Membawa Suara Pelajar Ke Peringkat UiTM Seluruh Sistem


20 Mei 2018. Ahad. 9.30 pagi - 6.45 petang.
Menghadiri UiTM National Leaders Summit (UNLS) 2018, ataupun nama mudahnya ialah Persidangan Yang di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar UiTM SeMalaysia.

Persidangan diketuai oleh YB @syahid.aiman, selaku Yang di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Selangor Kampus Shah Alam.

Membincangkan 23 usul, meliputi usul Hal Ehwal Akademik, Hal Ehwal Pelajar dan Umum.

Persidangan terbahagi kepada tiga sidang. Sidang Pagi, Sidang Tengah Hari dan Sidang Petang.

Pelbagai isu dibincangkan demi mencapai kata sepakat, mencari jalan dan titik penyelesaian, selain pembentangan idea baharu bagi meningkatkan mutu dan kualiti pelajar-pelajar UiTM secara keseluruhan, demi memantapkan lagi kebolehpasaran graduan.

YB UiTM Negeri Sembilan (iaitu saya huhu), membawa 8 usul untuk dibahaskan dalam persidangan, dan alhamdulillah semuanya dipersetujui.

Semua usul yang dipersetujui akan dibawa ke Peringkat MEU (Majlis Eksekutif Universiti) UiTM.

Kita tunggu sahaja berita dari mereka.

Moga urusan kami, suara kami, didengari, dan dipermudahkan segalanya, untuk kemaslahatan bersama. Jika bukan zaman kami yang merasa, insyaAllah, zaman seterusnya

Terima kasih, Setiausaha Agung saya, YB @hareithz kerana sudi menemani, dan menjadi Pemerhati dalam persidangan ini

Seronok dapat bersama dengan YB-YB UiTM Cawangan Negeri. Ada rezeki kita bertemu lagi!

InsyaAllah.

YDP MPP UiTM NS

Catat Ulasan

0 Ulasan