Apa Itu Diploma Pentadbiran Awam UiTM?: 26 Soalan & Jawapan (Kemas Kini 2023)


Gambar Hari Pertama Lapor Diri Di UiTM Seremban


Salam sejahtera buat semua sidang pembaca.

Sekiranya anda lepasan SPM, baru dapat result UPU, ataupun anda memang nak tahu apa itu Diploma Pentadbiran Awam, maka anda berada di blog yang betul! Saya akan ceritakan 26 point dengan jawapan yang komprehensif.


-----


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua.

Hari ini saya berhasrat nak menulis mengenai jurusan yang saya ambil suatu ketika dahulu, iaitu Diploma Pentadbiran Awam (DPA). Saya adalah pelajar DPA di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Merbok, Kedah dan UiTM Seremban, Negeri Sembilan (November 2013 - April 2016).

Dengan rezeki Tuhan, sepanjang pengajian DPA, beberapa pengiktirafan dan kejayaan telah saya kecapi iaitu:

  • Anugerah Naib Canselor (ANC) Diploma Pentadbiran Awam UiTM
  • Anugerah Graduan Terbaik (AGT) Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi (FSPPP) UiTM SeMalaysia (Diploma)
  • Anugerah Graduan Terbaik (Kepimpinan) UiTM Negeri Sembilan
  • Ikon FSPPP UiTM
  • Tokoh Kepimpinan Pra-Graduan Diploma Pentadbiran Awam, dan;
  • Mendapat GPA 3.95/4.00 untuk semester 1
  • World Record Holder, World's Largest Silat Lesson: Guinness World of Records: Silat Cekak Pusaka Hanafi, 2016.

Gambar Konvokesyen UiTM Ke-86 @ UiTM Shah Alam

Setelah tamat DPA, saya menyambung Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran - BAS (September 2016 - Julai 2018) , kemudian menyambung lagi Sarjana (Master) Eksekutif Sains Pentadbiran - EMAS (September 2018 - Ogos 2020) dalam fakulti yang sama. Kiranya saya ni memang UiTM Di Hatiku + FSPPP Di Hatiku la. Hahahah.

Kenapa saya berhasrat nak tulis? Sebab ramai juga yang bertanya mengenai jurusan ni. Lepas pengumuman SPM baru-baru ni pun, ada yang bertanya di media sosial. Alang-alang tu, bolehlah saya tulis sekali di sini. Semua orang boleh baca.

Sekiranya anda nak tahu perjalanan hidup saya sewaktu diploma, boleh baca di SINI. Saya rakamkan detik-detik diploma, jerih-perih, suka duka saya di sini.

Saya akan pecahkan ikut persoalan. Ikut Frequently Answered Questions (FAQ). Senang sikit awak semua nak baca.


01. APA ITU DIPLOMA PENTADBIRAN AWAM?

Diploma Pentadbiran Awam (DPA) ni ialah jurusan yang merangkumi pembelajaran mengenai pentadbiran dan pengurusan kerajaan secara umum. Pendek kata, anda belajar pasal kerajaan.

Secara umumnya, bila cakap pasal DPA, semestinya anda akan mempelajari subjek politik Malaysia, undang-undang, pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan negara, pengajian dasar-dasar kerajaan dan macam-macam lagi.


02. DALAM DPA, ADA BELAJAR SUBJEK KIRA-KIRA KE?

Popular soalan ni. Hahahah. Jawapannya, ADA. Walaupun jurusan DPA ni lebih kepada subjek membaca, tetapi subjek mengira tetap ada. Antara contoh subjek pengiraan ialah Statistik, Business Mathematics, Financial Accounting, Cost Accounting dan Economics.


03. BOLEH SHARE SIKIT TAK SUBJEK APA YANG DIPELAJARI?

Ni subjek pada zaman saya. November 2013 - April 2016. Saya yakin dan pasti, ada subjek yang berubah. However, ni listnya untuk gambaran anda semua:

 PART 1

ELC120

Integrated English Skills: Listening

 

ACC106

Introduction to Financial Accounting & Reporting

 

PAD102

Introduction to Public Administration

 

CTU101

Fundamentals of Islam

 

MAT112

Business Mathematics

 

MGT162

Fundamentals of Management

 

HBU

Co-Curriculum

 

 

 

PART 2

ELC150

Integrated English Skills: Reading

 

ACC116

Introduction to Cost Accounting

 

PAD120

Introduction to Political Science

 

CTU151

Islamic Thought & Civilisation

 

ECO162

Microeconomics

 

PAD214

Introduction to Public Sector Personnel Administration

 

HBU

Co-Curriculum

 

 

 

PART 3

ELC230

Integrated English Skills: Writing

 

CSC253

Interactive Multimedia

 

PAD240

Government & Politics

 

CTU263

Islam & Management

 

ECO211

Macroeconomics

 

LAW245

Malaysian Legal System

 

HBU

Co-Curriculum

 

 

 

PART 4

ELC270

English for Workplace Communication

 

ENT300

Fundamentals of Entrepreneurship

 

PAD270

Malaysian Politics

 

PAD256

Introduction to Public Sector Quality Management

 

STA104

Introduction to Statistics

 

LAW309

Administrative Law

 

 

 

 

 

 

PART 5

PAD320

Local Government Administration

 

PAD368

Introduction to Industrial Relations

 

PAD370

Public Financial Administration

 

PAD381

Southeast Asia Studies

 

PAD390

Development Administration

 

LAW299

Business Law

 

 

 

 

 

 

Haa.. Macam mana? Menarik kan? Ke rasa susah? Relax.. Belum belajar lagi memang la susah. Dah belajar nanti insyaAllah memang seronok.

