Apa Itu Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran UiTM?: 27 Soalan & Jawapan (Kemas Kini 2023)



Gambar Sebelum Hantar Thesis

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua.

Semoga semua pembaca sihat-sihat sahaja. Semoga diberikan kesihatan berpanjangan, dipermudahkan segala urusan dalam kehidupan dan dihindari daripada wabak COVID-19 yang masih berleluasa di Malaysia ni.

Sebelum ni saya dah kongsi mengenai "Apa Itu Diploma Pentadbiran Awam (DPA)?". Nak tahu apa itu DPA? Klik SINI.

Alhamdulillah, dapat respon yang baik dari orang ramai.

Hari ini saya berhasrat nak menulis mengenai jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran (BAS). Kenapa BAS? BAS ni akronim untuk Bachelor of Administrative Science. Saya adalah pelajar BAS di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Seremban, Negeri Sembilan pada September 2016 - Julai 2018.

Dengan rezeki Tuhan, saya tamat pengajian dengan Ijazah Sarjana Muda Kelas Kedua Tinggi (Second Class Upper) dengan CGPA 3.21. Alhamdulillah, syukur dengan keputusan yang diterima. Walaupun tak sehebat zaman diploma, tapi banyak benda yang lain yang kita dapat zaman ijazah ni, seperti:

  • Yang di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Negeri Sembilan Sesi 2017/18;
  • Presiden Badan PEERs Kaunselor UiTM Seremban 2016/17;
  • Tenaga Penggerak untuk Program Delegasi Minda FSPPP UiTM Malaysia bersama FISIP Universiti Airlangga Indonesia;
  • Pemenang Pingat Emas & Anugerah Khas untuk Pertandingan Inovasi Antarabangsa (YIIX, SITC, MIIEX), mewakili FSPPP;
  • Anugerah Speaker Terbaik UiTM National Leaders Summit 2018;
  • Top 20 (Semi-Finalist) University Motivator Competition (UMAC) PEERs UiTM Seluruh Sistem, dan;
  • Pengarah & Penyunting Video Korporat FSPPP UiTM SeMalaysia 2017


Ada yang pernah bertanya, apa yang "Sains"-nya dekat Pentadbiran ni? Menarik kan soalan tu. Hahahah. Yang pasti, dia bukannya Sains Tulen okay? Sains Pentadbiran ni adalah Sains Sosial. Takpe, biar saya ceritakan.

Sebab tulah saya berhasrat untuk menulis mengenai BAS ni supaya pembaca semua dapat sedikit gambaran pasal jurusan ni.

Seperti entri DPA, saya akan pecahkan ikut persoalan. Ikut Frequently Answered Questions (FAQ). Senang sikit semua nak baca.


01. APA ITU SARJANA MUDA SAINS PENTADBIRAN (BAS)?

Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran (BAS) ni ialah jurusan yang merangkumi pembelajaran mengenai pentadbiran dan pengurusan kerajaan secara umum. Kod jurusan ni ialah AM228. Jurusan ni kira abang atau kakak kepada Diploma Pentadbiran Awam (DPA). Pendek kata, anda akan belajar pasal kerajaan.

Apapun, bila namanya pun Ijazah, maka adalah subjek-subjek baharu yang kita akan belajar.

Secara umumnya, bila cakap pasal BAS ni, anda akan mempelajari subjek politik Malaysia, undang-undang, pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan negara, pengajian dasar-dasar kerajaan dan macam-macam lagi.


02. DALAM BAS, ADA BELAJAR SUBJEK KIRA-KIRA KE?

Jawapannya, ADA. Walaupun jurusan BAS ni lebih kepada subjek membaca dan menghafal, tetapi subjek mengira tetap ada. Antara contoh subjek pengiraan ialah Statistik, Business Mathematics, Financial Accounting, Cost Accounting, Management Accounting dan Economics.


03. BOLEH SHARE SIKIT TAK SUBJEK APA YANG DIPELAJARI?

Ni subjek pada zaman saya. September 2016 - Julai 2018. Saya yakin dan pasti, ada subjek yang berubah. However, ni listnya untuk gambaran anda semua:



Kepada ex-student Diploma Pentadbiran Awam (DPA), mesti ada nampak subjek-subjek yang familiar kan? Sekiranya anda pelajar DPA, anda boleh terus lompat ke semester 3.

Sebab apa? Sebab:

  • Anda dah ambil subjek-subjek di semester 1 dan semester 2.
  • Anda boleh mohon pengecualian kredit. Dapat jimat masa setahun.

Haa.. Macam mana? Menarik kan? Ke rasa susah? Relax.. Belum belajar lagi memang la susah. Dah belajar nanti insyaAllah memang seronok.

Kalau perasan, ada campuran subjek mengira dan subjek membaca. Sebab apa? Sebab program ni pun nak hasilkan pelajar yang balance.

Kod ADS (Administrative Science) adalah subjek teras dalam program ni. Subjek ADS ni la yang korang kena banyak hafal dan membaca. Baca tu, kena fahamkan. Faham konsep. Jangan baca dan hafal tanpa faham. Memang struggle nanti nak bertahan sampai habis program.


