Iftar Bersama RPI PSIS



Hari ini iftar bersama Keluarga RPI PSIS. Setelah bertahun lamanya, akhirnya takdir menemukan kita hari ini di kedai milik Wak Doyok ini.

Ada yang dah tak jumpa setahun. Ada yang dua tahun. Ada yang tiga tahun. Tapi perancangan Tuhan itu Maha Cantik. Kedai Dulang Mas menjadi saksi. Tapi kan, walaupun dah lama tidak bersua muka, perangai masih lagi sama hahahaha.

Masing-masing dah besar, berkerjaya, mempunyai hala tuju yang bukan biasa-biasa. Hari ini duduk bersama orang-orang hebat. Moga semua dalam gambar ini terus berjaya dalam apa jua urusan yang dituju.

Rakan Pusat Islam (RPI) Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) Jr., terima kasih untuk hari ini wahai rakan-rakan. Moga ukhwah kita terus terjalin walaupun kita berjauhan. Apapun, jauh di mata, dekat di lubuk sukma.

Bertemu lagi kita di lain hari. InsyaAllah.

Catat Ulasan

0 Ulasan