Kalau perasan, ada campuran subjek mengira dan subjek membaca. Sebab apa? Sebab program ni pun nak hasilkan pelajar yang balance.

Kod PAD adalah subjek teras dalam program ni. Subjek PAD ni la yang korang kena banyak hafal dan membaca. Baca tu, kena fahamkan. Faham konsep. Jangan baca dan hafal tanpa faham. Memang struggle nanti nak bertahan sampai habis program.

Nak tahu lebih lanjut mengenai subjek-subjek dalam pentadbiran awam? Boleh baca di sini: https://www.azaraslan.com/2022/07/ringkasan-subjek-yang-dipelajari-dalam.html


04. KALAU SAYA LEMAH SUBJEK KIRA-KIRA, BOLEH KE AMBIL DPA NI?

Jawapan saya, BOLEH. Asalkan anda ada keinginan untuk belajar. Kalau tak faham, tanya kawan-kawan dan pensyarah. Jika kita rasa kita tak faham, banyakkan tanya soalan. Jangan malu, jangan segan. Berikut adalah senario yang saya lalui:

Semasa saya semester 1, saya ambil subjek Financial Accounting. Saya tak ada asas perakaunan. Dulu zaman sekolah, saya aliran sains tulen. Memang menggigil la bila nak belajar perakaunan ni. Disebabkan saya ni zero-knowledge berkenaan perakaunan, maka saya banyak bertanya kawan-kawan, pensyarah, mohon tunjuk ajar mereka dan banyakkan buat latihan. Alhamdulillah, peperiksaan akhir semester 1 diploma, saya dapat A+ untuk subjek Financial Accounting. Tiada yang mustahil.

Perkara yang sama juga berlaku untuk Business Mathematics. Saya ni tak pandai Maths. Zaman sekolah menengah pun, result SPM Add Maths saya C, Math Mod saya B+ je. Saya tak pernah dapat A untuk Matematik sejak Darjah 4. Tapi alhamdulillah, saya juga dapat A untuk subjek Business Mathematics. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.


05. COURSE DPA NI GUNA BAHASA MELAYU KE BAHASA INGGERIS?

Proses Pengajaran & Pembelajaran (P&P) adalah sepenuhnya 100% Bahasa Inggeris. Ini bermaksud, kertas peperiksaan anda adalah dalam Bahasa Inggeris. Nak jawab exam kena guna Bahasa Inggeris.

Tapi, jangan risau, dalam kelas atau kuliah, pensyarah kadang-kadang akan guna juga Bahasa Melayu, especially apabila pensyarah nak bagi contoh ataupun keterangan yang mudah.


06. SAYA LEMAH BAHASA INGGERIS, MACAM MANA?

Kalau lemah Bahasa Inggeris, jangan down. Kita boleh tingkatkan skill kita dari semasa ke semasa. Yang penting, anda kena usaha lebih untuk kuasai Bahasa Inggeris. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Jangan give up!

Dulu saya mantapkan Bahasa Inggeris saya dengan membaca buku Bahasa Inggeris sekolah rendah (UPSR) dan sekolah menengah. Antara buku yang saya selalu baca ialah buku berkaitan idioms and proverbs. Idioms dan proverbs ni macam simpulan bahasa dan peribahasa. Saya baca sebab nak tambah kosa kata dan ayat-ayat power dalam karangan. Haa gitu.

Mesti rasa pelik kan?

Jangan rasa pelik sebab baca buku sekolah rendah kerana percayalah, anda akan dapat ilmu baharu yang anda sendiri tak sangka. Tambahan pula, nak kuasai Bahasa Inggeris ni, kita kena faham asas dia. Kalau asas dia lintang pukang, memang habis la kita.

Untuk mantapkan penggunaan Bahasa Inggeris, boleh baca perkongsian saya di SINI.

Selain daripada itu, anda juga boleh mantapkan Bahasa Inggeris dengan mengikuti kursus-kursus percuma seperti platform Alison. Boleh tekan SINI. Ada macam-macam kursus ditawarkan. Boleh self learning. Tak perlu bayar apa-apa pun. Tinggal nak bagi komitmen dan belajar sahaja. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Saya sendiri pun menggunakan Alison sebelum ini. Saya ambil beberapa kursus untuk mantapkan skills dan pemahaman saya dalam sesuatu bidang. To be specific, saya tingkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang pengurusan projek / project management. Ilmu itu sangatlah membantu sewaktu saya menjalani internship di CSPI UiTM dan semasa bekerja.


