Coretanku: UiTM Negeri Sembilan Motivator Competition (IMAC) 2017




UiTM Negeri Sembilan Motivator Competition (IMAC) 2017.
26-30 September 2017 & 1 Oktober 2017.

Program yang saya merancang sejak tahun 2014, dan akhirnya menjadi kenyataan pada tahun 2017.

Program berkonsepkan pertandingan, mencungkil bakat muda dalam bidang pengucapan awam, ke arah motivasi, meliputi UiTM Seremban, Kuala Pilah dan Rembau.
Terima kasih, kepada semua AJK yang bertungkus-lumus melaksanakan program ini. Kerja di waktu cuti semester, kerja di waktu dengan urusan akademik dan alma-mater, saya menghargai usaha semua.

Terima kasih daun keladi,

Terima kasih saya terhutang budi.

Terima kasih Saudari Ilya Shahira, selaku Pen. Pengarah, yang sangat banyak membantu saya dalam pelaksanaan program ini.

Terima kasih Puan Norfarhana Zulkifli yang havoc, selaku Penasihat Program, yang banyak membantu dari pelbagai segi.

Terima kasih atas komitmen yang jitu, serta semangat yang padu sepanjang persediaan sebelum, dan semasa program dijalankan. Tanpa kalian, program ini tidak akan berjaya dengan jayanya.

Kejayaan program, kerana tulang belakang, penggerak yang hebat. Anda memang hebat. Seronok bekerja dengan anda semua.

Kini, IMAC telah mendapat perhatian dan feedback yang positif dari UiTM Negeri Sembilan, dan menjadi program Badan PEERs Kaunselor UiTM Seremban sebagai pioneer untuk program ini, dan akan diteruskan oleh Kelab PEERs di UiTM Kuala Pilah dan Rembau pula, sebagai tradisi.

Tahniah kepada semua.

Mohon maaf atas segala salah silap sepanjang menjadi nakhoda kapal ini. Moga kita semua terus berbakti untuk PEERs, UiTM, dan abata tercinta.

Juga, terima kasih tidak terhingga kepada penaja utama kami iaitu Nebula Horizon Sdn. Bhd., dan Kedai Camera Shah Alam. Lepas ni boleh la taja kami lagi hehe.

InsyaAllah.

Buah durian, biji selasih,
Sekian, terima kasih.

Ahmad Azeem Ahmad Raslan,
Pengarah,
UiTM Negeri Sembilan Motivator Competition (IMAC),
Tahun 2017.








Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad

HTML/JavaScript