Program Kecemerlangan Akademik SMK Seri Pagi 2015


Barisan Fasilitator Program Kecemerlangan Akademik SMK Seri Pagi Kerjasama UiTM Seremban + Sekretarîat Majlis Perwakilan Pelajar (Diploma) UiTM Seremban Tahun 2015.
.
Tiga minggu berturut-turut menjadi fasilitator untuk program ini.
.
6, 7, 8, 14, 15, 16 & 21 ,22 , 23 Ogos 2015.
.
Tiga minggu berkorban jiwa raga dan tenaga demi anak muda yang kami sayangi. Mengetepikan assignment, homework demi mengubah destini anak bangsa. Menolong anak muda untuk berjaya dalam pelajaran dan kehidupan.
.
Kami juga turut memberi sedikit pengisian berbentuk perkongsian maklumat dan sejarah kehidupan yang boleh dijadikan intipati dan pengajaran, motivasi yang menaikkan kembali semangat jitu, halatuju kehidupan selepas PT3, SPM dan STPM untuk anak muda terbuka minda dan memilih destini masing-2. Of course, promote UiTM. Hehe.
.
Tiga minggu yang sungguh bermakna. Tiga minggu yang mengajar Fasilitator akan erti kesabaran, selain dari menimba ilmu dan pengalaman dalam mengendalikan satu program yang bertaraf universiti. Betapa besarnya input yang kami perolehi, yang tidak boleh dimiliki di dalam kelas mahupun di TEC.
.
Syukur ke hadrat Ilahi kerana saya telah dikurniakan barisan Team-2 Fasilitator yang cukup hebat. Dari minggu pertama sehinggalah minggu ketiga, semuanya mantap-mantap belaka. Walaupun ada yang first time jadi Fasilitator, namun komitmen dan gerak kerja yang ditonjolkan seperti seorang Fasilitator Professional. Anda semua ada bakat, skills dan aura tersendiri, cuma perlu asah biar tajam ja.
.
Semoga kita semua akan bekerja dalam satu bumbung lagi suatu hari nanti. Insya-Allah. Thanks guys. I love all of you. Muahciked.
.
MDS (Minggu Destini Siswa) Disember 2015 - April 2016 is calling. Meet you there lads : As a PMDS. We need a caliber person like all of you.
.
Sekian, Wassalam.
.
Ahmad Azeem Ahmad Raslan,
Ketua Pengarah,
Program Kecemerlangan Akademik PT3, KAA, SPM, STPM,
SMK Seri Pagi & UiTM Seremban,
Tahun 2015.
.

Catat Ulasan

0 Ulasan