan perlu cekal. Jika betul-betul mahu sambung master untuk naik pangkat atau untuk sebab-sebab yang kukuh, insyaAllah dipermudahkan. Yang penting kena cekal, tu je.

      Padam
  25. Terima kasih encik atas perkongsian, saya mengikuti blog encik dari encik berkongsi mengenai program EMAS yg pernah viral pada hujung tahun 2021 kalau tak silap, kebetulan saya dalam proses memohon masuk program Master di fakulti yg sama, blog encik itu banyak membantu saya dalam bersiap sedia, membuat keputusan dan sedikit sebanyak memberi 'glimpse' terhadap menyambung Master, terima kasih sekali lagi saya ucapkan dan selamat maju jaya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama! Semoga bermanfaat! Oh, pernah viral ke? Hahah.. Saya tak tahu pun sebenarnya artikel ni pernah viral. Saya menulis artikel ni sebab saya nak orang tahu realiti masuk master. Dulu saya nak buat master, saya dengar cerita-cerita enak je, haa sekali bila masuk, haa nak nangis hahaha. Terima kasih support blog saya!

      Padam
  26. saya nak sambung master. tapi masih ragu-ragu kerana yurannya mahal juga. tapi saya seorang yang minat belajar. walaupun saya rasa kalau saya sambung master ni gaji saya takkan bertambah pun dan tiada kenaikan pangkat juga sebab kerja company swasta. dan saya juga tiada bachelor degree, nak ambil master ni melalui APEL A pengalaman kerja. saya nak minta pandangan Tuan berbaloikah saya sambung master untuk sebab ini?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah atas minat Shushi untuk keinginan sambung master sebab suka belajar. Untuk perkara ini, saya hanya boleh beri pandangan. Selebihnya cik kena buat keputusan.

      Buat master ni realitinya perit. Kena banyak berkorban. Kena korban masa, tenaga, hari minggu (jika ambil part time) dan banyak pakai duit. Kena bahagi masa untuk keluarga dan sebagainya.

      Tapi kalau cik memang berniat nak sambung master dan memang mempunyai satu objektif yang sangat jelas, boleh je sambung.

      Yuran buat master memang mahal. Yuran saya ada dalam 12K macam tu. So, saya akan fikir, berbaloi tak 12K habis dengan 2 tahun struggle buat master ni? Apa yang saya dapat? Haa macam tu.

      Biasanya orang sambung master sebab kenaikan pangkat / nak dapat kerja lebih baik / nak jadi pensyarah dsb. Ada juga yang sambung sebab nak ilmu (ada dalam batchmate saya macam tu. Tapi umur beliau pun dah 60++ tahun macam tu). Beliau memang nekad nak belajar, dah bersara, dan duit pun ada.

      Maka, cik kena fikir masak2 kalau nak buat master. Saya sekadar memberi pandangan. Bagi saya at least kena ada satu motivasi yang sangat2 kukuh untuk buat master. Kalau motivasi tu tak kukuh, kita akan give up dan quit di pertengahan jalan. Sebab banyak cabaran dia. Jika objektif semata-mata nak belajar tu sangat kukuh bagi cik, boleh proceed.

      Padam
  27. Assalamualaikum, saya ada buat master full time tapi ada interview. Saya dimaklumkan kelas untuk full time master hanya hari sabtu sahaja. Jadi, saya jadi confuse sbb ada kawan2 yang amik master full time mereka kelas seperti biasa. Adakah ada course yang master full time hanya hari sabtu atau itu adalah schedule baharu bagi pelajar master full time?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Master full time, kelasnya pada hari Isnin - Jumaat.

      Sungguhpun begitu, ada juga pelajar master full time yang kelasnya pada hari sabtu ahad. Ini mungkin terjadi sebab lecturer nak gabung kelas part time dan full time dalam satu kelas.

      Kawan saya pun pernah lalui perkara tu. Dia full time master, tapi kelas hari sabtu ahad. Sebab lecturer nak gabung kelas. Lagi satu sebab student full time tak ramai.

      Padam
  28. Assalamualaikum,
    Saya baru sahaja tamat degree OUM diumur 40 tahun, now rasa minat nak sambung Master yg mendorong saya ke blog encik. Terima kasih atas sharing encik, sangat bermanfaat.

    Saya isteri dan ibu kepada 3 org anak dan juga seorang full time gov staff. Saya minat belajar tapi peluang dan masa yang tiba untuk sambung degree agak lewat tapi saya nekad dapatkan juga didorong dengan semangat diri dan galakkan dari suami. Lepas baca blog encik alhamdulillah dapat gambaran lebih jelas dgn suasana Master pula.

    Saya sambung degree bukan kerana gaji/pangkat, lebih kepada nakkan ilmu n menaikkan keyakinan diri. Saya gemarkan keadaan sentiasa sibuk tu sebab kurang selesa berada lama di comfort zone.

    Untuk sambung MBA di OUM agak mahal juga rm29k coursework 2 years(6sem). Saya sedang mencari² program MBA part-time yang sesuai di institusi lain juga. Lepas baca sharing dari encik rasa seram juga haha takut tak dapat habiskan Master tu nanti. Semoga saya terus semangat dan kuat untuk sambung Master sehingga tamat pengajian.

    Terima kasih diatas perkongsian dan pengalaman dari encik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummussalam wbt. Semoga dipermudahkan segalanya puan. Buat master memang seram. Sebab itulah realitinya hahah. InsyaAllah semoga tamat dengan jayanya! Amin yra.

      Padam
  29. Assalamualaikum,

    Saya sekarang umur 23 sedang menjalani latihan perindustrian untuk degree , baru minggu yang ke-3 . sambil-sambil terpikir untuk terus mencari kerja atau menyambung pengajian ke peringkat master. Course degree saya dalam bidang engineering techonology untuk aircraft maintenance tapi saya mcm hendak sambung master dalam business administration. apa pendapat abang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummussalam wbt. Salam Ramadan Mubarak. Banyak benda perlu diambil kira.

      Antara benda yang kena fikir ialah kenapa nak sambung business administration? Sebab aliran pengajian cik ialah daripada bidang engineering technology untuk aircraft maintenance. Jauh lari bidang ni.

      Selain itu, kena lihat, apa yang cik nak capai lepas sambung jurusan ni. Apa hala tuju cik? Adakah cik nak ceburi bidang pengurusan / bisnes / pentadbiran? Dan adakah cik boleh kaitkan ilmu aircraft maintenance tu dengan pentadbiran bisnes?

      Di samping itu, buat master in business administration bermaksud anda akan belajar benda baharu, which is benda ni tak ada kaitan dengan degree yang cik ambil.

      Pandangan saya, lihat hala tuju cik dahulu, kemudian baru boleh buat keputusan selanjutnya.

      Padam