07. DPA NI ADA DEKAT UiTM KAMPUS MANA?

Setakat yang saya tahu, ada di:

  • UiTM Seremban, Negeri Sembilan
  • UiTM Merbok, Kedah
  • UiTM Raub, Pahang
  • UiTM Kota Kinabalu, Sabah
  • UiTM Kota Samarahan, Sarawak


Gambar Semester 1, Kelas AM110 1G @ UiTM Kedah


Gambar Semester 5, Gambar Satu Batch. Kelas Industrial Relations @ UiTM Seremban

Sungguhpun begitu, bila kita mohon DPA, belum tentu kita akan dapat kampus yang kita nak. Semuanya sistem akan tentukan. Kampus ini adalah untuk pelajar full time. Pelajar part time saya tak pasti.


08. ORANG KATA DPA NI SESUAI UNTUK ORANG YANG KUAT MENGHAFAL DAN MEMBACA, BETUL KE?

Saya boleh kata, BETUL. Sebab anda akan membaca jurnal, artikel, website, buku, slaid pembentangan untuk dapatkan maklumat-maklumat tertentu. Dalam DPA ni, Perlembagaan Persekutuan (Federal Constitution) tu dah macam kitab suci. Hihihi.

Kalau anda minat SEJARAH, kebarangkalian besar anda boleh lalui program DPA ni dengan baik.

Tapi program DPA ni, bukan semata-mata menghafal sahaja. Kalau anda mampu hafal, mampu baca tapi tak mampu faham, anda akan struggle sepanjang program DPA ni.

Anda kena tahu konsep, carta alir dan sebagainya. Dari pemahaman tu la sebenarnya anda boleh jawab soalan, boleh goreng jawapan dengan betul.

Pemahaman yang power ialah apabila anda boleh menerangkan kepada orang lain mengenai suatu topik tu dalam bahasa yang mudah. Bukan bahasa buku teks.

Sebagai contoh: What Is Public Administration?

"Public administration is the implementation of government policy and also an academic discipline that studies this implementation and prepares civil employees for working in the public service.[1] As a "field of inquiry with a diverse scope" whose fundamental goal is to "advance management and policies so that government can function."[2] Some of the various definitions which have been offered for the term are: "the management of public programs";[3] the "translation of politics into the reality that citizens see every day";[4] and "the study of government decision making, the analysis of the policies themselves, the various inputs that have produced them, and the inputs necessary to produce alternative policies."[5] The word public administration is the combination of two words—public and administration. In every sphere of social, economic and political life there is administration which means that for the proper functioning of the organisation or institution it must be properly ruled or managed and from this concept emerges the idea of administration." (Wikipedia)


Jawapan di atas adalah contoh jawapan macam buku teks. Faham ke tak tu?

Bandingkan dengan jawapan ni:

"Public Administration is a branch of government that implements government policy in federal, state and local government. Public servant is the people who implements it."

Public Servant: Penjawat Awam.


Simple je ayatnya, tapi orang yang tak ambil program DPA ni pun boleh faham.

Ada orang jenis menghafal semata-mata. Bila waktu exam ataupun waktu presentation, dia gelabah dan tiba2 terlupa apa yang nak dicakapkan / ditulis. Haa, apa nak buat waktu tu? Menggagau la. Memang bungkus la ceritanya. Habis carrymark rendah. Exam failed. Sebab tu pemahaman terhadap suatu topik itu amatlah penting.


09. COURSE NI ADA PRESENTATION & ASSIGNMENT KE?

Uish, semestinya ada. Hahahah. Semua subjek ada presentation dan assignment. Penulisan dan pembentangan semuanya dalam Bahasa Inggeris, kecuali subjek Pendidikan Islam (CTU). Itu guna Bahasa Malaysia.


10. BOLEH BAGI GAMBARAN ASSIGNMENT TAK?

Konsepnya sama macam kat sekolah, kita akan dapat homework daripada cikgu. Homework tu dikira assignment lah. Kita akan dapat homework mengikut bab ataupun judul yang kita pelajari.

Sama juga macam DPA. Assignment yang anda akan dapat, adalah mengikut silibus yang dipelajari. Cuma uniknya DPA ini ialah, kebiasaannya anda akan dapat assignment berkenaan isu semasa (khususnya subjek kod PAD).

Jadi, apa yang akan terjadi ialah, anda perlu relatekan isu semasa tersebut dengan teori, topik yang anda pelajari.

Sebagai contoh, pada semester 5, anda akan belajar topik Public Financial Administration (PFA) / Pengurusan Kewangan Negara. GST diperkenalkan pada 1 April 2015. Waktu itu topik GST hangat diperkatakan oleh semua pihak. Maka, sejajar dengan subjek PFA, maka GST dijadikan assignment. Kita perlu bincangkan sama ada GST relevan ataupun tidak untuk pembangunan negara.

Sama juga pada semester 4. Anda akan menduduki subjek Malaysian Politics / Politik Malaysia. Anda akan dapat assignment berkenaan isu semasa dan perlu dibentangkan dalam kelas. Waktu saya belajar dulu, topik hudud di Kelantan sedang hangat diperkatakan. Maka itulah tajuk assignment saya pada ketika itu.


11. OKAY... KITA KAN BELAJAR POLITIK. MACAM MANA JIKA FAHAMAN BERBEZA?

Satu benda yang anda kena ingat dalam dunia gedung ilmu Diploma Pentadbiran Awam ni, anda kena jadi non-partisan ataupun neutral semasa pengajaran dan pembelajaran.