04. PROGRAM BAS NI BOLEH MOHON PENGECUALIAN KREDIT KE?

Jawapannya, BOLEH. Sekiranya anda pelajar DPA, anda boleh mohon pengecualian kredit untuk dua semester.

Sebab apa? Sebab:

  • Anda dah ambil subjek-subjek di semester 1 dan semester 2.
  • Anda boleh mohon pengecualian kredit. Dapat jimat masa setahun.

Pendek kata, anda akan terus start dengan semester 3.

Proses pengecualian kredit ni kita kena buat sendiri. Nanti semasa taklimat, pensyarah atau kakitangan akademik akan terangkan. So fokus betul-betul!


05. SAYA SEBELUM NI DARI FAKULTI LAIN. BOLEH KE MOHON PENGECUALIAN KREDIT?

Setahu saya, BOLEH, TAPI SUBJEK TERTENTU SAHAJA. Anda tak akan dapat pengecualian kredit seperti pelajar DPA, tapi anda boleh la kurangkan subjek yang diambil pada semester-semester tertentu.

Sebagai contoh, kalau anda tengok, ada subjek-subjek yang sama telah diambil waktu diploma, maka ada high chances boleh mohon pengecualian kredit.

Nak mohon pengecualian kredit ni, dia ambil kira:

  • Subjek yang diambil
  • Jumlah jam kredit subjek tersebut

Kalau sebelum ni ada ambil Fundamentals of Management (3 jam kredit) waktu zaman diploma, boleh la potong subjek ADS460 yang akan diambil pada semester 1 degree. Haa gitu.

Nanti semasa sesi taklimat mengenai permohonan pengecualian kredit, fokus betul-betul!

Selain itu, memandangkan anda hanya boleh potong subjek tertentu sahaja, ini bermaksud anda tak boleh skip semester. Anda akan mula dengan semester 1.


06. APA ITU SUBJEK ELEKTIF?

Subjek elektif ialah subjek yang anda boleh pilih. Anda boleh pilih subjek yang anda minat. Kalau ada 3-4 subjek elektif pada semester tersebut, anda boleh ambil satu je. Jangan tamak okay? Hahaha. Subjek elektif akan mula ada pada semester 3.

Ada banyak subjek elektif. Pilihlah elok-elok. Nak lebih detail, boleh check soalan no. 12.

Nak tahu lebih lanjut, BACA SINI!


07. THIRD LANGUAGE, ADA SUBJEK APA?

Bergantung pada kampus. Subjek kebiasaan bahasa ketiga yang popular ialah:

  • Mandarin
  • Arab

Ada juga kampus yang tawarkan Bahasa Perancis dan Jerman. Korea pun ada kalau tak silap. Apapun, kena tengok:
  • Kampus tu ada tak tawarkan bahasa tu, dan;
  • Ada tak pensyarah yang boleh ajar bahasa tu

Cukup dua benda ni, boleh la kalau nak ambil.

Kita akan belajar Third Language ni selama 3 semester. Dia ada modul dia. Boleh refer jadual di soalan 03. So, pilih baik-baik. Anda tak boleh sesuka hati tukar Third Language ni. Kalau nak tukar, anda kena start balik dari modul 1.



Bersama group assignment members untuk kelas Mandarin semester 3.
Haa tu samfu la saya pakai tu. Kena buat roleplay. Mata mana mata? Hahahaha.


08. PROGRAM BAS NI ADA SUBJEK RESEARCH KE?

Ada. Setiap program Ijazah yang ada kepujian, memang ada subjek research.

Untuk program BAS, anda akan menduduki subjek research pada semester 5 dan 6.

Pensyarah akan berikan masa untuk anda cari research partner. Cari yang betul-betul boleh buat kerja dan boleh diharap, sebab anda kena complete research dalam masa setahun.

Senario mengenai subjek research ni ialah:

  • Anda boleh ambil topik apa yang anda minat, as long berkaitan dengan Sains Pentadbiran. Lecturer akan terangkan nanti.
  • Anda akan dapat supervisor (SV) yang akan memantau pergerakan research anda.
  • Pilihan SV ditentukan oleh fakulti.
  • Anda yang buat research. Bukannya SV. SV hanya membantu sahaja.
  • Anda dan partner kena rancang elok-elok, perjalanan research ni. Kalau tunggu last minute, memang tak sempat siap. Kalau sempat pun, markah mesti teruk sebab takde kualiti.
  • Anda kena banyak membaca artikel, buku dan lain-lain untuk gain evidence untuk menyokong hujah dalam research anda.
  • Jangan copy paste. Tu namanya cari pasal. Tak pasal-pasal disabit kesalahan plagiat dan kena gantung semester / buang universiti.
  • It will be a roller coaster ride. Memang hidup tak tenang selagi tak siap.
  • Kawan baik tak semestinya research partner yang baik. Kalau dapat kawan baik yang bagus dalam bekerja, tu namanya rezeki.
  • Kalau anda tak bernasib baik, anda akan dapat sleeping partner, asyik lepas tangan.
  • Jadikan pasangan sebagai research partner? Jaga-jaga. Bahaya tu, especially kalau tiba-tiba putus hubungan dalam tempoh buat research.



