Hari Terakhir Prof. Dr. Posiah Sebagai Dekan FSPPP


27 Julai 2018.
Jumaat.
3.30 Petang.
FSPPP UiTM Shah Alam.

Berjumpa dengan Prof. Dr. Posiah Mohd Isa, kerana hari ini merupakan hari terakhir Prof dalam perkhidmatannya sebagai Dekan.

Prof sentiasa bersemangat dalam membakar semangat pelajar-pelajarnya. Student-oriented. Senang didekati dan sangat ramah dengan pelajar-pelajarnya.

Selaku pelajar FSPPP, saya sentiasa tertunggu-tunggu apabila Prof ingin memberikan ucapan, kerana dalam setiap ucapan Prof, akan ada nilai dan pengajaran, serta pembakar semangat untuk saya terus menjadi orang yang lebih baik.

Mendengar ucapan Prof, membuatkan saya sering terinspirasi untuk berbakti pada FSPPP khususnya.

Ucapan Prof yang paling diingati ialah, "Kita tak nak lahirkan pelajar nerd dalam FSPPP, yang hanya skor dalam exam tapi tak terlibat dalam apa-2 aktiviti. Kita nak lahirkan pelajar yang extraordinary, yang ada nilai tambah, supaya pelajar kita menjadi idaman industri". Yep. Setiap kali ucapan, pasti ada ayat ini.

Saya sahut cabaran Prof, dan Alhamdulillah dengan izin-Nya, saya berjaya menjulang nama FSPPP dalam pencapaian saya.

Apabila Prof menjadikan saya sebagai Ikon FSPPP, itu cukup membuat saya rasa terharu, dan terus terinspirasi untuk menghadiahkan lebih banyak lagi kejayaan untuk FSPPP tercinta, pada masa yang sama, meningkatkan kualiti diri.

Selamat bersara Prof. Dr. Posiah Mohd Isa. Kami doakan Prof sihat sentiasa, dan dipermudahkan segala urusan.

Prof menyampaikan salam sayang kepada semua pelajarnya di FSPPP iaitu, "Saya doakan semua pelajar-pelajar saya berjaya dunia dan akhirat. Saya sayang semua pelajar saya". Wassalam, terima kasih Prof.

Kami akan merindui Prof.

#FSPPP #UiTM #3YearsOfService

Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad

HTML/JavaScript