Anda kena matang dalam berhujah. Anda kena berfikiran terbuka dan tak boleh terlalu taksub terhadap satu-satu parti politik.

Sebab apa? Sebab kita ni belajar pentadbiran awam. Kita belajar politik. Jika kita nak buat timbang tara yang analisis yang berkualiti, maka kita perlu dengar semua aspek.

Anda nak sokong mana-mana parti, silakan. Tapi untuk perbincangan ilmu, sila ketepikan semua sokongan-sokongan anda buat sementara waktu. Minda perlu tenang, realistik dan matang jika nak berdebat. Bukan debat guna emosi.



Bersama Farzana Fadzil & Atiqah Azmarina. Best Presenter untuk Kelas ELC120 (Integrated English Skills: Listening) @ UiTM Kedah, Semester 1


The Dark Knight Group. Bersama Sir Mujibu, Zaidi & Fikhri.
Subjek PAD320: Local Government Administration. Semester 5 @ UiTM Seremban
"This is the best presentation in 9 years of teaching. I've been waiting so long for this. You guys really made my day!" - Sir Mujibu Abd Muis


12. GRED LULUS ATAU POINTER KAT UiTM MACAM MANA YA?

Boleh rujuk jadual ini.

Diambil daripada Twitter @ASeTapah.

Pendek kata:

  • C ialah gred minimum untuk lulus
  • Once anda dapat gred C-, maka anda gagal.
  • Bila gagal, anda kena repeat subjek tersebut.


13. ADA ORANG SEBUT PASAL CARRYMARK. APA TU?

Carrymark atau ongoing assessment bermaksud markah-markah terkumpul daripada assignment, kuiz dan test anda sepanjang semester untuk satu-satu subjek.

Dalam DPA, kebiasaannya final exam membawa pemberat 60% dan carrymark membawa pemberat 40%.

Maksudnya di sini, sekiranya anda skor final exam 100% sekali pun, anda hanya dapat 60% sahaja. Lagi 40% tu, dalam bentuk carrymark yang saya sebutkan tadi.

Jadinya di sini, jangan main-main dengan carrymark tu. 1 markah carrymark boleh jadi penentu anda lulus atau gagal. Itu adalah fakta.

Pendek cerita, final exam dan carrymark assessment amat penting.

Saya ada sedikit cerita ringkas pasal carrymark assessment ni. What if, carrymark anda tak perform? Boleh lulus ke semester walaupun buat yang terbaik untuk final paper? Boleh baca di SINI. Semoga membakar semangat.


14. BERAPA LAMA PROGRAM DPA NI? ADA PRACTICAL TRAINING KE?

2 tahun setengah. 5 semester. Tiada practical training. Ni untuk full time student. Kalau part time student, 4 tahun bersamaan 8 semester.


15. PROGRAM DPA ADA TEMUDUGA TAK?

Program DPA tiada temuduga.


16. YURAN PROGRAM DPA MACAM MANA?

Yuran tak mahal pun. UiTM menawarkan yuran paling murah berbanding dengan semua universiti di Malaysia. Semester pertama dalam RM800 lebih macam tu. Semester kedua sampai semester kelima, dalam RM600 lebih. Murah kan?



17. APA PELUANG PEKERJAAN SELEPAS HABIS DPA NI?

Ni soalan cepumas. Pekerjaan yang paling diidam-idamkan oleh pelajar DPA ialah Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Gred M41. Ni jawatan paling hot la dalam kerajaan. Tapi minimum requirements untuk PTD ialah Ijazah. So kalau nak jadi PTD, kena sambung Ijazah terlebih dahulu.

Peluang-peluang lain adalah seperti berikut:
  • Pentadbiran & Pengurusan Kerajaan (Persekutuan, Negeri & Tempatan)
  • Pentadbiran & Pengurusan Syarikat
  • Pengurusan Sumber Manusia
  • Undang-Undang
  • Keusahawanan
  • Hal Ehwal Diplomatik

Sukacita diingatkan, untuk peringkat diploma, jawatan paling tinggi anda boleh sandang ialah penolong atau pembantu pegawai. Sebagai contoh:
  • Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 (Kerajaan)
  • Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29 (Kerajaan)

Kalau nak jadi pegawai penuh, anda kena ambil Ijazah, ataupun anda kena ada pengalaman kerja yang lama. Mungkin 5 ke 10 tahun sebagai penolong. Baik sambung belajar kan, dapat jimat masa.


18. LEPAS HABIS DIPLOMA, BOLEH SAMBUNG APA?

Student boleh sambung dalam fakulti yang sama ataupun fakulti yang berbeza. Dalam fakulti yang sama iaitu Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi (FSPPP), anda boleh sambung antara tiga program ini:

Saya adalah graduan BAS. Nak tahu pasal BAS? Boleh baca di SINI ya.



Konvokesyen UiTM ke-87. Dua kali bergraduat sebagai pelajar Diploma. Haa.. Macam mana tu? Baca kat SINI kalau nak tahu.



