Selamat Hari Lahir Yang Ke-26, Azeem!


Tanggal 29 Jun.

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera semua.

Terima kasih semua atas doa yang dipanjatkan dan ucapan yang diberikan.

Secara rasminya saya dah berumur 26 tahun. Makin meningkat usia, makin mengorak langkah ke alam lebih dewasa.

Semoga dipermudahkan segala urusan dan dilimpahkan rezeki melimpah ruah kepada diri saya sendiri dan semua yang membaca post ini.

Doakan saya sihat seperti sedia kala. Jujur kata, selepas kena positif COVID-19 ni, badan memang rasa lain. Tak sama macam dulu. Sekarang cepat betul penat, sakit badan memanjang, senang lost focus, kadang-kadang mudah lupa, rasa skills yang ada pun macam kurang tajam berbanding sebelum ni.

Doakan saya agar terus kuat dalam menabur bakti kepada abata; agama, bangsa dan tanah air.

Terima kasih semua.

P/S: Gambar ini ditangkap pada 15/3/2021 di meja baharu saya di INSKEN.

Catat Ulasan

0 Ulasan