Bersama Research Partner: Hafizi Jamil. Waktu ni kami nak pergi hantar thesis.


Ni pula baru lepas habis pembentangan research. Kita panggil ViVA.


09. KALAU SAYA LEMAH SUBJEK KIRA-KIRA, BOLEH KE AMBIL BAS NI?

Jawapan saya, BOLEH. Asalkan anda ada keinginan untuk belajar. Kalau tak faham, tanya kawan-kawan dan pensyarah. Jika kita rasa kita tak faham, banyakkan tanya soalan. Jangan malu, jangan segan. Berikut adalah senario yang saya lalui:

Semasa saya semester 1 DPA dulu, saya ambil subjek Financial Accounting (saya tak ambil subjek ni waktu degree sebab saya dah ambil waktu diploma). Saya tak ada asas perakaunan. Dulu zaman sekolah, saya aliran sains tulen. Memang menggigil la bila nak belajar perakaunan ni. Disebabkan saya ni zero-knowledge berkenaan perakaunan, maka saya banyak bertanya kawan-kawan, pensyarah, mohon tunjuk ajar mereka dan banyakkan buat latihan. Alhamdulillah, peperiksaan akhir semester 1 diploma, saya dapat A+ untuk subjek Financial Accounting. Tiada yang mustahil.

Perkara yang sama juga berlaku untuk Business Mathematics. Saya ni tak pandai Maths. Zaman sekolah menengah pun, result SPM Add Maths saya C, Math Mod saya B+ je. Saya tak pernah dapat A untuk Matematik sejak Darjah 4. Tapi alhamdulillah, saya juga dapat A untuk subjek Business Mathematics. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.


10. PROGRAM BAS NI GUNA BAHASA MELAYU KE BAHASA INGGERIS?

Proses Pengajaran & Pembelajaran (P&P) adalah sepenuhnya 100% Bahasa Inggeris. Ini bermaksud, kertas peperiksaan anda adalah dalam Bahasa Inggeris. Nak jawab exam kena guna Bahasa Inggeris.

Tapi, jangan risau, dalam kelas atau kuliah, pensyarah kadang-kadang akan guna juga Bahasa Melayu, especially apabila pensyarah nak bagi contoh ataupun keterangan yang mudah.


11. SAYA LEMAH BAHASA INGGERIS, MACAM MANA?

Kalau lemah Bahasa Inggeris, jangan down. Kita boleh tingkatkan skill kita dari semasa ke semasa. Yang penting, anda kena usaha lebih untuk kuasai Bahasa Inggeris. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Jangan give up!


12. PROGRAM BAS NI TAK ADA PENGKHUSUSAN (MAJOR) KE?

TAK ADA. Oleh itu, apa yang anda boleh buat sekurang-kurangnya ialah, pilih elektif yang betul. Susun elektif elok-elok so that nampak kita ni tertumpu kat mana. Check jadual di soalan 03.

Sebagai contoh, kalau anda minat perhubungan antarabangsa (international relations), boleh fokus dan try susun macam ni:

  • Semester 3: International Relations (ADS510)
  • Semester 4: Southeast Asian Affairs (ADS560)
  • Semester 5: International Business Environment (ADM602)
  • Semester 6: Seminar in Global Affairs (ADS660)

Haa amacam? Nampak tertumpu tak? Semua pasal international and global je. Berkait antara satu sama lain. Hihihi. Tapi tak semua subjek elektif kita boleh susun cantik.

Kalau tak dapat susun 4 subjek, kita cubalah susun 2 subjek.

Sebagai contoh, fokus dekat perhubungan industri (industrial relations), berkait dengan akta buruh:
  • Semester 4: Advanced Industrial Relations (ADS517)
  • Semester 5: Social Security and Employee Benefits Administration (ADM653)

Atau, boleh fokus kepada pentadbiran & pengurusan kerajaan:
  • Semester 3: Electronic Government (ADS556) atau Malaysian Premiership Studies (ADS509)
  • Semester 4: Local Government (ADS505)
  • Semester 5: Service Management (ADM570)
  • Semester 6: Urban Sociology (ADS605)

Nak fokus pada teknologi & inovasi pun boleh:
  • Semester 3: Electronic Government (ADS556)
  • Semester 4: Innovation Management (ADS557)
  • Semester 5: Managing Change (ADS607)
  • Semester 6: Information Technology Management (ADS606)


*Ada subjek yang mungkin tiada di kampus tertentu.


Apa yang saya kongsikan semua di atas ni hanyalah cadangan, contoh dan pemudah cara. Nanti korang semua study dan tanyalah senior-senior ataupun buat carian di internet mengenai setiap elektif ni. Then, buatlah keputusan, okay?


13. BAS NI ADA DEKAT UiTM KAMPUS MANA?

Setakat yang saya tahu, ada di:

  • UiTM Seremban, Negeri Sembilan
  • UiTM Merbok, Kedah
  • UiTM Kota Kinabalu, Sabah
  • UiTM Kota Samarahan, Sarawak

Sungguhpun begitu, bila kita mohon BAS, belum tentu kita akan dapat kampus yang kita nak. Semuanya sistem akan tentukan. Kampus ini adalah untuk pelajar full time. Pelajar part time saya tak pasti.



