Team Video Korporat FSPPP UiTM SeMalaysia 2017



Team Video Korporat FSPPP UiTM SeMalaysia, bersama Yang Berbahagia Professor Emeritus Dato' Dr Hassan Bin Said, Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM). Terima kasih Dato' VC atas kesudian melawat fakulti kami. Banyak juga input yang kami peroleh sebentar tadi.

Terima kasih FSPPP, kerana memberi amanah kepada saya untuk pembikinan video ini. Kerana kepercayaan, saya cuba penuhi hasrat itu dengan cara yang terbaik. Alhamdulillah, video mendapat perhatian dan mata Dato' VC dan fakulti. InsyaAllah, video ini akan menjadi video rasmi pertama FSPPP sepanjang penubuhan dalam tempoh 50 tahun.

Terima kasih khususnya kepada penasihat video, iaitu Yang Berbahagia Dekan FSPPP, Prof Dr. Posiah, En. @mohdeatharm (Mohd Idham), KPP Diploma, dan En. Ahmad Shah, Koordinator Korporat atas kepercayaan dan peluang keemasan yang diberikan.

Satu impak yang amat besar buat saya dan rakan sekerja iaitu @ijamrazak (Hifzam) yang menjadi suara korporat video, juga pembantu skrip.

Kami berbangga berbakti untuk fakulti.

Fakulti kami, FSPPP.

Fakulti Sains Pentadbiran Dan Pengajian Polisi.

Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad

HTML/JavaScript