Bengkel Photoshop, Anjuran SASCOMM, Computing Society, MPP & JPK UiTM Seremban



Bengkel Photoshop, Anjuran SASCOMM, Computing Society, Majlis Perwakilan Pelajar & JPK UiTM Seremban.

Alhamdulillah, terima kasih, masih diberi ruang untuk berkongsi ilmu dan pengalaman demi anak bangsa tercinta. Ilmu yang ada dikongsi demi kemaslahatan bersama. Moga dapat digunakan sebaiknya.

Terima kasih kepada semua kelab, atas komitmen yang jitu dan padu. Moga dapat diteruskan lagi kerjasama ini, di lain hari dan waktu.

Sambutan menggalakkan. 75 peserta gabungan semua fakulti (FSPPP, FSR, FSKM). InsyaAllah, akan datang, mungkin akan ada program sebegini lagi.

Siri II, Photoshop Advanced Class ataupun Bengkel Video Editting mungkin? Kan SASCOMM, ComSoc, JPK? Heheh.

Apapun, Ilmu Photoshop ni, akan berkarat sekiranya tidak dipraktikkan. Terus praktikkan dan hasilkan output. Belakang parang jika diasah lagikan tajam, inikan pula bakat manusia.

Saya doakan agar semua anak murid saya serta semua peserta dikurniakan ilmu dan kefahaman yang berpanjangan. InsyaAllah.

Sekian, wassalam.

YDP MPP | Bekas Guru

Sesetengah gambar ditangkap oleh @lensamuadz @muadzhaslan yer. Hehe. @ Uitm Seremban

Catat Ulasan

0 Ulasan