Di Hadapan FSPPP UiTM Seremban, Main Campus for FSPPP sebab Dekan ada di sini.

14. ORANG KATA BAS NI SESUAI UNTUK ORANG YANG KUAT MENGHAFAL DAN MEMBACA, BETUL KE?


Saya boleh kata, BETUL. Sebab anda akan membaca jurnal, artikel, website, buku, slaid pembentangan untuk dapatkan maklumat-maklumat tertentu. Dalam BAS ni, Perlembagaan Persekutuan (Federal Constitution), buku akta tu dah macam kitab suci. Hihihi.

Kalau anda minat SEJARAH, kebarangkalian besar anda boleh lalui program BAS ni dengan baik.

Tapi program BAS ni, bukan semata-mata menghafal sahaja. Kalau anda mampu hafal, mampu baca tapi tak mampu faham, anda akan struggle sepanjang program BAS ni.

Anda kena tahu konsep, carta alir dan sebagainya. Dari pemahaman tu la sebenarnya anda boleh jawab soalan, boleh goreng jawapan dengan betul.

Pemahaman yang power ialah apabila anda boleh menerangkan kepada orang lain mengenai suatu topik tu dalam bahasa yang mudah. Bukan bahasa buku teks.

Sebagai contoh: What Is Public Administration?

"Public administration is the implementation of government policy and also an academic discipline that studies this implementation and prepares civil employees for working in the public service.[1] As a "field of inquiry with a diverse scope" whose fundamental goal is to "advance management and policies so that government can function."[2] Some of the various definitions which have been offered for the term are: "the management of public programs";[3] the "translation of politics into the reality that citizens see every day";[4] and "the study of government decision making, the analysis of the policies themselves, the various inputs that have produced them, and the inputs necessary to produce alternative policies."[5] The word public administration is the combination of two words—public and administration. In every sphere of social, economic and political life there is administration which means that for the proper functioning of the organisation or institution it must be properly ruled or managed and from this concept emerges the idea of administration." (Wikipedia)


Jawapan di atas adalah contoh jawapan macam buku teks. Faham ke tak tu?

Bandingkan dengan jawapan ni:

"Public Administration is a branch of government that implements government policy in federal, state and local government. Public servant is the people who implements it."

Public Servant: Penjawat Awam.


Simple je ayatnya, tapi orang yang tak ambil program DPA / BAS ni pun boleh faham.

Ada orang jenis menghafal semata-mata. Bila waktu exam ataupun waktu presentation, dia gelabah dan tiba2 terlupa apa yang nak dicakapkan / ditulis. Haa, apa nak buat waktu tu? Menggagau la. Memang bungkus la ceritanya. Habis carrymark rendah. Exam failed. Sebab tu pemahaman terhadap suatu topik itu amatlah penting.


15. COURSE NI ADA PRESENTATION & ASSIGNMENT KE?

Uish, semestinya ada. Hahahah. Semua subjek ada presentation dan assignment. Penulisan dan pembentangan semuanya dalam Bahasa Inggeris, kecuali subjek Pendidikan Islam dan Bahasa Ketiga. Pendidikan Islam akan guna Bahasa Malaysia, manakala Bahasa Ketiga akan guna bahasa masing-masing.


Assignment Pertama Ijazah. Subjek Malaysian History. Waktu ni kami tengah dapatkan maklumat tambahan di Muzium Adat Negeri Sembilan.
Tajuk Assignment: Perkahwinan Adat di Negeri Sembilan


16. BOLEH BAGI GAMBARAN ASSIGNMENT TAK?

Konsepnya sama macam kat sekolah, zaman diploma, asasi, matrik semua, kita akan dapat homework daripada cikgu / pensyarah. Homework tu dikira assignment lah. Kita akan dapat homework mengikut bab ataupun judul yang kita pelajari.

Sama juga macam BAS. Assignment yang anda akan dapat, adalah mengikut silibus yang dipelajari. Cuma uniknya BAS ini ialah, kebiasaannya anda akan dapat assignment berkenaan isu semasa (khususnya subjek kod ADS).

Jadi, apa yang akan terjadi ialah, anda perlu relatekan isu semasa tersebut dengan teori, topik yang anda pelajari.

Sebagai contoh, anda akan belajar topik Public Policy / Dasar Awam pada semester 4. Dasar / Policy GST diperkenalkan pada 1 April 2015. Waktu itu topik GST hangat diperkatakan oleh semua pihak. Maka, sejajar dengan subjek Public Policy, maka GST dijadikan assignment. Kita perlu bincangkan sama ada GST relevan ataupun tidak untuk pembangunan negara. Anda kena beri pros and cons, berdasarkan fakta dan kajian, bukan semberono je guna jawapan-jawapan kat blog dan Wikipedia.