19. ORANG KATA, BOLEH SAMBUNG LAW? BETUL KE?

Ya, BETUL. Boleh sambung Ijazah Undang-Undang jika berminat. Tapi syarat nak masuk bidang undang-undang ni tinggi sikit. Antaranya:
  • Kena jaga CGPA. Nak selamat, CGPA diploma kena capai 3.50 and above.
  • Kena dapatkan minimum MUET Band 4.
  • Ada sesi interview. Kena perform waktu sesi interview tu.

Sekiranya dapat masuk Law, anda akan mula dengan semester 1.

Anyway, sekiranya anda memang berhajat sangat-sangat nak masuk Law, saya sarankan anda ambil Asasi Undang-Undang UiTM. Belajar Asasi selama setahun. Sekiranya perform (pointer atau CGPA cantik), anda boleh masuk Ijazah Law terus. Dapat jimat tahun pengajian.
  • DPA (2.5 tahun) + Ijazah Undang-Undang (4 Tahun) = 6.5 tahun
  • Asasi Law (1 tahun) + Ijazah Undang-Undang (4 Tahun) = 5 tahun
*Dapat jimat 1.5 tahun.

Cumanya, asasi ni tough sikit. Bayangkan setahun punya program, anda memang kena gasak kaw-kaw la. Pendek kata, memang xde life. Life anda untuk belajar dan skor exam je.

Kalau rasa tak boleh nak fast pace, ambil diploma. Waktu diploma pun anda belajar jugak undang-undang walaupun asas. Walaupun ada beza 1.5 tahun, sekurang-kurangnya anda still boleh masuk bidang undang-undang. Masih ada peluang!

Tapi apapun, dua-dua pilihan ada pros and cons dia. Apa pun pilihan yang anda buat, buatlah yang terbaik.

Nak tahu apa perbezaan antara program asasi dan diploma? Boleh baca secara meluas di entri INI.


20. APA BEZA DIPLOMA PENTADBIRAN AWAM (DPA) DAN DIPLOMA PENTADBIRAN KORPORAT (DCA)?

DPA lebih ke arah pentadbiran kerajaan, politik, policy. DCA lebih kepada pentadbiran korporat (syarikat, organisasi dsb). So memang berbeza. Subjek utama juga berbeza.

Contoh subjek DCA yang berbeza daripada DPA (dan tiada dalam DPA):
  • Corporate Compliance & Practice
  • Law and Practice of Meeting
  • Company Secretarial Practice Workshop, dan lain-lain

Fokus DCA ialah ke arah private organisation. Kerjaya idaman DCA juga ialah sebagai Setiausaha Syarikat atau Company Secretary (COSEC).

Fokus DPA lebih kepada persediaan menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) atau jawatan-jawatan eksekutif dalam sektor kerajaan.

List penuh subjek DCA:


21. BOLEH SHARE RINGKASAN SUBJEK-SUBJEK DIPLOMA PENTADBIRAN AWAM?



22. KALAU TAK NAK SAMBUNG BIDANG SAMA ATAU LAW, BOLEH SAMBUNG APA LAGI? (NEW INFO)

Boleh baca di sini. Panjang lebar saya kongsikan untuk pengetahuan anda semua: https://www.azaraslan.com/2023/07/apakah-jenis-jurusan-yang-boleh.html


23. ADAKAH DIPLOMA PENTADBIRAN AWAM MENJAMIN PEKERJAAN?



24. ADAKAH DIPLOMA PENTADBIRAN AWAM MEMPUNYAI PASARAN KERJAYA YANG MELUAS?



25. BAGAIMANA NAK TAHU DPA NI SESUAI UNTUK SAYA ATAUPUN TIDAK?



26. SAYA BERMINAT. APA KELAYAKAN NAK MASUK DPA NI?

Berikut adalah syarat kelayakan DPA UiTM:
  • Bumiputera
  • Lulus SPM, minimum 3 kredit termasuk Bahasa Melayu
  • Lulus subjek Sejarah

Kalau anda daripada Program Pra-Diploma UiTM untuk pra-perdagangan (Nama betul: Program Pra-Pendidikan Tinggi ataupun sebelum ini dikenali sebagai Program Mengubah Destini Anak Bangsa), boleh juga apply. Yang penting jaga pointer. CGPA 3.30 ke atas insyaAllah selamat untuk mohon. Nak lagi selamat, 3.50 and above.


-----


Untuk maklumat lanjut mengenai fakulti ini, boleh ke website ini: https://fsppp.uitm.edu.my/

Berikut adalah sedikit pesanan buat mahasiswa atau bakal mahasiswa. Boleh tekan di SINI.

Nanti ada masa, saya tambah lagi FAQ. Sekiranya ada soalan, boleh tambah di ruangan komen ya. Semoga bermanfaat, terima kasih semua!



Last paper Diploma. April 2016. Gambar bersama rakan satu batch. We call it Sepakat. Tapi tak semua ada waktu ni.


