2nd DL!: Empat Rata Dalam Pusuan


EMPAT RATA DALAM PUSUAN
Assalammualaikum wbt, salam sejahtera.

Majlis Anugerah Dekan FSPPP Sesi Disember 2014 - April 2015. Sesi penyerahan Penerima Anugerah Dekan bagi Sesi Jun-Oktober 2014.

Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah, kerana masih memberi peluang kepada diriku untuk meraih anugerah dekan.

Alhamdulillah, terima kasih ya Allah, kerana masih memberikan aku peluang untuk berada di dalam satu majlis yang penuh gah ini.

Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah, kerana memberikan peluang kepadaku untuk bersama dengan rakan-rakan seperjuangan yang hebat-hebat belaka. Segan diri ini dibuatnya.

Semoga kita, barisan pelajar yang mendapat dekan, akan terus mendapat dekan.

Semoga dengan ilmu yang sarat di dada, dengan kepandaian yang ada, kita akan menyalurkannya kepada kawan-2 kita yang bakal mendapat dekan.

Sebaik-baik insan ialah insan yang memberi manfaat kepada lain.

Yang dekan, kekalkan. Yang belum dekan, ataupun yang hampir dekan, usaha tangga kejayaan.

Jangan pernah putus asa. Jatuh bangun dalam pelajaran itu perkara biasa. Tuhan sedang menguji kita, untuk menjadikan diri ini, insan yang hebat dan luar biasa.

Apa yang penting, bila dah berjaya, jangan pernah lupa orang yang berjasa pada kita, orang yang belajar bersama-sama kita dan orang yang berusaha bersama-sama kita.

Hargai, jangan dilupai.

Sekian, terima kasih.

Yang Menulis,
Ahmad Azeem Ahmad Raslan.

Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad

HTML/JavaScript