Contoh lain, anda juga akan ambil subjek Public Relations (PR) pada semester 4. PR peringkat kerajaan ni banyak benda kita boleh jadikan case study. Sebagai contoh, kes tragik MH370 dan MH17. Kita boleh jadikan itu sebagai case study dan bagaimanakah kerajaan menangani kes itu dalam konteks perhubungan awam (PR). Apa yang boleh ditambah baik dan apa yang boleh dipelajari? Ataupun kalau kita nak ambil kes PRN Sabah, bagaimana kerajaan kendalikan PR mereka? Senario seperti inilah yang akan dijadikan assignment untuk mengasah minda anda semua.


17. OKAY... KITA KAN AKAN BELAJAR PASAL POLITIK SEDIKIT SEBANYAK. MACAM MANA JIKA FAHAMAN BERBEZA?

Satu benda yang anda kena ingat dalam dunia gedung ilmu pentadbiran awam / sains pentadbiran ni, anda kena jadi non-partisan ataupun neutral semasa pengajaran dan pembelajaran.

Anda kena matang dalam berhujah. Anda kena berfikiran terbuka dan tak boleh terlalu taksub terhadap satu-satu parti politik.

Sebab apa? Sebab kita ni belajar pentadbiran awam / sains pentadbiran. Kita belajar politik. Jika kita nak buat timbang tara yang analisis yang berkualiti, maka kita perlu dengar semua aspek.

Anda nak sokong mana-mana parti, silakan. Tapi untuk perbincangan ilmu, sila ketepikan semua sokongan-sokongan anda buat sementara waktu. Minda perlu tenang, realistik dan matang jika nak berdebat. Bukan debat guna emosi.


18. GRED LULUS ATAU POINTER KAT UiTM MACAM MANA YA?

Boleh rujuk jadual ini.

Diambil daripada Twitter @ASeTapah.

Pendek kata:

  • C ialah gred minimum untuk lulus
  • Once anda dapat gred C-, maka anda gagal.
  • Bila gagal, anda kena repeat subjek tersebut.


19. ADA ORANG SEBUT PASAL CARRYMARK. APA TU?

Carrymark atau ongoing assessment bermaksud markah-markah terkumpul daripada assignment, kuiz dan test anda sepanjang semester untuk satu-satu subjek.

Dalam BAS, kebiasaannya final exam membawa pemberat 60% dan carrymark membawa pemberat 40%. Lebih kurang je macam DPA.

Maksudnya di sini, sekiranya anda skor final exam 100% sekali pun, anda hanya dapat 60% sahaja. Lagi 40% tu, dalam bentuk carrymark yang saya sebutkan tadi.

Jadinya di sini, jangan main-main dengan carrymark tu. 1 markah carrymark boleh jadi penentu anda lulus atau gagal. Itu adalah fakta.

Pendek cerita, final exam dan carrymark assessment amat penting.

Saya ada sedikit cerita ringkas pasal carrymark assessment ni. What if, carrymark anda tak perform? Boleh lulus ke semester walaupun buat yang terbaik untuk final paper? Boleh baca di SINI. Semoga membakar semangat.


20. BERAPA LAMA PROGRAM BAS NI? ADA PRACTICAL TRAINING KE?

3 tahun. 6 semester. Ni untuk full time student. 5 tahun, 10 semester untuk part-time student.

Practical training? ADA. Practical training zaman saya dulu 2 bulan. Setahu saya ada perubahan silibus. Sekarang ni dah jadi 3 bulan kalau tak silap.

Untuk practical training, nanti anda kena buat practical report. Nanti bila nak pilih tempat latihan praktikal tu, pilihlah dengan serious okay? Sebab nak dapat A, report kena la power. Nanti kita kena cerita pengalaman kita apa semua, relatekan dengan apa yang kita pelajari sepanjang Ijazah ni.


Practical Training Report. 133 Pages

Alhamdulillah, tempat saya praktikal memang best. Saya intern di Centre for Strategic Planning & Information (CSPI) UiTM. Pendek kata, inilah bahagian think tanker UiTM untuk merangka pelan strategi UiTM jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Saya terlibat secara langsung dalam proses tersebut. Ilmu PROMA (Project Management) yang saya belajar di semester 5 dapat digunakan dengan baik, sebab CSPI juga merupakan Project Management Office (PMO) UiTM.

Nak tahu lebih lanjut mengenai pengalaman saya buat internship di CSPI, boleh baca di SINI!

Dan,

Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai persediaan sebelum menjalani internship, baca SINI!


Majlis Perpisahan Saya Di Centre for Strategic Planning & Information (CSPI), UiTM


Mejaku Di Centre for Strategic Planning & Information (CSPI) UiTM


21. PROGRAM BAS ADA TEMUDUGA TAK?

Program BAS tiada temuduga.


22. YURAN PROGRAM BAS MACAM MANA?

Yuran tak mahal pun. UiTM menawarkan yuran paling murah berbanding dengan semua universiti di Malaysia. Tak sampai seribu pun per semester. Semester pertama dalam RM800 lebih macam tu. Semester kedua sampai semester kelima, dalam RM600 lebih. Murah kan?