Sepakat Photoshoot. Feb 2016. #HitamKuningSepakatku


Yang Ikhlas,
AZAR
Azeem Raslan
Diploma Pentadbiran Awam UiTM, 2013 - 2016

#AZAR #DiplomaPentadbiranAwam #DPA #DiplomaPublicAdministration #AlumniFSPPP #DiPAC #FSPPP #UiTM

Catat Ulasan

68 Ulasan

  1. Terima kasih bang atas sharing pasal diploma pentadbiran awam ni. Bila baca, baru faham pasal course ni.

    BalasPadam
  2. Salam bang, saya new uitm student yg ambil course DPA ni, bila saya baca perkongsian abg ni, course dpa banyk bermain kt politik.Kalau ambil course ni, memang banyak aktiviti berdebat ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. dan saya tak pernah join pertandingan berdebat, saya juga lemah dalam komunikasi, adakah masih boleh saya teruskan course ni?, selain tu, abang ada tips tak cara untuk berdebat ataupun berkomunikasi ketika perbentangan.

      Padam
    2. Waalaikummussalam wbt. Course DPA xde aktiviti debat yang spesifik semasa belajar. Kalau berminat dengan aktiviti debat, boleh join kelab debat di UiTM, atau join program2 debat anjuran fakulti atau persatuan.

      Sepanjang saya belajar DPA, pernah sekali je saya berdebat dalam kelas. Itupun masa semester akhir (sem 5). Lecturer buat presentation ala debat, untuk subjek public finance administration.

      Kalau x pernah join debat, xde masalah. Saya pun zaman sekolah dulu x pernah join debat. Pidato pun xpernah.

      Setiap semester kita memang akan banyak bercakap sebab kita ada pembentangan assignment. Setiap assignment ada pembentangan / presentation. So, nanti skill komunikasi tu slowly akan develop dari semasa ke semasa.

      Mungkin nanti saya boleh keluarkan artikel pasal komunikasi ni. Bagus juga idea ni.

      Nak berkomunikasi semasa pembentangan ni, pastikan awak faham apa yang awak sampaikan. Jangan ikut ayat buku sangat.

      Pembentangan semua bahasa inggeris, so bacalah subtitle drama2 korea ke, movie inggeris ke. Cakap depan cermin. English tunggang terbalik xpe, yang penting awak cuba bercakap. Xyah malu. Baca buku inggeris sekolah rendah / menengah. Benda2 ni semua saya buat dulu. Macam2 leh buat sebenarnya untuk tingkatkan skill.

      Padam
  3. sy dah 2 kali bc blog encik, baru je nk masuk sem2 pjj utk course ini. ada tips x nak score elc? ari tu nsb juga dpt c+

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sebab baca dan support blog saya ya.

      Kalau awak nak skor ELC, boleh cuba ni:

      01. Banyakkan buat latihan ELC. Bak kata orang Inggeris, practice makes perfect. ELC ni banyak komponen.

      02. Banyakkan membaca bahan2 dalam Bahasa Inggeris. Biasanya apa yang saya buat ialah dengan membaca buku, short story, artikel, blog, caption, subtitle movie, subtitle drama dan lagu dalam Bahasa Inggeris. Ni sedikit sebanyak boleh tambah ilmu Bahasa Inggeris sambil-sambil enjoy.

      03. Fahamkan grammar dan belajar peribahasa atau pepatah Bahasa Inggeris iaitu idioms and phrases. Apa yang saya buat dulu ialah, saya baca buku sekolah rendah. Ya, buku sekolah rendah amat membantu sebenarnya, sebab itulah asasnya.

      04. Berbalik pada point 02, sekiranya ada perkataan anda tak faham bila baca tu, anda salin perkataan tu dalam buku dan Google maksud dia. Bila dah Google maksud dia, then cuba guna dalam karangan atau percakapan bila sesuai. Nanti awak akan perasan sedikit demi sedikit vocaulary dan penggunaan ayat semakin meluas.

      05. Kalau nak bercakap dalam BI, pergi practice dengan cermin. Cakap dengan cermin. English tunggang terbalik tak apa, yang penting kita bercakap.

      Ni sedikit sebanyak apa yang boleh dibuat untuk score English dan ELC.

      Goodluck!

      Padam
  4. hai saya nak tanya, kalau kita dari Diploma Pentadbiran Korporat and Degree sambung Sains Pentadbiran under penerapan, ada transfer credit juga ke ? means terus lompat ke sem 3 . TQ in advance

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni saya kurang pasti boleh lompat ke semester 3 terus ataupun tidak. Tapi untuk tolak kredit tu tetap ada.

      Waktu saya belajar dulu, pelajar yang ambil DPA, bila masuk BAS / BCA penerapan, akan terus ke semester 3. Tapi waktu ni, belum ada DCA lagi.

      Padam
  5. salam abg, pada pendapat abg antara DPA dan DCA mana lagi better & apa beza antara dua course tu ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm wbt. DPA dan DCA dua-dua ada kekuatan tersendiri. Bergantung pada awak nak pilih hala tuju mana satu.

      DPA lebih ke arah pentadbiran kerajaan, politik, policy. DCA lebih kepada pentadbiran korporat (syarikat, organisasi dsb).

      Ni beza secara ringkas.

      Padam
  6. Bang nak tanya, kalau masuk diploma pentadbiran awam ni kat uitm , boleh tak bayar sedikit demi sedikit, dan berapa ya yuran dia untuk satu semester 🥺🥺

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf lewat balas. Kesibukan sedikit seminggu dua ni.

