Amanat Ketika Kurang Sihat: MDS Interim Sesi Julai 2018


24 Julai 2018.
3.15 Petang.
Selasa.

Majlis Perasmian Minggu Destini Siswa (MDS) Interim Sesi Julai 2018.

1. Pertama sekali, marilah kita sama-sama menyatakan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinnya, dapat kita berkumpul dalam Majlis Perasmian MDS ini. Haa tepuk

2. Yang kedua, saya ingin kenalkan diri saya, tak kenal maka tak cinta. Ini kali pertama kita bersua muka. Nama saya Ahmad Azeem, YDP MPP UiTM NS Sesi 2017/18. Hari ini saya datang kerana panggilan pertiwi. Saya datang dari Selangor semata-mata untuk bertemu anda semua walaupun sakit. MC, saya minta extra 5-10 minit untuk bercakap

3. Yang ketiga, tahniah diucapkan kepada semua 566 pelajar yang ada di hadapan saya pada hari ini, kerana berjaya menjadi Warga UiTM. Haa tepuk Ramai orang nak masuk UiTM di luar sana, tapi Allah pilih anda. UiTM beri anda peluang, dan apa yang anda mampu berikan semula pada UiTM? Fikirkan.

4. Yang keempat, belajarlah rajin-rajin dan tetapkan matlamat. Kita masuk UiTM, mesti ada matlamat. Oleh itu, mulai dari saat ini, anda mesti tetapkan matlamat. Matlamat utama kita memasuki UiTM adalah untuk menuntut ilmu, habiskan pengajian dan menjadi orang yang lebih baik dari sebelum memasuki universiti.

Berpeganglah pada matlamat anda sehingga ke akhir semester kerana percayalah cakap saya, nanti masa pertengahan semester, akan ada banyak perkara yang akan mengganggu anda untuk mencapai matlamat anda. Namun jika ada pegangan, anda mampu kekal momentum sehingga habis pengajian.

5. Yang kelima, banggakan mak ayah, orang tersayang dan diri sendiri. Kalau bukan kita yang nak bangga pada diri sendiri, siapa lagi?

6. Akhir kata, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Barisan PM MDS atas pengorbanan dan komitmen yang diberikan oleh mereka selama seminggu. Mereka ni, kalau toreh pergelangan tangan, keluar darah ungu tau. Sebab apa? Sebab UiTM Di Hatiku.

7. Saya mendoakan agar kesemua 566 pelajar yang ada di hadapan saya pada hari ini, berjaya menghabiskan pengajian dengan jayanya. Jika ada kawan yang terkandas di tengah jalan, bantulah mereka dan jangan biarkan mereka hanyut. Berjaya ramai-ramai lebih seronok dari berjaya seorang.

Sekian.

Catat Ulasan

0 Ulasan