23. APA PELUANG PEKERJAAN SELEPAS HABIS BAS NI?

Ni soalan cepumas. Pekerjaan yang paling diidam-idamkan oleh pelajar BAS ialah Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Gred M41. Ni jawatan paling hot la dalam kerajaan.

Peluang-peluang lain adalah seperti berikut:
  • Pentadbiran & Pengurusan Kerajaan (Persekutuan, Negeri & Tempatan)
  • Pentadbiran & Pengurusan Syarikat
  • Pengurusan Sumber Manusia
  • Undang-Undang
  • Keusahawanan
  • Hal Ehwal Diplomatik

Boleh juga try jawatan gred 41 yang lain. Biasanya orang akan apply Pegawai Tadbir Gred N41 dan seangkatan dengannya. Tengok pada kelayakan.

Nak apply gred Diploma iaitu gred 29 pun boleh juga. Mohon je, lagi-lagi sekarang susah dapat kerja. Kita pun xtahu rezeki kita kat mana.


24. LEPAS HABIS DEGREE, BOLEH SAMBUNG APA?

Student boleh sambung dalam fakulti yang sama ataupun fakulti yang berbeza. Dalam fakulti yang sama iaitu Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi (FSPPP), anda boleh sambung antara 4 program sarjana ini:
  • Sarjana Eksekutif Sains Pentadbiran (EMAS)
  • Sarjana Pentadbiran Korporat (MOCA)
  • Sarjana Sains Pentadbiran (MAS)
  • Sarjana Perhubungan Antarabangsa & Diplomasi (MiRAD)

Saya adalah graduan EMAS. Nak tahu apa itu EMAS? Boleh baca SINI ya.


25. ADAKAH JURUSAN BAS INI MENJAMIN PEKERJAAN DALAM BIDANG YANG DIPELAJARI?

TIDAK. Boleh baca ulasan saya lebih lanjut di sini: https://www.azaraslan.com/2023/07/adakah-jurusan-diploma-pentadbiran-awam.html


26. ADAKAH JURUSAN BAS INI MEMPUNYAI PASARAN KERJAYA YANG MELUAS?



27.  SAYA BERMINAT. APA KELAYAKAN NAK MASUK BAS NI?

Berikut adalah syarat kelayakan BAS UiTM:
  • Bumiputera
  • Lulus SPM, minimum 3 kredit termasuk Bahasa Melayu
  • Lulus subjek Sejarah
  • Minimum MUET Band 2
  • Dapat CGPA sekurang-kurangnya 2.50 dan ke atas untuk subjek Diploma Pentadbiran Awam, Diploma Pentadbiran Korporat
  • Diploma UiTM lain-lain jurusan, bare minimum 2.50. Nak selamat, dapatkan 3.00 CGPA.


Kelayakan Lain:
  • Sekiranya anda bekerja dalam bidang pentadbiran selama dua tahun dan anda mempunyai diploma UiTM dengan CGPA sekurang-kurangnya 2.30 dan ke atas, anda boleh masuk program ni.
  • Kalau anda dari IPT lain, standby sekurang-kurangnya 3.00 CGPA dan ke atas.
  • Kalau anda dari Asasi Law UiTM atau lain-lain tempat, at least 2.50 CGPA.
  • Kalau anda dari Matriks, pun sama, at least 2.50 CGPA.
  • Kalau dari STPM, at least 3 principal pass (termasuk Pengajian Am).


-----


Untuk maklumat lanjut mengenai fakulti ini, boleh ke website ini: https://fsppp.uitm.edu.my/

Berikut adalah sedikit pesanan buat mahasiswa atau bakal mahasiswa. Boleh tekan di SINI.

Nanti ada masa, saya tambah lagi FAQ. Sekiranya ada soalan, boleh tambah di ruangan komen ya. Semoga bermanfaat, terima kasih semua!


Yang Ikhlas,
AZAR
Azeem Raslan




Bersama DON FSPPP. Rakan batch.

#AZAR #SarjanaMudaSainsPentadbiran #BachelorofAdministrativeScience #BAS #AlumniFSPPP #BaCAS #FSPPP #UiTM

Catat Ulasan

38 Ulasan

  1. Balasan
    1. kalau dari fakulti sains kesihatan boleh ke amik course ni?

      Padam
    2. Boleh je kalau nak ambil course ni. Kalau minat, ambil la. Tapi kena start dari semester 1, sebab sains kesihatan dan sains pentadbiran tak ada kena mengena / bukan dalam aliran dan fakulti yang sama.

      Padam
  2. Penerangan yang sangat komprehensif. Terima kasih tuan atas penjelasan yang amat padat.

    BalasPadam
  3. terima kasih atas penerangan, inshaAllah saya akan graduate on time untuk diploma pentadbiran awam dan proceed untuk degree ni

    BalasPadam
  4. Salam, saya najib, ex skp hep uitm seremban 3. Saya kenal saudara, xtaula saudara ingt lg ke x ke saya. Saya dlu pelajar OM114, snang cite office management. Mmg dip dlu nk amik dpa lau bole tp dpt om lak. Degree aritu xterpk plak nk mohon dgree admin sc.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm Najib.. Maaf.. Saya kena tengok muka baru ingat huhuhu. SKP waktu tahun bila ya? UiTM S3 xde office management. Ada Najib yang saya ingat kat UiTM S3 tu tapi dia fakulti sukan, komander kesatria.

