Bismillah.. Kali Pertama Sebagai PMDS: Sesi Dis 2014 - Apr 2015




Assalammualaikum wbt, salam sejahtera.

Alhamdulillah diberikan tanggungjawab dan kepercayaan sebagai PM oleh Pihak HEP UiTM N.9 untuk MDS UiTM N.9 Sesi Disember 2014 - April 2015.

Cuti semester dikorbankan, bagi melaksanakan tugasan yang diberikan. Mungkin ada yang kata, "rugi, buang masa, baik duduk kat rumah ja, enjoy cuti semester". Namun, itulah pilihan saya, mengejar ilmu dan pengalaman dalam mengendalikan Program Minggu Destini Siswa UiTM yang penuh dengan cabaran dan rintangan.

Duduk rumah sahaja, tanpa buat apa-apa, (main game, lepak-lepak, makan tidur makan tidur, dll) rasanya lebih baik kita ke UiTM, berbakti untuk anak bangsa.

Bangun 4.30 pagi. Tidur 1-2 pagi. Hampir setiap hari. Program selama 7 hari, itu belum masuk belakang tabir lagi. Kira-kira 2 minggu macam tu, sememangnya memenatkan. Apapun, perkara itu lebih bermakna dan membina diri kita ke arah kematangan dan professionalisme.

Sekiranya kita memudahkan urusan orang lain, maka Allah akan permudahkan urusan kita dengan semudah - mudahnya.

Sekian, terima kasih.

Biro Dewan Protokol & Multimedia (BDPM),
Pemimpin Mahasiswa Minggu Destini Siswa (PM MDS),
UiTM Cawangan Negeri Sembilan,
Sesi Disember 2014 - April 2015.

Name Tag Designed By : PM Azeem

Catat Ulasan

0 Ulasan