Parlimen Mahasiswa Penggal Ke-3


Sabtu. 19 Mei 2018. 8.00 pagi - 5.00 petang.
Menghadiri Parlimen Mahasiswa UiTM Kampus Seremban Penggal Ketiga, Siri Kedua, selaku Perwakilan MPP.

Membincangkan 37 usul dalam Kategori Akademik, Fasiliti, Penempatan, Sosial & Kemasyarakatan Serta Kategori Usul Lain-Lain.

Turut juga membincangkan 2 usul tambahan pada hari ini.

Alhamdulillah, semua berjalan dengan jayanya.

Terima kasih kepada semua perwakilan yang hadir dalam persidangan ini. Ianya bukan suatu tugas yang mudah, dan ianya juga menunjukkan komitmen kita sebagai YB UiTM Seremban dalam menyuarakan suara Rakyat UiTM Seremban di platform yang professional dan juga polemik matang.

Keesokan harinya saya akan bersidang di UiTM National Leaders Summit 2018 di UiTM Shah Alam, bersama-sama dengan Yang di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar UiTM SeMalaysia Sesi 2017/18.

Akan saya bawa suara-suara rakyat dari UiTM Negeri Sembilan, dan usul dari saya serta MPP sendiri, demi UiTM Negeri Sembilan, dan demi UiTM SeMalaysia yang lebih baik.

Moga dipermudahkan. InsyaAllah.

Sekian,
Yang di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Negeri Sembilan Sesi 2017/18.

Catat Ulasan

0 Ulasan