Dilema Habis Degree: Sambung Master Atau Kerja Dahulu Atau Kedua-Duanya Sekali?


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera semua pembaca. Semoga dilindungi daripada wabak COVID-19 dan sentiasa dipermudahkan segala urusan dalam kehidupan.

Adakah anda sedang menghadapi dilema ini? Jangan risau, anda tidak berseorangan. Saya percaya kebanyakan pelajar lepasan ijazah sarjana muda pasti akan menghadapi dilema ini. Saya adalah salah seorang yang melaluinya. Hahahah.

Untuk pengetahuan semua, saya adalah graduan Ijazah Sarjana Eksekutif Sains Pentadbiran / Executive Master of Administrative Science (EMAS), Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi (FSPPP) UiTM (September 2018 - September 2020).

Pada masa yang sama, saya bekerja secara sepenuh masa sebagai Pegawai Pereka Grafik & Strategik di Kazaza International Berhad (semasa saya semester 1-2), kemudian beralih profesion ke agensi Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (MEDAC) iaitu Insitut Keusahawanan Negara (INSKEN) pada semester 4 (selepas 297 permohonan kerja). Saya menganggur sementara waktu semasa saya di semester 3. Saya fokus pada kerja freelance dan bisnes kecil-kecilan dalam graphic design, photography dan videography.

Pilihan untuk sambung master dahulu atau kerja terlebih dahulu adalah perkara yang subjektif. Setiap orang ada pandangan masing-masing.

Perkongsian saya kali ini adalah lebih kepada perspektif dan pandangan saya ya. Saya berkongsi melalui pemerhatian dan pengalaman yang saya lalui sendiri.

Bagi memudahkan pembaca, saya akan ceritakan dalam konteks kelebihan dan cabaran.


Sebelum scroll ke bawah, baca ni dahulu untuk kefahaman lanjut. Master ni ada tiga (3) jenis iaitu:

  • Coursework: Masuk kelas, belajar subjek-subjek yang ditetapkan. Pada masa yang sama, kena complete mini research / dissertation untuk peroleh sijil sarjana / master.
  • Research: Anda tak perlu masuk kelas langsung. Dunia anda hanyalah membuat research sahaja.
  • Mixed Mode: Masuk kelas, belajar subjek-subjek tertentu yang telah ditetapkan. Pada masa yang sama, kena siapkan thesis untuk dapat sijil master.


Saya ambil master coursework. Maksudnya saya kena masuk kelas.


Semoga entri kali ini bermanfaat buat anda!


KELEBIHAN SAMBUNG MASTER SELEPAS TAMAT IJAZAH SARJANA MUDA, KEMUDIAN BARU BEKERJA

  • Fikiran anda masih fresh. Anda masih ada rentak belajar. Mood belajar masih ada. Ilmu mengenai research dan subjek-subjek lain masih belum berkarat lagi. Yelah, sebab waktu degree dulu buat research kan? So sekurang-kurangnya fundamentals masih ada. Oleh sebab itu, senang la untuk anda nak catchup apa yang pensyarah ajar.
  • Tiada komitmen kerja. Anda ada banyak masa untuk selesaikan assignment dan sebagainya. Anda boleh beri tumpuan sepenuhnya untuk menghabiskan master.
  • Sekiranya anda habis master, anda boleh gunakan sijil master untuk meningkatkan skala gaji anda. Sekiranya anda ingin memohon kerjaya dalam sektor kerajaan, sijil master amat membantu untuk mendapatkan gaji permulaan yang tinggi.
  • Jika anda merupakan pelajar cemerlang sewaktu zaman degree, anda boleh la cuba mohon biasiswa. Dengan ini, anda dapat la jimat kos pengajian!
  • Jika anda sambung belajar di fakulti dan universiti yang sama, anda berkemungkinan masih kenal lagi dengan pensyarah-pensyarah sedia ada. Boleh la nak buat networking sesama pensyarah. Ada pensyarah yang memang terima geran penyelidikan, so kalau ada masa, boleh la jadi research assistant (RA) untuk pensyarah tersebut. Duit dapat, pengalaman dapat, ilmu pun dapat.
  • Perjalanan anda untuk dapatkan PhD lebih laju. Anda boleh tamatkan master dan PhD pada usia muda. Ada yang umur baru 28-29, dah dapat title Dr.!


