Konvensyen Belia BSMM Daerah Petaling: Belia Dalam Pengurusan Bencana & Pra-Hospital





Konvensyen Belia BSMM Daerah Petaling: Belia Dalam Pengurusan Bencana & Pra-Hospital.

Program pertama anjuran Jawatankuasa Belia BSMM Daerah Petaling Sesi 2021/2024.

Konvensyen besar. Saya selaku Pengarah Projek.

Matlamat konvensyen ini sangat jelas, iaitu untuk memberitahu kepada belia bahawa peranan belia amat besar untuk negara tercinta. Belia boleh menyumbang dalam pelbagai perkara, seperti pendidikan, ekonomi, kreativiti, inovasi dan lain-lain. Sungguhpun begitu, belia juga boleh menyumbang terhadap kesiapsiagaan bencana dan kecemasan sekiranya negara berlaku krisis dan bencana.

Cogan kata "pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara" perlu diteliti dengan sebaik-baiknya. Cogan kata ini perlu disahut. Belia adalah aset negara, sekiranya diberikan tunjuk ajar dan jalan yang betul.

Alhamdulillah, konvensyen ini berjalan dengan jayanya. Terima kasih tidak terhingga kepada pasukan JK Belia dan sekretariat yang terlibat dalam program ini. Andalah tunjang program ini.

Terima kasih kepada AJK Daerah atas sokongan yang diberikan.

Terima kasih kepada barisan speaker, panelis, VIP yang hadir menjayakan konvensyen ini.

Terima kasih kepada peserta konvensyen. Tanpa anda, tiadalah konvensyen ini.

Anda semua memang terbaik. Walaupun minggu ini cuti panjang, anda pilih untuk datang ke konvensyen!

Berjumpa lagi kita di program lain, insyaAllah.







Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad

HTML/JavaScript