Ringkasan Subjek Elektif Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran UiTM



Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua.

Semoga semua pembaca sihat-sihat sahaja. Semoga diberikan kesihatan berpanjangan, dipermudahkan segala urusan dalam kehidupan dan dihindari daripada wabak.

Ramai orang bertanya saya berkenaan subjek-subjek elektif dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran sebab mereka tak tahu apa yang dipelajari dalam subjek tersebut. Ramai tak dapat gambaran.

Oleh sebab itu, saya terdetik untuk berkongsi kepada anda semua berkenaan subjek-subjek elektif dalam jurusan ini.

Saya ringkaskan bagi semua mudah faham. Informasi yang saya dapat adalah daripada pengalaman sendiri, pengalaman kawan-kawan, pertanyaan terhadap senior, perkongsian daripada SMF FSPPP UiTM Seremban dan juga BacAS UiTM Seremban.

Ni subjek pada zaman saya. September 2016 - Julai 2018. Saya yakin dan pasti, ada subjek yang berubah. However, ni listnya untuk gambaran anda semua:



Saya akan berkongsi berpandukan subjek elektif zaman saya belajar sebelum ini. Okay jom kita mulakan.


SEMESTER 3

ADM510 Quality Management (QM)

Sebelum ini ada belajar Introduction to Public Sector Quality Management betul? So ADM510 ni basically sambungan kepada subjek tersebut. Ada kaitan, malah lebih mendalam lagi.

Dalam organisasi mesti kena ada pengurusan kualiti yang bagus. Pengurusan kualiti mempengaruhi tahap kepuasan produk dan perkhidmatan yang dirasai oleh pelanggan. Kalau customer happy, maksudnya produk / servis kita bagus. Maka disebabkan itu, ADM510 akan ajar kita bagaimana untuk capai perkara tersebut.

Semestinya, banyak membaca dan menghafal teori, carta alir.


ADS556 Electronic Government / eGovernment

Anda akan mempelajari bagaimana kerajaan menggunakan medium eGovernment bagi memastikan sesuatu matlamat dan objektif tercapai.

Semuanya berkaitan perkhidmatan kerajaan atas talian.

Contoh mudah, dulu kerajaan tak ada e-Filing LHDN, tapi sekarang dah ada.


ADS510 International Relations (IR)

Anda akan mempelajari hal ehwal hubungan antarabangsa termasuklah konflik, perjanjian, permasalahan, peperangan dan sebagainya. Jika anda minat isu global, subjek ini akan menjadi sangat menarik untuk anda.


ADS509 Malaysian Premiership Studies (MPS)

Anda akan belajar mengenai sejarah dan kepimpinan Perdana Menteri di Malaysia.

Anda akan diminta untuk mengkaji sumbangan mereka, kekuatan pentadbiran, kelemahan pentadbiran dan sebagainya.

Sesuai untuk mereka yang meminati bidang kepimpinan, politik dan isu semasa.


ADS402 Social Marketing (SOMA)

Anda akan belajar bagaimana nak pasarkan sesuatu produk atau servis yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Basically anda akan belajar selok-belok bisnes kerana anda perlu memasarkan produk atau servis anda.

Anda akan bekerjasama dengan rakan sekelas dan satu batch untuk melaksanakan event yang dinamakan SOMA iaitu Social Marketing Exhibition.

Anda akan belajar cara untuk mengendalikan sesuatu event.

Anda juga akan mempelajari cara membuat fund raising melalui program. Sumbangan tersebut perlu disalurkan kepada golongan yang memerlukan.

Ingat, tujuan utama bukan untuk mendapatkan profit, tetapi untuk menyumbang kepada masyarakat melalui produk atau servis anda.

Kita boleh kata, ini adalah salah satu cara untuk menjadi Social Entrepreneurs (Usahawan Sosial) atau Social Entrepreneurship (Keusahawanan Sosial).



SEMESTER 4

ADS557 Innovation Management (IM)

Anda akan belajar pasal apa itu inovasi, kenapa perlu ada inovasi, bagaimana sesuatu inovasi boleh menjadi peluang dan seterusnya.

Kena berfikir luar kotak kalau ambil subjek ni. Anda akan explore innovation yang telah berjaya, kemudian cuba jadikan rujukan untuk membuat inovasi dan penambahbaikan untuk projek-projek seterusnya.

Kena ada daya fikir yang kreatif dan kritikal, kerana sesuatu cabaran boleh diselesaikan dengan inovasi. Selain itu, inovasi yang menarik akan memberi keuntungan kepada pihak-pihak tertentu.


ADS560 Southeast Asian Affairs (ASEAN)

Anda akan belajar mengenai negara-negara di bawah ASEAN. Ada 10 negara di bawah ASEAN. Apa itu ASEAN? ASEAN ialah Association of Southeast Asian Nations.