CABARAN SAMBUNG MASTER SELEPAS TAMAT IJAZAH SARJANA MUDA, KEMUDIAN BARU BEKERJA

  • Anda akan rasa tergugat sebab tengok rakan-rakan lain dah bekerja sedangkan kita masih belajar. Mereka dah ada pengalaman kerja sedangkan anda belum lagi.
  • Anda akan hadapi cabaran yang sangat tinggi apabila anda ingin mencari kerja selepas tamat pengajian master.
  • Belum tentu anda akan dapat kerja yang anda inginkan dalam masa terdekat. Ramai sahaja graduan master dan PhD yang bekerja sebagai rider, e-hailing taxi, buka bisnes online, kerja kedai makan, bekerja dalam pekerjaan bidang bukan profesional atau ambil kerja taraf SPM, diploma dan degree kerana tiada peluang pekerjaan. Hakikat ni perit untuk ditelan sebenarnya. Sampai kadang-kadang kita pun fikir, "tak apa la yang penting dapat juga kerja".
  • Walaupun sijil master berupaya mendapatkan gaji permulaan yang tinggi di sektor awam, namun ianya agak sukar untuk sektor swasta. Realiti hari ini ialah, kebanyakan majikan di Malaysia tidak pandang master dan PhD melainkan anda ingin sambung kerjaya dalam sektor pendidikan dan penyelidikan.
  • Sijil master itu sendiri tidak cukup untuk kita memohon gaji permulaan yang diidam-idamkan kerana majikan lebih cenderung untuk mengambil calon pekerja yang mempunyai SPM, diploma dan ijazah.
  • Berdasarkan pemerhatian saya yang telah melalui situasi ini, hal ini demikian kerana majikan ingin berjimat dengan kos pengambilan staf. "Kenapa nak kena ambil pelajar lulusan master sedangkan kerja ini hanya memerlukan lulusan ijazah sarjana muda?".
  • Pada pandangan sesetengah majikan, sijil master tanpa pengalaman kerja, tiada nilainya. Ibarat macam, "Awak ada master, so?".
  • Selain itu, sekiranya semasa interview, anda kata anda boleh sahaja ambil gaji SPM, diploma atau degree, anda jangan terkejut sekiranya majikan tetap reject anda.
  • Majikan mungkin rasa anda overqualified.
  • Disebabkan faktor ini, ramai pelajar lulusan master terpaksa menggugurkan maklumat mereka sebagai pelajar lulusan master dalam resume masing-masing. Terpaksa bohong sunat untuk dapatkan kerja. Perkara ini berlaku dalam kalangan kawan-kawan dan kenalan saya sendiri. Inilah hakikat perit yang pelajar master perlu bersedia kelak.
  • Tambahan pula, sekarang kita semua sedang melalui wabak pandemik COVID-19. Ramai yang mengganggur khususnya dalam kalangan belia. Boleh baca di sini: https://www.utusan.com.my/rencana/2021/01/pengangguran-belia-membimbangkan/
  • Bayangkan penggangguran belia pun meningkat mendadak, inikan pula warga kerja yang diberhentikan disebabkan krisis COVID-19.
  • Jika anda ingin menjadi pensyarah sekali pun, anda tetap kena bersaing dengan ramai orang. Anda kena bersaing dengan graduan baharu dan lama, pada masa yang sama kena bersaing dengan orang dari industri yang ingin menjadi pensyarah.
  • Anda kena ada wow factor yang tersendiri. Kena ada personaliti yang baik. Jika anda boleh menulis jurnal, tulislah. Jurnal tu publish-lah dekat website terkenal. Jurnal tu boleh menyokong kita dalam penilaian semasa interview untuk jawatan sebagai pensyarah.


----------


KELEBIHAN KERJA DAHULU SEBELUM BUAT MASTER

  • Anda sudah ada banyak pengalaman dalam industri yang berkaitan. Oleh sebab itu, pengalaman kerja anda akan membantu anda dalam research, assignment dan sebagainya lagi-lagi jika anda sambung master dalam bidang yang berkaitan dengan kerja anda.
  • Anda akan menjadi lebih berdikari dalam pengajian master kerana sudah bekerja.
  • Anda akan menjadi lebih kental, sistematik dan lebih berdisiplin. Hal ini demikian kerana sekiranya anda pilih untuk sambung master sambil bekerja, anda perlu bahagikan masa antara kerja dan belajar. Sememangnya anda akan tak ada life untuk 2 tahun. Kena banyak berkorban.
  • Anda berpeluang mendapatkan tajaan atau biasiswa daripada sesetengah syarikat yang menyokong pekerja mereka untuk menyambung pelajaran. Kebiasaannya majikan akan taja dengan syarat; (1) anda sambung course yang berkaitan dengan kerja, (2) kena extend tempoh bekerja bagi memberi laluan untuk anda embark knowledge yang anda pelajari demi manfaat syarikat.
  • Menjadi graduan master yang lebih berkualiti dan bernilai kerana anda ada pengalaman kerja dan sijil master.


