Kehidupan Selepas Positif COVID-19


MACAM MANA KEHIDUPAN SELEPAS POSITIF COVID-19?

Jawapan pendeknya, takkan sama macam dulu. Mungkin boleh, tapi ambil masa yang panjang.

-----

Pejam celik, rupanya dah 2 bulan selepas saya didapati positif COVID-19.

Saya didapati positif pada 21/5/2021. Saya swab test pada 19/5. Maka saya perlu kuarantin wajib selama 10 hari di rumah dari 19/5 sehinggalah 29/5. Tempoh kuarantin ini adalah untuk melemahkan virus, supaya virus ini tidak merebak ke orang lain.

Saya adalah pesakit COVID tahap 2 iaitu bergejala namun tak melibatkan paru-paru.

KKM kata, virus ni akan ada paling kurang pun 3 bulan dalam badan.

Pada 9/7/2021, saya telah dapat giliran untuk vaksin dos pertama. Walaupun belum cukup 3 bulan, tapi KKM dan JKJAV berpendapat bahawa terdapat keperluan untuk diberikan vaksin awal kepada pesakit COVID-19 (yang memenuhi kriteria) atas faktor varian yang semakin meruncing.

Boleh baca di sini untuk vaksin pesakit COVID: https://www.vaksincovid.gov.my/.../SIARAN_AKHBAR-BEKAS...

Selain itu, KKM juga dah kata, pesakit COVID akan melalui fasa Post-COVID Syndrome sekurang-kurangnya 12 minggu atau lebih. Simptom untuk Post-COVID Syndrome ni berlainan bagi setiap orang.

Nak tahu mengenai Post-COVID Syndrome? Baca di sini: https://covid-19.moh.gov.my/.../long-covid-post-covid...

Untuk saya, simptom yang masih lagi berpanjangan sehingga ke hari ini ialah:
• Sakit tekak on & off
• Selsema on & off
• Lendir di tekak berpanjangan
• Bila lendir banyak, kita susah nak telan air liur
• Bila susah telan air liur, susah la sikit nak bernafas
• Bila lendir banyak, kita senang rasa loya
• Sakit perut berpanjangan
• Demam / sakit kepala on & off
• Sakit badan berpanjangan (kadang-kadang sakit otot)
• Kelesuan berpanjangan
• Gangguan tidur
• Mudah hilang fokus, dll

Maksud on & off ialah, simptom ni boleh serang bila-bila masa je yang dia nak, tanpa memberi salam. Boleh jadi hari ini kita okay je, tiba-tiba esok tu kena.

Rasa sangatlah tak selesa dengan simptom-simptom ni. Nak kerja payah. Nak teruskan kehidupan seharian pun rasa penat. Benda ni sememangnya bukan kita buat-buat.

Berat badan saya pun turun juga. Berat badan saya biasanya 55kg. Dua minggu pertama positif, turun 53kg. Selepas tu, turun ke 52kg++. Hari ini timbang, turun 51.7kg.

Selera makan macam mana? Ada waktu, tinggi. Ada waktu, rendah. Ada waktu, tengah-tengah. Ada waktu, tak ada langsung.

Pendek cerita, COVID-19 dan Post-COVID Syndrome bukanlah benda yang main-main dan direka-reka, sebab saya sendiri dah merasai perkara ni.

Minta sangatlah dijauhkan kepada semua rakyat Malaysia khususnya yang membaca posting saya ni.

Semoga kita semua dilindungi daripada wabak pandemik COVID-19.

Semoga dipermudahkan urusan semua untuk dapat vaksin.

Mana-mana yang baru positif dan pernah positif, semoga kita semua dipermudahkan segala urusan mengharungi virus ini. InsyaAllah.




Catat Ulasan

0 Ulasan