      Ooo.. Kalau betul nak masuk Admin Science, takpe tunggu pengambilan akan datang. Boleh buat persediaan ilmu dari sekarang.

      Padam
  5. terima kasih sangat bermafaat, semoga dipermudahkan urusan tuan dengan perkongsian pengalaman...boleh tanya 2 soalan jika tuan boleh kelapangan utk jawab... soalan pertama 3 tahun. 6 semester. Ni untuk full time student. 5 tahun, 10 semester untuk part-time student.
    kenapa saya dapat partime uitm 3 tahun utk separuh masa ? adakah mereka tersilap tawaran? dan tuan adakah macam saya basic diploma civil engineering akan mengalami kesukaran utk ke kos BAS ini ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2. Terima kasih ya.

      Soalan 01: Maksudnya dapat tawaran course BAS secara part time untuk tiga tahun ke? Ni saya tak pasti la pula. Dekat surat tawaran memang tulis tiga tahun part time ya? Sebab setahu saya part time memang 10 semester. Cuba call nombor UiTM yang ada di surat tawaran untuk kepastian.

      Boleh check sini juga untuk kepastian: https://fsppp.uitm.edu.my/index.php/programme/undergraduate/degree/bachelor-of-administrative-scence-hons-am228

      Ni website rasmi FSPPP UiTM.

      Soalan 2: Basic diploma civil engineering ya? Kesukaran tu pasti ada sebab beralih bidang kan. As long boleh catchup xde masalah. Kena usaha lebih sikit la. Kalau x faham, kita bertanya pada yang faham. Tanya lecturer dan sebagainya. Sains pentadbiran adalah sains sosial. Anda akan belajar banyak teori pasal pengurusan pentadbiran, kerajaan, politik dan sebagainya.

      Kalau minat ke arah tu, there should be no problem. Ada rakan batchmate saya dulu dia daripada aliran sains gunaan, masuk sains pentadbiran. Alhamdulillah dia boleh habiskan degree dengan baik.

      Waktu saya buat master sains pentadbiran pun, ada rakan sekelas saya dia ambil degree dalam bidang kejuruteraan kimia, then dia masuk master sains pentadbiran. Beliau pun skor markah power setiap sem. Maintain je.

      InsyaAllah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

      Semoga membantu sedikit sebanyak.

      Padam
  6. hello saya nak bertanya, kalau dari diploma lain macam saya (diploma seni kulinari) and nak ambil degree ni boleh ke? cgpa saya 3.58 and untuk muet saya dapat band 3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wassalam wbt. Boleh Zaty. CGPA dan MUET tu dah layak dah untuk mohon.

      Padam
  7. Takutnya saya nak hadap course ni. Saya baru nak masuk sem 2 sem depan. Jujurnya saya tak minat course ni, apatah lagi membaca dan menghafal. Tapi saya terpaksa lalui juga oleh kerana keputusan family saya untuk saya ambil bidang ini. Saya pula tak berapa faham apa yang dipelajari sem lepas. Doakan saya dipermudahkan urusan untuk memahami sem depan dan seterusnya. Terima kasih atas perkongsian yang detail ini bang. Saya dapat tengok jelas satu persatu. Semoga abg dipermudahkan segala urusan dunia akhirat. Aamiin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya faham. Ramai juga dulu kawan-kawan saya yang dapat course ni tapi mereka tak minat. Mereka ambil sebab family suruh. Moga terus cekal. Semoga survive sampai ke penghabisan. Semoga dipermudahkan juga urusan awak. Amin.

      Incase tak boleh pergi jugak course ni, masih awal lagi untuk tukar course, cuma saya faham bukan senang nak tukar course. Belum tentu family bagi.

      Apapun, awak sentiasa boleh pergi jumpa pegawai psikologi di Unit Kaunseling Kerjaya UiTM. Kalau belajar di UiTM Seremban, boleh pergi ke Bahagian HEP, minta nak jumpa pegawai psikologi untuk bercerita dan dapatkan pandangan. Mereka semua terlatih dan baik-baik orangnya.

      Terima kasih juga sebab baca blog saya ya. Amin..

      Padam
  8. hai tuan, penerangan yang sangat bagus dan padat, soalan saya adalah untuk practical training/intern ianya dilakukan pada akhir semester 6 ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih ya.

      Semasa saya study dulu, practical training dilakukan pada cuti semester 5 nak naik ke semester 6. Maksudnya waktu cuti semester tu la kita akan jalani practical training.

      Waktu nak naik semester 6 nanti, anda akan masuk kuliah UiTM lewat sedikit sebab nak cukupkan 2-3 bulan training. Zaman saya dlu 2 bulan. Sekarang dah jadi 3 bulan.

      Padam
  9. Penerangan yg sgt bagus dan padat. Soalan saya adalah utk practical training/intern ianya dilakukan setelah habis semester6?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih ya.

