MUSLIHAT SYARIKAT SCAMMER VOL. 1: MAKLUMAN AWAL & TEMUDUGA





MUSLIHAT SYARIKAT SCAMMER. AWAS PARA GRADUAN SEKALIAN.
Artikel oleh : Azeem Raslan
Artikel saya ni panjang, so bear with me okay.



Assalammualaikum wbt, salam sejahtera semua.


Terdetik di hati ni, nak berkongsi sedikit mengenai syarikat-syarikat scammer, penipu. Biasalah, bila kita dah habis belajar, mestilah kita nak cari kerja kan? Normal lah, kita nak kumpul duit, beli rumah, kereta, nak kahwin dan sebagainya. Bukan sekadar fresh graduate, tetapi ada juga orang yang baru berhenti kerja yang nak cari kerja baharu.


Medium untuk kita cari kerja, kebiasaannya Job Street, Indeed, Jobstore, Maukerja, Linkedin dan sebagainya. Kadang-kadang melalui Iklan FB, pastu memo tepi jalan. So, di sini saya nak inform, bukan semua kerja yang ada di memo tepi jalan, website atau media sosial ni, legit tau. Nama kerja memang gah, gaji pun power. Apapun, kena berjaga-jaga.


Syarikat scammer ni dia ada banyak modus operandi yang basically lebih kurang je. Saya bercakap ni berdasarkan pengalaman sendiri, dengan bantuan melalui pembacaan di internet juga.


Berikut adalah antara tips yang boleh digunakan untuk identify syarikat ni legit atau scammer:


01. GAJI TERLALU TINGGI
Kebiasaannya, gaji yang ditawarkan oleh syarikat scammer ni tinggi-tinggi. Sebagai contoh, jawatan untuk Business Development Executive, Corporate Executive, Management Assistant, Administrative Executive, gaji sampai RM3000-6000 (tapi kelayakan SPM sudah memadai, Diploma sudah cukup, pengalaman tidak diperlukan, fresh graduate are welcomed to apply). Jika difikirkan secara logik, jarang fresh graduate ditawarkan gaji tinggi, melainkan kerja tu memang rare, dan datang dari syarikat besar atau gergasi. Kalau tengok gaji pun tinggi semacam, better buat kajian sedikit sebab ni antara cara scammer nak tarik fresh graduate yang terdesak untuk mencari pekerjaan.



01(a). GAJI DIBAYAR DALAM NILAI MATA WANG USD
Ada syarikat yang tawarkan macam ni, instead of Ringgit Malaysia, depa nak bayar dalam bentuk US Dollar. Wow, memang power. Kalau difikirkan semula, memang lumayan lah kan? USD 1 ibarat bersamaan RM4 atau RM5 duit Malaysia. Hati-hati dengan perkara ni.



01(b). WAKTU INTERVIEW, INTERVIEWER KATA GAJI BASIC XDE, SEMUA BERGANTUNG PADA KOMISEN SEMATA-MATA
Bila syarikat tu cakap macam tu, dan kita ni dipanggil untuk jawatan Pengurusan, Admin, maksudnya tu antara cara nak kelentong kita lah. Dekat website kata ada basic semua. Tiba-tiba kata komisen. Kalau kita ni memang mohon jawatan bahagian Marketing & Sales, mungkin logik lah, tapi saranan saya, better xyah ambil kerja tu.



02. TIADA WEBSITE ATAUPUN SOCIAL MEDIA
Website adalah antara perkara yang penting zaman sekarang ni, sebab apa-apa maklumat kita akan dapat daripada website. Cth maklumat seperti nature of business, carta organisasi, produk atau servis apa yang ditawarkan, dsb. Kebiasaannya, company-company yang besar, sederhana, malahan yang kecil pun, dah ada website sekarang ni. Jika tiada website sekalipun, at least ada la social media untuk kita dapatkan apa-apa maklumat.
Seandainya kita tanya pada syarikat mengenai website, dan syarikat kata website sedang under maintenance, minta depa forward link pada kita. Sebab website under maintenance macam mana sekalipun, domain (atau url, address) still ada. Kalau syarikat asyik mengelak je memanjang, haa tu ada possibility besar SCAMMER la tu.



03. PANGGILAN INTERVIEW MELALUI TELEFON / EMEL YANG TIDAK PROFESSIONAL
Mana-mana company practice pun, bila ada panggilan interview, depa akan hantar melalui emel dengan ayat yang cukup professional. Ada juga company yang bagi di emel dan juga di WhatsApp sebab bagi mereka ianya lebih memudahkan. Cumanya, kalau bahasa rojak pasar, kemudian depa WhatsApp lepas waktu bekerja (iaitu waktu malam) tu kena hati-hati. Xkan la HR nak call kita waktu malam kan?
Emel pun satu cerita lain. Syarikat besar-besar, depa xkan guna emel tumpangan or general seperti gmail, yahoo, hotmail semua tu (unless depa ni baru startup business). Depa akan beli web hosting sendiri, dan buat emel syarikat. Sebagai contoh, "azeem@uitm.edu.my", instead of "azeem.uitm@gmail.com. Mana lebih professional? Haa mcm tu. Btw, kalau dapat emel yang namanya pelik2 contohnya mcm 2746dudhwo3746g@outlook.com ke kan, better watch out juga. Nama emel menjela-jela ni sangsi sikit. Sepatutnya emel ni kena simplified.



