Makin Tambah Paku, Makin Berat Bahu Yang Dipikul



MAKIN TAMBAH PAKU, MAKIN BERAT BAHU YANG DIPIKUL

8 tahun setengah saya dalam dunia BSMM peringkat PBS / VAD. Ayat lebih mudah; peringkat lepas sekolah menengah.

PBS bermaksud Pasukan Bantuan Sukarela. VAD stands for Voluntary Aid Detachment.

Bermula dari bawah, peringkat unit; BSMM VAD 44 Shah Alam.

Ahli Biasa (2013-2014) -> Pen. Ketua Seksyen (2014-2016) -> Ketua Utama Seksyen (2016-2016) -> Pegawai Kuartermaster (2016-2020) -> Penolong Komandan Unit (2020-2021)

Kini, saya seorang Pengerusi Belia Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Petaling (2021-2024).

Jawatan yang disandang, amat besar peranannya. Fokus utama adalah untuk pembangunan belia BSMM di bawah daerah petaling. Petaling terbahagi kepada dua iaitu Petaling Perdana dan Petaling Utama.

Terima kasih kepada yang mencadang dan menyokong saya untuk memegang jawatan ini.

Terima kasih BSMM VAD 44 Shah Alam atas ilmu dan pengalaman.

Saya akan cuba laksanakan tugasan dengan sebaiknya. Demi 7 Prinsip Asas Palang Merah & Bulan Sabit Merah.

01. Kemanusiaan (Humanity)
02. Kesaksamaan (Impartiality)
03. Keberkecualian (Neutrality)
04. Kebebasan (Independence)
05. Khidmat Sukarela (Voluntary Service)
06. Ketunggalan (Unity)
07. Kesejagatan (Universality)

“When you accepted your job, you were not chosen solely to fill a position on the organization chart; you were chosen to fill a responsibility.” - David Cottrell

Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad

HTML/JavaScript