Anda akan belajar mengenai hubungan antara 10 negara ASEAN ni. Belajar mengenai dasar, isu semasa, perjanjian, konflik dan sebagainya.

Subjek ADS560 boleh jadi kesinambungan daripada subjek ADS510 International Relations.


ADS505 Local Government (LG)

Kerajaan ada tiga tahap iaitu federal government (kerajaan persekutuan), state government (kerajaan negeri) dan local government (local government).

Anda akan belajar secara spesifik mengenai kerajaan tempatan / local government.

Kenapa ada subjek local government tapi tak ada subjek federal government dan state government? Haa, salah satunya sebab local government ni unik dan menarik sistemnya.

Bawah local government ada 4 tahap iaitu majlis daerah, majlis perbandaran, majlis bandaraya dan dewan bandaraya. Macam mana tahap itu ditentukan? Itu nanti boleh belajar.

Saya ambil subjek ni dan bagi saya local government memang menarik. Sesuai juga untuk mereka yang teringin nak jadi datuk bandar (mayor), exco, ahli majlis, pegawai daerah (DO).


ADS517 Advanced Industrial Relations (Advanced IR)

Kesinambungan daripada subjek Industrial Relations (IR) semasa semester 2 degree ataupun semasa semester akhir Diploma Pentadbiran Awam.

Anda akan lebih mendalami ilmu seperti collective bargaining, trade union dan lain-lain.

Reminder: International Relations tak sama dengan Industrial Relations!


ADS503 Knowledge Management (KM)

Subjek tentang bagaimana nak menguruskan ilmu yg diperolehi. Subjek yg agak menarik untuk belajar. Knowledge Management (KM) belajar tentang proses menukar raw knowledge kepada knowledge. Konsepnya seperti menukar data kepada information.

Untuk membuat sesuatu keputusan kita memerlukan ilmu. Setiap maklumat adalah ilmu, namun ilmu juga perlu ditapis untuk membuat sesuatu keputusan.

Memandangkan anda akan belajar menguruskan ilmu, maka anda akan rasa macam ilmuan atau kamus bergerak la sepanjang belajar KM ni.



SEMESTER 5

ADM570 Service Management

Anda akan belajar cara urus sesuatu perkhidmatan. Subjek ni ada kesinambungan dengan ADM510 Quality Management. Nak urus perkhidmatan terbaik perlulah ada nilai-nilai kualiti tertentu.

Sebagai contoh, kita selalu pergi dapatkan servis di kedai A sedangkan kedai B tawarkan benda yang sama. Kenapa? Mungkin sebab servis kedai A tip top.

Service management ni secara tidak langsung berkait rapat juga dengan customer service, because giving service means you need to deal with people.


ADS607 Managing Change

Seperti yang tertulis di tajuk subjek, anda akan mempelajari cara untuk menguruskan sesuatu perubahan dalam organisasi. Perubahan ini penting untuk memantapkan organisasi dari semasa ke semasa.

Sebagai contoh, zaman moden ini memerlukan organisasi mengikut arus teknologi semasa. Informasi perlu disampaikan di pelbagai platform. Jika organisasi masih menggunakan platform surat khabar semata-mata dan tidak membuat perubahan untuk tackle audiens di media sosial, maka rugi la sebab peluang juga ada di situ.

Contoh lain, strategi yang digunakan pada 20 tahun lepas, kebarangkalian besar takkan menjadi jika digunakan pada hari ini, sebab banyak benda dah berubah. Banyak faktor yang perlu diteliti.

Nak organisasi berjaya? Perlu berani buat perubahan (dengan perancangan, kajian, fakta, isi).


ADM653 Social Security and Employee Benefits Administration (SOCSO)

Anda akan belajar secara spesifik mengenai SOCSO / PERKESO. PERKESO ni berkaitan dengan keselamatan pekerja, hak pekerja, majikan dan sebagainya. Perkara ni amat penting untuk anda semua nanti, sebab anda akan menjadi pekerja / tauke kedai dan sebagainya.

Jika anda terdetik nak jadi pegawai HR suatu hari nanti, subjek SOCSO adalah subjek yang patut dipertimbangkan.


ADM602 International Business Environment (IBE)

Nama gah kan? Yes subjek ni menarik juga khususnya kepada sesiapa yang minat bisnes. Anda akan belajar product marketing, cara untuk memasarkan produk di peringkat antarabangsa. Perkara ini termasuklah menganalisis budaya, tingkah laku sesebuah negara itu.

Sebagai contoh, kita nak jual gula melaka. Ada demand tak? Negara tersebut terima tak gula melaka ni? Ada competitor tak? Dekat sana ada local supplier tak? Kalau produk ni masuk, ada sambutan tak?

Haa macam tu la.

Tapi bukan setakat tu je pembelajarannya. ADM602 juga menerangkan bagaimana konflik, politik dan dasar sesebuah negara boleh mempengaruhi international business.

