Pengagihan Makanan di Lagoon Perdana Apartment, Petaling Jaya


27/4/2020.

Pengagihan makanan di Lagoon Perdana Apartment, Petaling Jaya.
Saya ditugaskan untuk mengambil suhu dan memberi cecair pembasmi kuman kepada penerima bantuan sebagai langkah berjaga-jaga, manakala team BSMM yang lain fokus kepada pengagihan makanan.

200 bungkusan makanan disampaikan oleh Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Semoga sumbangan juadah berbuka dan ikan cencaru segar, sedikit sebanyak dapat memberi senyuman dan kegembiraan buat mereka yang terkesan dengan COVID-19 ini.

Terima kasih kepada AJK Surau Al-Munawarah atas kerjasama yang baik

Salam Ramadan semua.

Catat Ulasan

0 Ulasan