CABARAN KERJA DAHULU SEBELUM BUAT MASTER

  • Mungkin fikiran sudah tidak fresh dan ilmu sudah berkarat. Mungkin akan lambat catchup dalam kelas jika tak beri tumpuan betul-betul.
  • Takut impian nak sambung master hanya tinggal impian dek kerana komitmen kerja yang melampau.
  • Rasa nak berputus asa tu agak tinggi kerana kita kena membiasakan diri dalam budaya belajar yang telah lama kita tinggalkan. Assignment level master ni bukan macam diploma dan degree ya.
  • Banyak suara-suara akan cakap, "dah-dah la tu belajar. Nak belajar apa lagi. Kan dah kerja semua. Ada anak. Ada pasangan. Kang semua tak tertangan".
  • Kena ada persediaan kewangan yang kukuh. Master ni banyak pakai duit. Kalau anda dah berkeluarga ataupun banyak komitmen, ini akan menjadi cabaran buat anda.


----------


KELEBIHAN KERJA FULL TIME SAMBIL BUAT MASTER PART TIME

  • Boleh baca di SINI. Saya memang buat entri spesifik mengenai perkara ini. Kelebihan saya highlight warna biru.


CABARAN KERJA FULL TIME SAMBIL BUAT MASTER PART TIME

  • Boleh baca di SINI. Saya memang buat entri spesifik mengenai perkara ini. Cabaran pula saya highlight warna merah.


----------


Sedikit nasihat atau tips dari saya sekiranya nak sambung master:

  • Jangan buang masa. Jangan amalkan budaya tangguh kerja. Dah dapat assignment, settlekan.
  • Kena prepare fizikal dan mental. Assignment memang akan berlambak. Ini akan menjadi cabaran hebat kepada yang dah bekerja, lagi-lagi yang dah kahwin dan ada anak.
  • Ingat peribahasa ni: Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.
  • Ingat juga kata hikmah ni: Difficult path often lead to beautiful destination.
  • Kalau burnout, stress. Relax kejap. Kita kena jaga diri kita juga.
  • Jangan berlagak pandai. Kalau tak tahu sesuatu perkara, bertanyalah pada yang pakar.
  • Jaga hubungan dengan supervisor.
  • Kalau ada bengkel penulisan thesis, bengkel SPSS dan sebagainya, join! Kat situ anda akan belajar banyak benda.
  • Banyakkan membaca buku, jurnal, artikel, surat khabar dan tonton berita serta cakna isu semasa. Jangan harapkan slides sahaja.
  • Jika ada masa, join program anjuran universiti atau fakulti. Release stress and make some time for yourself!
  • Kalau rasa lost, ingat balik sebab apa kita masuk master at the first place. Pegang sebab tu supaya kita ada motivasi nak teruskan perjalanan master sampai ke penghujungnya.


Nasihat khas kepada yang berminat nak sambung master sambil bekerja pula:

  • Bersedia untuk berkorban waktu cuti anda. Bersedia untuk menakhodai kapal yang penuh bergelora.
  • Tanya diri sendiri kenapa nak sambung master. Sebab nak menguasai ilmu ke? Sebab nak naik pangkat ke? Sebab nak boost up business ke? Sebab nak jadi pensyarah ke? Ni kena tanya diri sendiri.
  • Jangan sambung master sebab orang lain. Jangan sambung master sebab tengok orang lain sambung master. Jangan ikut trend. One thing about trend is, trend akan slowly fade away.
  • Try tanya kawan-kawan, pensyarah, ahli keluarga. Dapatkan pandangan mereka dan analyze. Tak perlu tanya ramai-ramai. Setakat 3-5 orang tu dah lebih dari cukup.
  • Jika masih ragu-ragu, buatlah solat istikharah.


Sekali lagi saya tekankan, jika anda nak sambung belajar, pastikan anda sambung sebab anda memang nak sambung. Bukannya sambung sebab tengok kawan-kawan lain sambung. Niat kena betul. Matlamat kena jelas.

Sekali lagi saya ingin katakan, perkongsian saya kali ini adalah lebih kepada perspektif dan pandangan saya ya. Saya berkongsi melalui pemerhatian dan pengalaman yang saya lalui sendiri.


Jika nak tahu lebih lanjut mengenai jurusan master yang saya buat, klik SINI.

Akhir kata, ketiga-tiga pilihan ada kebaikan dan cabaran tersendiri.

Anda kena tanya diri anda, mana satu jalan anda nak pilih.

Sekiranya ada pertanyaan, boleh tambah di ruangan komen ya. Semoga bermanfaat!


Yang Ikhlas,

AZAR

Azeem Raslan


#FSPPP #UiTM #EMAS #AM770

Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Saya baru habis degree, jadi macam keliru.. nak kerja dulu atau Pon sambung master ataupun cukup setakat degree, ermm duit pun perlu dicari..😐 saya keliru sekarang ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena buat timbang tara sebaik mungkin. Tengok pada keutamaan. Kalau tak ada duit, maka kumpullah duit dulu. Kemudian sambung la belajar part time. Sekadar cadangan..