04. DAPAT KERJA, TAPI BELUM INTERVIEW LAGI.
Ni pun satu hal juga. Hari ini mohon kerja, selang dua tiga hari, tiba-tiba terus dapat kerja tu.
Berkemungkinan anda akan dapat ayat seperti, "Sukacita dimaklumkan bahawa anda telah berjaya mendapat kerja bla bla bla, sila datang esok untuk lapor diri". Tak semudah itu untuk kita dapat kerja sekarang ni, so, kena hati-hati. Ada yang pernah cakap pada saya, "Kalau senang sangat dapat kerja tu, boleh jadi dua sebab: iaitu company tu memang nak pakai orang, ataupun company tu nak scam kita".



05. DIPANGGIL INTERVIEW PADA WAKTU CUTI UMUM / HUJUNG MINGGU
Ni pun kena hati-hati. Staf pun nak berehat juga. Tiba-tiba staf rajin pula nak interview waktu cuti umum, contohnya cuti Hari Merdeka. Logiknya, syarikat akan ambil cuti tu. So, buat background check, dan disarankan tak payah pergi lah.



06. MOHON KERJA SYARIKAT LAIN, TAPI SYARIKAT LAIN YANG CONTACT KITA

Kes ni pernah jadi kat saya. Kita mohon syarikat A untuk jawatan admin, tiba-2 syarikat B yang contact kita untuk jawatan yang sama. Saya sampai fikir, "bila masa pula aku mohon syarikat ni?". So, ada possibility tu syarikat scammer.



07. KALAU TYPE NAMA SYARIKAT TU KAT INTERNET, DIA X KELUAR APA-APA MAKLUMAT
Ni kena jaga-jaga sebab kalau kita nak bekerja, mestilah kita nak kena tahu background syarikat dlu. Ni kalau search, apa pun x keluar, even kita pun sangsi. Even kalau kita nak prepare for interview pun mestilah akan check apa-apa maklumat kan? So, fikir baik-2.



08. BILA DITANYA NATURE OF BUSINESS SYARIKAT, DEPA CAKAP "NANTI YOU JOIN DULU BARU YOU TAHU" ATAUPUN "CUSTOMER SERVICE / FINANCIAL SERVICE"
Ni nak kena jaga rakan-rakan sekalian. Why nak conceal atau selindung maklumat? Kongsi jelah apa nature of business. Kenapa nak kena selindung, sebab maklumat tu wajar untuk orang tahu.
And then, bila cakap customer service, kita kena check balik dengan dia, sebab customer service ni banyak. In terms of what? HR? Payroll? Outsource? IF DEPA JAWAB MACAM NI, "NATURE OF BUSINESS KAMI IALAH CUSTOMER SERVICE BASED ON WHAT CUSTOMER NEEDS", haa tu can be identified as scammer lah tu.
FINANCIAL SERVICE? Biasanya Emas / Gold, Forex, investment. Depa akan kata depa ni consultant kewangan giteww.



09. INTERVIEW KEJAP SANGAT, PASTU TERUS DAPAT KERJA (OR SURUH PERGI TRAINING)
Bila waktu interview, depa tanya soalan basic je. Duduk mana? Belajar mana? Ada transport tak? Tengok resume pun acuh x acuh. Senang kata, iv tu 5 minit je. Xde pun soalan-soalan bombastik pasal kerja. Tahu-tahu depa kata, "esok/lusa/tulat boleh datang training anjuran kami. Training tu untuk tingkatkan kefahaman kerja. Training tu kami x bagi elaun, so semua tanggung sendiri". Haa macam tu la lebih kurang.



10. INTERVIEWER KATA, GAJI MINGGU PERTAMA X DIBAYAR (INCASE COMPANY TU OFFER BASIC)
Bila dah bekerja, hasil titik peluh tu hendaklah dibayar. So, jadi x logiklah bila tiba-tiba minggu pertama tu datang kerja semua, gaji x dikira. TAPI DEPA NI PANDAI, DEPA AKAN KATA, GAJI TETAP AKAN DIBAYAR SEPERTI YANG DICAKAPKAN, IAITU RM2500 LAH, RM3000 LAH, IKUT APA YANG DEPA OFFER. TAPI TU SEMUA FANTASI DAN AUTA SAHAJA.



11. DAPAT KERJA, OFFER LETTER XDE
Wahai rakan-rakan sekalian, apabila bekerja, pastikan ada offer letter untuk korang review semua maklumat sebelum korang sign kontrak nak kerja ngan depa. Offer Letter tu sangat penting dalam pekerjaan. Kalau depa berlengah xnak bagi, haa xyah kerja terus lah senang.



12. BILA SYARIKAT TU MINTA DUIT KITA DENGAN ALASAN NAK PROSES DOKUMEN, JANGAN BAGI WAIMA APA JADI SEKALIPUN
Nak tahu kenapa? Tu tanggungjawab syarikat. Kenapa kita nak kena keluar duit pulak? Kita datang nak cari kerja, bukan keluar duit waktu iv. Lagipun x logik untuk kita keluar duit bagi pemprosesan. Xde kontrak atau regulations yg cakap macam tu.



-----


Niat saya berkongsi adalah untuk selamatkan rakan-rakan dari termasuk dalam lembah scammer. Mencegah lebih baik dari mengubati.
Jika ada yang nak saya kongsikan lagi perihal scammer (modus operandi sekiranya dah masuk bekerja) ni, boleh roger di bawah.
Terima kasih.

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Hi,nak tanya,macam mana dengan syarikat kata dia akan bagi offer letter setelah habis percubaan 6 bulan, bagi yang dapat kerja situ, boleh ke? Dikira scammer jugak ke?

    BalasPadam
  2. Sepatutnya dapat memang kena dapat Offer Letter walaupun pekerja percubaan. Ataupun, ada surat lantikan.

    BalasPadam