SELAMAT HARI GURU TAHUN 2015!



Assalammualaikum wbt, Salam Sejahtera.

“Guru Ibarat Lilin Yang Membakar Diri Untuk Menerangi Orang Lain”

Guru ibarat TV3 ; Kaulah Inspirasiku,
Guru ibarat NTV7 : Ceria Selalu,
Guru ibarat TV9 ; Jauh Di Mata, Dekat Di Hati,
Guru ibarat Astro ; Macam-Macam Ada,
Guru ibarat RTM ; Sumber Informasi Terkini,
Guru ibarat Nasional FM ; Sentiasa Di Hati.

Selamat Hari Guru! Jasamu akanku kenang selalu!

Teruskan perjuangan untuk mendidik anak watan Malaysia. Kerjamu teramat mulia. Insya-Allah ganjaran pahala berlipat kali ganda, dan pintu Syurga menunggu dirimu semua di atas sana grin emoticon

Terima kasih kerana mencurahkan kepada saya gedung ilmu. Terima kasih kerana ajarkan saya mengenai akhlak dan tatasusila. Terima kasih kerana mendidik saya untuk jadi 'orang', orang yang berguna.

Tanpa anda, mungkin kami tidak akan sampai ke menara gading. Tanpa anda, mungkin kami masih lagi dibuai arus khayalan.

Terima kasih kerana memarahi saya, menegur saya atas salah silap. Terima kasih atas segala pujian, ketukan dan kata-kata semangat untuk terus berjuang dalam kehidupan.

Walaupun pahit untuk ditelan, namun yang pahit itulah ubat yang mujarab. Pahit untuk sementara waktu, bagi memberi kebaikan untuk jangka masa panjang. Faham kan kiasan ni? Hehehe.

Insya-Allah, akanku balas jasa kalian, dengan menjadi orang yang berjaya dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.

Doaku mengiringimu selalu. Jauh di mata, namun tetap dekat di hati.

Sekian, Terima Kasih Cikgu!

Penulis.

Tadika Warna Warni, 2001.
SK Seksyen 19, 2002-2007.
KAFA Intergrasi An-Najahiyah, 2002-2007.
SMK Seksyen 19, 2008-2012.
Prauniversiti SMK Seksyen XVI, 2013.
Politeknik Sultan Idris Shah, 2013.
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah, 2013-2014.
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Seremban, 2014-Kini.

Catat Ulasan

0 Ulasan