Perutusan Pentadbiran UiTM 2018





Throwback.
Bersama ribuan staf @ Perutusan Pentadbiran UiTM 2018.

Antara intipati yang paling penting ialah, sekarang kita sudah memasuki Revolusi Industri 4.0.

Bekalkanlah diri kita dengan skill set yang memenuhi pasaran kerjaya dan apa yang majikan inginkan, iaitu Industry Skills seperti Big Data, Data Scientist, Data Analyst, Cloud Computing, Programming dan sebagainya.

Ya, memang nampak tak masuk akal, tapi inilah dunia realiti. Zaman sekarang, pegawai pentadbiran atau pengurus projek di organisasi-organisasi besar bukan diambil dari jurusan pentadbiran, tetapi diambil dari jurusan kedoktoran, kejuruteraan kerana mereka mempunyai skill set dalam menganalisis data dsb, dan cara pemikiran mereka konsepnya berbeza.

Jika kita ni jurusan pentadbiran, termasuk saya, kita kena build additional skills untuk buktikan diri kita ini well-equipped dengan Industry Skills khususnya.

Soft skills (Interpersonal Skills, Stress Management dll) dan hard skills (Earning Diploma, Degree, Masters dll) sememangnya perlu ditingkatkan agar kita mampu mendepani cabaran berdaya saing antara staf dan pekerja, serta menunjukkan diri kita kompeten.

Catat Ulasan

0 Ulasan