Ambil contoh semasa, peperangan Russia dan Ukraine adalah contoh terbaik untuk menunjukkan konflik peperangan mempengaruhi international business seperti saham merudum, investor tarik diri dan sebagainya.



SEMESTER 6

ADS660 Seminar in Global Affairs

Seperti yang tertulis pada tajuk subjek, anda akan mempelajari isu-isu semasa di peringkat global.

Isu seperti apa? Isu seperti gencatan senjata, peperangan, konflik, perjanjian, mata ringgit jatuh, ketirisan ekonomi dan sebagainya.

Anda kena banyak membaca dan ambil tahu hal ehwal antarabangsa serta memerlukan pengetahuan yang luas.


ADS659 Environmental Management in Developing Countries (EM)

Okay, pertama sekali, anda bukanlah belajar pasal alam sekitar hahah. Tak ada unsur-unsur sains dalam subjek ni.

Anda akan mempelajari bagaimana anda boleh membantu negara-negara membangun dalam memantapkan lagi pengurusan alam sekitar. Hal ini termasuklah memikirkan dasar, program, inisiatif, kempen dan sebagainya.

Malaysia adalah salah satu negara membangun, maka anda boleh juga fikirkan bagaimana nak majukan Malaysia dalam aspek pengurusan alam sekitar.

Anda akan banyak buat rujukan negara-negara maju bagaimana mereka memantapkan alam sekitar.


ADS606 Information Technology Management

Anda akan belajar cara untuk menguruskan maklumat menggunakan teknologi. Apa kepentingan pengurusan maklumat menggunakan teknologi? Apa kelebihannya? Apa cabarannya? Haa macam tu lah lebih kurang ceritanya.


ADS605 Urban Sociology

Anda akan mempelajari peradaban masyarakat di bandar atau kota raya. Anda akan belajar bagaimana sesebuah bandar boleh membangun, bagaimana masyarakat menjalankan kehidupan di bandar yang membangun.

Selain itu, topik lain ialah seperti perubahan sifat masyarakat, strata sosial, kuasa politik.

Berdasarkan rakan-rakan sebatch dan senior, subjek urban sociology ni seronok. 


Soalan yang saya biasa dapat:

"PROGRAM BAS NI TAK ADA PENGKHUSUSAN (MAJOR) KE?"

"ADA TIPS UNTUK SUSUN ELEKTIF?"

TAK ADA. Oleh itu, apa yang anda boleh buat sekurang-kurangnya ialah, pilih elektif yang betul. Susun elektif elok-elok so that nampak kita ni tertumpu kat mana.

Sebagai contoh, kalau anda minat perhubungan antarabangsa (international relations), boleh fokus dan try susun macam ni:

  • Semester 3: International Relations (ADS510)
  • Semester 4: Southeast Asian Affairs (ADS560)
  • Semester 5: International Business Environment (ADM602)
  • Semester 6: Seminar in Global Affairs (ADS660)

Haa amacam? Nampak tertumpu tak? Semua pasal international and global je. Berkait antara satu sama lain. Hihihi. Tapi tak semua subjek elektif kita boleh susun cantik.

Kalau tak dapat susun 4 subjek, kita cubalah susun 2 subjek.

Sebagai contoh, fokus dekat perhubungan industri (industrial relations), berkait dengan akta buruh:
  • Semester 4: Advanced Industrial Relations (ADS517)
  • Semester 5: Social Security and Employee Benefits Administration (ADM653)

Atau, boleh fokus kepada pentadbiran & pengurusan kerajaan:
  • Semester 3: Electronic Government (ADS556) atau Malaysian Premiership Studies (ADS509)
  • Semester 4: Local Government (ADS505)
  • Semester 5: Service Management (ADM570)
  • Semester 6: Urban Sociology (ADS605)

Nak fokus pada teknologi & inovasi pun boleh:
  • Semester 3: Electronic Government (ADS556)
  • Semester 4: Innovation Management (ADS557)
  • Semester 5: Managing Change (ADS607)
  • Semester 6: Information Technology Management (ADS606)


*Ada subjek yang mungkin tiada di kampus tertentu.


Apa yang saya kongsikan semua di atas ni hanyalah cadangan, contoh dan pemudah cara. Nanti korang semua study dan tanyalah senior-senior ataupun buat carian di internet mengenai setiap elektif ni. Then, buatlah keputusan, okay?


Terima kasih semua kerana membaca. Semoga informasi ini bermanfaat buat semua! Boleh share supaya lebih ramai tahu!

Saya akan update informasi dari semasa ke semasa (jika ada).

#azaraslan #fsppp #uitm



Rujukan:

Pengalaman sendiri, kawan-kawan dan senior;

Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF) FSPPP: https://twitter.com/smfscpolicy

Bachelor of Administrative Science Society (BacAS) FSPPP: https://twitter.com/OfficialBacAS

Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad

HTML/JavaScript