Kem Terakhirku: Kesatria Negara


KEM TERAKHIRKU

Assalammualaikum wbt, salam sejahtera.

Barisan Ahli Jawatankuasa Pelaksana "Kem Kesatria Negara & Kesatria Kembara UiTM Negeri Sembilan Kampus Seremban Bahagian 03 Sesi Disember 2014 - April 2015", bersama Master Omar Bin Dris.

Diriku diberikan tanggungjawab sebagai Biro Pembangunan Insan & Kerohanian untuk kem kali ini.

Insyaallah, akanku berlaku komited, professional dan buat sehabis baik dalam tugasan yang diamanahkan kepada diriku ini. Semoga AJK yang lain pun sama juga.

Insyaallah, semoga kerjasama, sinergi, kolaborasi dan kesepakatan akan wujud dan mapan antara kita, dalam menjayakan kem ini, baik sebelum, semasa, mahupun selepas program.

Persis peribahasa Melayu, bersatu teguh, bercerai roboh.

Wahai rakan seperjuangan kesatriaku sekalian,

Ini kem terakhir kita dalam Kesatria Negara UiTM. Semester depan dah tak ada dah kem-2 mcm ni. Sem ini adalah sem terakhir kita dan selepas itu kita akan tamat perkhidmatan sebagai pelatih Kesatria Negara UiTM.

Oleh itu... Jom kita jadikan Kem Kesatria UiTM yang akan berlangsung selama 3H 2M di Ayer Keroh, Melaka, pada kali ini, sebagai satu kem yang terbaik di antara yang terbaik, meletup, menyeronokkan, serta mengamit memori dan kenangan indah.

Tinggalkan masalah peribadi, kerja dan seumpamanya buat sementara waktu. Jom kita enjoy!

Jom sama-2 mencipta memorabilia. Nothing's impossible. Believe. We can do it.

Darah Kesatria UiTM, tersemat di hatiku.

Sekian, terima kasih.

Ahmad Azeem Ahmad Raslan
Biro Pembangunan Insan & Kerohanian
Kem Kesatria Negara & Kembara UiTM Bahagian 03
Sesi Disember 2014 - April 2015

Catat Ulasan

0 Ulasan