Melatih Diri Bercakap Di Khalayak


Assalammualaikum wbt, salam sejahtera.

Diriku cuba utk melatih diri ke arah professionalisme, sejajar dengan hasrat UiTM yg ingin menjadikan mahasiswa/i-nya pelajar yang berwawasan.

".... Bercakap di hadapan bukanlah perkara yang mudah. Namun, sekiranya ada usaha dan inisiatif utk memperbaiki dan menambah ilmu dalam 'public speaking', insya-Allah, dipermudahkan segalanya oleh Allah SWT. Usaha tangga kejayaan. Kejayaan tidak akan datang bergolek. Man Jada Wajada, (Siapa berusaha dia berjaya).

Pada mulanya mungkin kita kekok, tapi lama-kelamaan, ianya akan menjadi satu kebiasaan buat kita. Alah bisa tegal biasa. Belakang parang kalau diasah lagikan tajam. Yang penting, cuba dulu. Belum cuba belum tahu. Jgn mengalah dan berputus asa sebelum mencuba kerana org yg berputus asa sebelum mencuba adalah orang yang rugi. Tiada yang mustahil selagi Allah izinkan. Yakin. Keyakinan adalah kunci kejayaan.. ..."

*Apa guna muka macam harimau, tapi hati macam tikus...

Catat Ulasan

0 Ulasan