      Padam
  2. kalau saya pulak tengah degree internship, akan habis dalam tahun ni jugak, keliru nak sambung ke kerja, tapi family and relatives banyak suruh sambung master hmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Okay biasalah tu. Waktu-waktu ni pasti akan keliru, dilema dan sebagainya. Saya pun dah melalui fasa tu.

      Untuk kes ni, awak kena buat keputusan based on kemampuan anda sendiri, bukannya sebab orang lain. Sebab apa? Sebab awak yang akan melalui perkara ni.

      Orang lain boleh cakap, bagi pandangan dan sebagainya. Kita ambil kira pandangan tu dan kita fikir masak-masak kemudian buat keputusan.

      Tanya diri balik, kalau nak sambung master:

      Sebab apa?
      Apa career path lepas habis master?
      Kalau nak buat master, nak buat full time ke part time?
      Ada duit ke tidak?

      Ni contoh soalan yang boleh tanya diri sendiri.

      Yang pasti, jangan buat master sebab orang lain suruh. Buat master ni mesti kena ada rasa nak sambung. Kalau tak nanti kita akan fedup dan akhirnya stress kemudian berhenti. Master level tak sama langsung macam diploma dan degree level.

      Padam
  3. kalau situasi saya, saya dapat offer study master Di UK..tpi byk sedara2 cakap jangan study master Sbb banyak company tak pandang sijil master..banyak Yang suruh kerja..tapi kalau tolak offer Tu, Rasa rugi pulak Sbb bukan sllu dapat offer belajar overseas...still dalam dilema sekarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, faham. Susah nak dapat peluang belajar dekat overseas tu.

      Realiti di Malaysia, majikan tak pandang sangat master / PhD ni melainkan awak dalam industri yang meraikan master / PhD. Bidang akademik sememangnya meraikan postgraduate degree (master & PhD). Bidang2 seperti sains, kejuruteraan ada juga keperluannya.

      Di luar negara, banyak negara yang pandang postgraduate degree. So, awak ada kelebihan kat situ. Sekiranya nak kerja di overseas, awak pun belajar overseas. Lulusan sana.

      Dalam perspektif berbeza, kat luar negara ada market juga. Boleh la kalau consider nak kerja sana.

      Kalau peluang belajar overseas tu ditaja, pergi la. Sambil2 tu kumpul skills, buat kerja part time dan sebagainya.

      Sekarang memang susah cari kerja. Kena ada skills yang berkaitan, pengalaman dan sebagainya. Kita usaha sehabis baik, moga ada rezeki dan dipermudahkan urusan.

      Padam
  4. Apa pendapat encik untuk orang nak sambung master untuk jadi lecturer. Adakah ada specific course

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pada pandangan saya, kita ambil course yang kita inginkan lah untuk jadi lecturer. Sebagai contoh, kalau nak jadi lecturer in engineering, maka kenalah ambil master dalam bidang engineering.

      Bila dah decide nak jadi lecturer, kita kena pasang niat untuk sambung sampai PhD sebab kebanyakan universiti sekarang requires PhD untuk jadi lecturer.

      Padam
  5. Situasi saya pula, saya nak sambung master sebab saya rasa sijil degree saya ni tak boleh dipakai, sebab ramai company malaysia pandang rendah dengan kerja graphic design/multimedia ni. So saya sekarang dh apply untuk Masters of education (Multimedia). Saya harap sangat boleh sambung. Doakan saya juga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sijil degree ni ada nilainya cuma mungkin belum rezeki kita lagi untuk dapat kerja. Boleh jadi banyak faktor, sebagai contoh, benda-benda teknikal seperti resume dan cover letter. Sometimes kita dah ada apa yang diperlukan tetapi kita kalah dengan sistem permohonan kerja (sebab faktor teknikal). Saya pun pernah rasa begitu, mohon 297 kerja, 55 interview, baru dapat kerja. So saya boleh faham perasaan "sijil degree macam x boleh pakai tu". Goodluck untuk master! Semoga berjaya.

      Padam
  6. Salam encik, boleh saya tahu bagaimana encik terus bermotivasi untuk habiskan master? Saya baru tamat degree dalam bidang pendidikan dan saya ingin menyambung master full time, apakah kelebihan dan cabaran yang akan saya hadapi? Saya macam ada perasaan risau dan takut nak sambung master tu huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm wbt. Saya kupas lanjut di sini: https://www.azaraslan.com/2021/08/pengalaman-realiti-sambung-master.html

      Boleh baca entri saya yang ni. Terima kasih!

      Padam