      Boleh bayar sedikit demi sedikit. Nanti boleh request kat UiTM untuk bayar ansuran. Yuran sem 1 dalam 800-1000 macam tu la. Ni zaman saya belajar dulu.

      Tapi masuk semester 2 dah kurang dah yuran, dalam 500-600 macam tu.

      Padam
  7. Bang nak tanya, selain UITM, universiti mana lagi yg menawarkan DPA?. Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setakat ni, UiTM sahaja yang menawarkan Diploma Pentadbiran Awam. Universiti lain xde yang spesifik.

      Padam
  8. abang i really minat law but my english A- so do you think bagus if i mohon pentadbiran awam and then pursue in law time degree?

    BalasPadam
    Balasan
    1. English A- okay dah tu.

      Idea untuk sambung Pentadbiran Awam then pursue in Law time degree pun okay juga.

      Kalau betul-betul minat Law, boleh juga cuba sambung Asasi Law terus, then terus buat Degree in Law.

      English A- tu okay. Nanti bila Diploma Pentadbiran Awam, boleh mantapkan lagi English.

      As long ada minat, then should be no problem.

      Padam
  9. sy dpt 4A math,pai,bm;sej tapi sy kls science stream klau merit xlps tapi syarat min lepas agak2 apply dpl lepas tak? Bi sy B+

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah lepas dah syarat minimum. Saya pun dari aliran sains juga sebelum ni. Result subjek sains saya biasa-biasa je tapi syarat minimum lepas. So boleh try apply.

      Padam
  10. apa beza pentadbiran awam n pentadbiran korporat ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. DPA lebih ke arah pentadbiran kerajaan, politik, policy. DCA lebih kepada pentadbiran korporat (syarikat, organisasi dsb)

      Padam
  11. abg ambil DPA ni boleh sambung ke Degree ke Accounting gitu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah boleh sambung. Tapi bila buat Degree kena start balik dari semester 1.

      Padam
  12. abg kalau amik DPA ni then degree boleh smbung hr ke ? atau BAS tu is hr ? atau hr is fakulti yg lain ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh sambung HR. Kawan saya pun ramai juga yang buat Diploma Pentadbiran Awam, tapi Degree lompat ke HR. Cumanya kena start dari semester 1 la nanti. HR di bawah Fakulti Pengurusan Perniagaan, manakala BAS di bawah Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi (FSPPP).

      Padam
  13. abg kalau saya amik DPA ni and degree saya terus sambung major HR boleh tak ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh.

      Kawan saya pun ramai juga yang buat Diploma Pentadbiran Awam, tapi Degree lompat ke HR. Cumanya kena start dari semester 1 la nanti.

      Padam
  14. abang kalau DCA boleh sambung HR tak ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah boleh. Cuma kena start from semester 1 bila masuk Degree in HR nanti.

      Padam
  15. Excuse me, If I take business studies ( diploma ) can I proceed with a social science courses for Bachelor's degree?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, it is possible but because business studies are different from social science so you may need to start your degree from first semester. No fast track since it is a different faculty and programme.

      Padam
  16. Lepasan pra diploma perdagangan boleh ambil tak diploma pentadbiran awam ni walaupun math SPM Cuma E je??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setahu saya boleh. Yang penting pra diploma perdagangan tu kena skor elok. Dapatkan 3 pointer dan ke atas. Dapat 3.5 dan ke atas lebih baik.

      Padam
  17. Saya ingat nk pilih law, tapi spm teruk sangat😅. Jadi kalau saya sambung dgn Dpa ni lpstu perform well and dpt Muet band above 3, agak2 boleh tak masuk law?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh. Ada je rakan-rakan saya yang pursue law waktu degree tapi dia ambil DPA dulu. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Saya doakan yang terbaik! Cuma kalau sambung DPA lepas tu masuk law, nanti kena start dari semester 1.

      Padam
  18. potensi nak dpt kerja untuk course ni tinggi takk??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Course ni ada je marketnya. Tapi saingannya sangat tinggi. Bergantung kepada diri kita juga. Kita kena skor setiap semester, aktifkan diri untuk menimba ilmu dan pengalaman bagi memantapkan lagi soft skill dan hard skill sebagai inisiatif untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan dalam realiti industri.

      Padam
  19. Bang memang takde chance ke nak lompat semester bila pursue degree in law lepas dpa ini? Saya ingat lepas diploma nanti tempoh pembelajaran waktu degree dipendekkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tiada peluang nak jump semester jika ambil diploma pentadbiran awam lepas tu ambil law.

      Jump semester hanya boleh untuk jurusan dalam fakulti yang sama. Sebab fakulti dah susun subjek mengikut semester. Sebab tu pelajar diploma jurusan sama, boleh jump semester bila sambung degree bidang sama.

      Kawan saya ramai je yang ambil degree law dari diploma pentadbiran awam. Semua start dari semester 1.

      Padam
  20. Bang saya dapat english c untuk spm dan saya dapat tawaran DPA ni…rasanya saya boleh bawak ke ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bahasa utama di UiTM ialah English untuk hampir semua jurusan di UiTM. Pengajaran dan pembelajaran dalam English, bukan Bahasa Melayu.

