LAW309 KiSSAF Associates: Best Presenter Antara Batch


Siri Bedah Galeri Memori #3
OGOS 2015
KiSSAF Associates
Administrative Law - LAW309

Antara memori yang memang mekar dalam ingatan.

Semester 4 diploma merupakan semester paling penat dan mencabar. Banyak tugasan. Banyak kelas. Kerja bertimbun. Hampir semua subjek semasa semester 4 memerlukan pelajar hasilkan video sebagai satu kewajiban dalam penilaian pemarkahan semester. Jika difikirkan balik, dah macam pelajar Mass Comm dah waktu tu hahaha.

Ini termasuklah subjek LAW309 yang diajar oleh Madam Hafidah.

Madam Hafidah turut menganjurkan pertandingan video LAW309 antara batch bagi menyemarakkan lagi semangat nak buat video, sebab ada hadiah.

Maka kami sahut cabaran tersebut.

Tengah hari kami curi masa rakam video dekat HEP. Pinjam bilik Puan Farhana. Kemudian, kami sambung kelas. Seterusnya, kami terpaksa berjaga malam dari isyak sampai ke subuh bagi menyiapkan video LAW309 ni. Tajuk kami ialah RNJ - Rules of Natural Justice. Kami buat kerja gila di mana kami merakam dan menyunting video dalam masa lebih kurang 12 jam, sebab keesokan harinya tu, ada pembentangan LAW309 pada jam 9.00 pagi.

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar, luar daripada jangkaan kumpulan kami (KiSSAF Associates) sebab pensyarah sangat teruja dengan video kami, termasuklah audiens iaitu rakan-rakan sekelas kami sendiri.

Kata pensyarah, konsep video menarik, luar kotak tapi mesejnya sampai. Senang faham.
Pendek cerita, video kami merupakan video terbaik antara batch. Satu kejayaan buat kumpulan kami.

Saya dimaklumkan bahawa sehingga hari ini video tersebut digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk tajuk RNJ.

Terima kasih KiSSAF Associates dan rakan-rakan Sepakat sebab turut membantu menjayakan video ini.

"Talent wins games, but teamwork and intelligence win championships" - Michael Jordan.

Takkanku lupa masing-masing yang terlibat. Semua tetap sahabatku biarpun dah lama tak bersua muka.












Catat Ulasan

0 Ulasan