Keputusan Peperiksaan Akhir Ijazah




Assalammualaikum wbt, salam sejahtera.

Salam (Salam UiTM) yang menyeramkan sudah kunjung tiba.

Alhamdulillah, tamat juga pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Mains Pentadbiran (Kepujian) UiTM, setelah 2 tahun perjuangan dalam program ini.

Kelas Kedua Tinggi (Second Class Upper).

Tahniah untuk diriku sendiri.

Walaupun saya mendambakan Kelas Pertama (seperti mana saya terima dalam pengajian diploma), namun saya pasti ada hikmah di sebaliknya

Terima kasih ibu ayah, pensyarah-pensyarah, guru-guru, keluarga, penasihat-penasihat, sahabat handai, rakan taulan dan semua yang mendoakan kesejahteraan saya, serta membantu saya dalam perjuangan menara gading ini.

Saya percaya ini adalah kejayaan tertangguh. Oleh sebab itu, saya akan kembali berentap dalam perjuangan melangkah ke Sarjana pada bulan September ini.

Saya akan kembali mencari momentum dan meningkatkan prestasi. InsyaAllah.

Catat Ulasan

0 Ulasan