Alhamdulillah! Tamat Sudah ViVA!




Alhamdulillah, selesai sudah ibu segala pembentangan sepanjang pengajian di peringkat Diploma mahupun Ijazah, iaitu Pembentangan VIVA.

Cuak, gelisah, resah, semua ada. Sungguhpun begitu, berjaya juga kami menempuhi pembentangan dengan jayanya. 20 minit bak ombak kuat beralun dikala kapal sukar untuk dinakhoda, beserta soalan yang penuh cabaran untuk dijawab dengan ketenangan jiwa.

Terima kasih rakan seperjuangan @hafizi_jamil atas komitmen dari awal hingga ke hari ini. Setahun kita berhempas pulas menyiapkan penyelidikan ini, walaupun menelusuri pelbagai ranjau dan onak duri.

Kini, kita tinggal untuk membaiki laporan seperti mana yang diperkatakan oleh ahli panel, kemudian cetak dan hantar laporan akhir pada fakulti.

Tahniah untuk kita berdua. Semoga penyelidikan kita membuahkan hasil dan memberi impak pada diri sendiri, masyarakat dan fakulti khususnya.

Selamat menempuhi peperiksaan akhir semester rakan dan taulan. Moga dipermudahkan dan tidak dipersulit oleh-Nya, dan semoga kita dapat melangkah kaki ke alam graduasi dengan gembira. Amin.

Sekian.

Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad

HTML/JavaScript