      Kalau nak sambung, boleh. Cuma pastikan English tu diperbaiki dari semasa ke semasa. Kalau tak, nanti akan jadi cabaran kalau ada pembentangan dan exam.

      Padam
  21. nak apply DPA ni dekat mana ? ada link tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh apply melalui UPU ataupun 2nd intake UiTM.

      Padam
  22. Bang, kalau diploma in sambung degree finance or business boleh ke??

    BalasPadam
  23. Spm sy 'C average' je. Kalau buat Diploma adakah keputusan spm boleh diketepikan??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Keputusan SPM tetap akan jadi rujukan pada masa akan datang. Kalau mohon kerja khususnya kerja dengan kerajaan dsb, SPM tetap akan dilihat.

      Apapun, buat yang terbaik untuk diploma, dapatkan result yang terbaik. Orang akan lihat effort tu.

      Padam
  24. Saya pun graduan DPA. hehe.. Memang best sebenarnya amik cos ni. Ye lah.. cuma kena banyak membaca dan sampai sekarang pon kena banyak membaca. ahahah..
    Saya graduate tahun 2003. 2016 baru sambung Degree- Office System Admin. Dah grad tahun lepas. tunggu konvo je. Bidang kerja bertukar ke TVET- Technical and Vocational Education Training.

    Seronok baca pengalaman junior. Semoga berjaya!

    BalasPadam
  25. assalamualaikum, saya dapat kos dpa ni, untuk second intake. tapi saya kurang yakin bila baca tentang mahir dalam bahasa english ni, Waktu abang study dulu ada tak kawan yang tak mahir english?apa yang dia buat? spm bi saya b+

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummussalam wbt. Zaman abang belajar dulu, ada juga yang kurang mahir English tapi mereka belajar untuk improve dari semasa ke semasa. Banyak benda boleh dibuat seperti buat latihan, praktis English depan cermin dsb. Boleh baca artikel yang abang tulis ni untuk mengasah skill dalam Bahasa Inggeris: https://www.azaraslan.com/2023/01/my-ways-to-improve-english.html

      Padam
  26. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  27. Hi bang , nak tanye , klau ambil dpa ni bole tak dptkan kerja dlm bidang pendidikan cthnya cikgu ataupun pensyarah? Klau bole lps hbis dpa nk ambil course apa pula ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau nak masuk bidang pendidikan, lebih baik mohon bidang pendidikan terus. Boleh mohon maktab, atau UPSI atau universiti yang menawarkan bidang pendidikan.

      Seandainya tak dapat masuk bidang pendidikan, awak boleh je ambil diploma dan degree dari apa-apa disiplin / course, kemudian sambung belajar DPLI (Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah).

      So kalau nak ambil DPA, lepas tu nak sambung apa-apa bidang berkaitan sama ada dalam fakulti yang sama atau berlainan, boleh je, sebab nanti pada akhirnya, awak tetap kena sambung belajar DPLI juga.

      Kira perjalanan tu agak jauh sikit lah.

      Apa-apa pun kena ada ijazah la senang kata, so boleh mohon DPLI. Kalau bukan DPLI, ada lagi option lain iaitu tunggu pengumuman dari kementerian mengenai pengambilan perguruan graduan bukan pendidikan.

      Apapun, semua ni kompetitif, maka kena usaha lebih dan kena banyakkan berdoa jika betul-betul nak masuk bidang pendidikan. Saingan zaman sekarang amatlah tinggi. Graduan pendidikan pun masih ramai lagi yang tak dapat jadi guru.

      Padam
  28. Bang, kalau ambik DPA ni, boleh ke sambung Degree Ekonomi?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh. Nak dapat info lebih lanjut boleh baca artikel ini: https://www.azaraslan.com/2023/07/apakah-jenis-jurusan-yang-boleh.html

      Padam
  29. Bang, adakah diploma pentadbiran awam memberi akses mudah dalam pekerjaan di sektor kerajaan atau swasta?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, DPA memberikan akses kepada peluang pekerjaan dalam sektor kerajaan dan swasta. Program ini dirancang untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran asas dalam bidang pentadbiran yang boleh digunakan dalam kedua-dua sektor.

      Boleh baca lebih lanjut di sini: https://www.azaraslan.com/2023/07/adakah-diploma-pentadbiran-awam-dan.html

      Semoga bermanfaat.

      Padam
  30. Setiap subjek ada disediakan buku teks atau tidak? Perlu tak saya sediakan buku nota utk setiap subjek?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buku teks perlu dibeli. Ini bergantung kepada pensyarah masing-masing. Pensyarah akan advice nanti. Buku nota ni terpulang pada pelajar. Sebaiknya sediakan buku nota berasingan bagi setiap subjek.

      Padam
    2. Maafkan saya. Buku teks ni optional. Namun, ikut pada pensyarah masing-masing. Jika pensyarah nak guna, maka boleh ikhtiar untuk beli.

      Padam
  31. Assalamualaikum, boleh saya tahu lepasan diploma ni boleh sambung kos degree ekonomi dan pentadbiran perniagaan?

    BalasPadam