      Semasa saya study dulu, practical training dilakukan pada cuti semester 5 nak naik ke semester 6. Maksudnya waktu cuti semester tu la kita akan jalani practical training.

      Waktu nak naik semester 6 nanti, anda akan masuk kuliah UiTM lewat sedikit sebab nak cukupkan 2-3 bulan training. Zaman saya dlu 2 bulan. Sekarang dah jadi 3 bulan.

      So basically practical training dilakukan semasa dalam tempoh pembelajaran lagi. Bukan lepas habis semester 6.

      Padam
  10. Assalamualaikum saya ada soalan nk tnya..saya dari DPA ..Klau saya sambung BAS ni saya akan skip ke semester 3 terus ke? Saya kurang jelas disitu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummussalam wbt. Betul. Kalau mohon melalui penerapan UiTM, boleh lompat semester 3 terus. Kira fast track la.

      Padam
  11. assalamualaikum, thank you sebab explain yaa. saya nak tanya untuk partner thesis, wajib kee dari class yang sama? atau class yang berbeza pun tak ada masalah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm wbt. Sama2. Terima kasih sebab membaca blog saya juga. Untuk partner thesis, tak kisah. Rakan sekelas boleh, rakan bukan sekelas pun boleh.

      Padam
  12. Assalamualaikum... nak tanya: the current students tak ada social media group ke (like FB group)? Looking for a lecturer BAS Mr Bastian not sure if he still works there or x.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummussalam wbt. Rasanya tak ada social media group like FB group for BAS. Mr. Bastiyan ada lagi kat UiTM Seremban kalau tak silap.

      Padam
  13. boleh tanya? biasanya semester berapa bulan untuk yg part-time BSA ni? sebab pembelajaran smua jarak jauh kan? bagi part-time yang bekerja ni mcm mna urus masa lecture session?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ikut berapa bulan untuk satu semester ni, sama je full time dan part time. Sebab takwimnya sama. Tarikh final exam pun share bulan yang sama.

      Part time ni kita still masuk kelas macam biasa pada hujung minggu (Sabtu dan Ahad). Kalau macam COVID sekarang ni, mungkin ada kelas yang masih fully online.

      Siapa-siapa yang belajar part time dan bekerja full time, basically:

      Isnin - Jumaat kerja. (Waktu ni xde kuliah tapi kalau ada extraordinary matters, mungkin akan ada kelas malam. Tapi apapun waktu hari biasa ni la kita nak kena siapkan assignment yang diberikan).
      Sabtu - Ahad kelas. (Pagi sampai petang. Kadang-kadang lajak sampai malam).

      So, memang akan busy as a bee la. Orang lain cuti hujung minggu. Kita pula ada kelas hujung minggu.

      Kalau nak dapatkan gambaran bekerja full time sambil belajar part time, boleh baca sini: https://www.azaraslan.com/2021/08/pengalaman-realiti-sambung-master.html

      Ni pengalaman saya kerja full time dan buat master part time. Basically the concept is the same.

      Padam
  14. Untuk pendapat semua.. Pemegang degree bas ni sesuai ker ambil dpli?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh je kalau nak ambil DPLI. Kalau yang berminat nak jadi cikgu, ambillah DPLI. Kalau knowledge dalam BAS ni, bolehlah tekankan subjek sejarah dan seumpama dengannya.

      Padam
  15. boleh tanya ? saya pelajar DPA . Sekiranya saya apply BAS tetapi nak buat study part time , boleh ke mohon untuk pengecualian kredit ? dah lama saya tertanya 😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk soalan ni saya tak ada jawapan. Rasanya macam boleh as long subjek sama, credit hours pun sama. Boleh terus hubungi fakulti untuk bertanyakan hal ini. Nanti boleh la share di sini juga. Boleh la kami semua tahu.

      Padam
  16. Saya dapat jurusan ini BAS (AM228) secara part time di UiTM Shah Alam bermula Oktober ini. Tengok gaya penceritaan awak ni macam susah course ni. haha. Saya baru ingat nak santai2 sebab dah tua dan kekangan waktu kerja. Tapi tak tahulah, full time & part time ada perbezaan subjek (mungkin). Saya merupakan graduan Diploma in English (2014) dan sekarang menjawat di perkhidmatan awam sebab Pembantu Tadbir N19 dari tahun 2021. Harap jurusan ni dapat membantu saya untuk naik gred kelak. Dan boleh ke saya pengecualian kredit dengan Diploma saya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah kerana mendapat course ni. Semoga dipermudahkan segala urusan.

      Hahahah, setiap course ada kesusahan masing-masing. Course ni pun ada juga part susahnya. Course ni akan jadi sedikit mencabar jika tidak minat, tidak memahami konsep, tidak rajin membaca.

      Full time dan part time subjeknya sama sahaja seingat saya, cuma semester ditambah lebih panjang.

      Pengecualian kredit bergantung pada subjek. Jika subjek tersebut dah dipelajari sewaktu diploma, boleh la tolak kredit. Tapi tak dapat la nak pendekkan semester. Melainkan diploma dan degree dari fakulti yang sama.

      Ni berdasarkan pemahaman saya la.

      Padam