Pengalaman Menjadi Jurugambar Kepada Yang Berhormat Menteri

Gambar di Pantai Tanjung Aru Nelayan, Labuan

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera. Semoga semua sidang pembaca dikurniakan rezeki melimpah-ruah lagi berkat, dipermudahkan segala urusan dalam kehidupan dan diberikan kejayaan di dunia dan di akhirat.

Untuk artikel kali ini, saya berhasrat untuk berkongsi dengan anda semua, mengenai pengalaman saya selaku jurugambar rasmi YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) selama 5 hari.

Jom bersama-sama dengan saya, menelusuri perjalanan sebagai seorang jurugambar, di mana kaca lensa kamera menjadi saksi dan bukti gerak kerja.

Segala gambar-gambar yang saya tangkap, saya telah kepilkan pautan di bahagian akhir entri.


TENTATIF

Semasa saya menerima agenda lawatan 5 hari ke Wilayah Persekutuan (WP) Labuan daripada Setiausaha Akhbar (SUA), berpeluh juga la dibuatnya. Ada lebih kurang 20 program akan berlangsung (tidak termasuk program tidak rasmi) dalam masa 5 hari ke Labuan. Baca agenda pun dah penat, belum beraksi lagi ni.

Ini la agaknya apa yang dimaksudkan dengan jadual padat seorang wakil rakyat.

Dalam tugasan ini, saya akan bekerja rapat dengan seorang lagi juruvideo rasmi YB Menteri iaitu En. Syuaib.


HARI PERTAMA: MENGORAK LANGKAH

Hari yang mendebarkan. Bateri kamera sudah siap dicaj. Kamera telah dibersihkan. Memory card telah dikosongkan. Pakaian telah siap disusun dan disimpan di dalam beg. Setelah sarapan pagi, isteri tercinta hantar saya ke KLIA.

Setelah tiba di KLIA, saya bertemu pasukan Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), untuk check-in luggage. Setelah selesai check-in luggage dan tiba waktu on boarding, maka kami semua menaiki kapal terbang ke WP Labuan.

Ini adalah kali pertama saya ke WP Labuan sepanjang hidup setakat ini.

Perjalanan dari KLIA ke Lapangan Terbang Labuan mengambil masa lebih kurang 2 jam 15 minit.

Setelah tiba di WP Labuan, pasukan YB Menteri dibawa ke holding room, disambut oleh Perbadanan Labuan dan lain-lain agensi di bawah Wilayah Persekutuan Labuan. YB dan pasukan diberikan taklimat ringkas berkenaan lawatan kerja ini.

Setelah selesai kesemuanya, kami dibawa ke Dorsett Grand Labuan untuk berehat dan membuat persiapan diri.

Pada sebelah malam, kami makan malam di luar. Waktu ni saya cuba menyesuaikan diri dengan team. Setelah selesai makan malam, kami pulang ke hotel.

Sebelum tidur, saya dapatkan tips daripada SUA dan Syuaib berkenaan gerak kerja. Saya double check semua peralatan kamera.

"Semoga semua berfungsi dengan baik dan semoga dipermudahkan segala urusan, dan diberikan kejayaan", saya bermonolog. InsyaAllah.


HARI KE-2


Taklimat Labuan

Mesyuarat Bersama Ketua-Ketua Jabatan di WP Labuan


Hari ke-2 bermula. Hari Jumaat. Penghulu segala hari. Hari yang menjadi penentu sama ada gerak kerja yang bakal ditawarkan, bakal memberi impak positif atau negatif. Hari pertama untuk melaksanakan tugasan sebagai jurufoto kepada YB Menteri untuk lawatan kerja WP Labuan.

Hari ke-2 ini adalah hari yang penuh dengan mesyuarat dari pagi sampai ke malam.

Apabila menjadi seorang jurufoto kepada YB Menteri, anda kena pantas dalam bergerak, dan pada masa yang sama, anda kena dapatkan angle dan shot yang baik.

Mula-mula agak kekok juga, sebab tak biasa lagi. Hari ke-2 ni ada 5 program. Pada peringkat awal program pertama tu agak kelam kabut sikit sebab masih belum mendapat rentak. Namun selepas itu, saya sudah boleh untuk membiasakan diri dengan gerak kerja yang sepatutnya.

Di saat ini juga la saya bertemu dengan tiga orang lagi team kreatif iaitu En. Khairul, En. Daniel dan En. Rosli. En. Khairul dari Perbadanan Labuan (PL), En. Daniel dan En. Rosli pula dilantik sebagai jurufoto rasmi event bagi pihak PL.


HABIS EVENT KENA TERUS UPLOAD GAMBAR

Apabila bekerja dengan YB Menteri ini (mungkin lain YB lain style-nya), hasrat beliau ialah untuk muat naik gambar sesegera mungkin selepas program tamat. Buffer lebih kurang dalam 1-2 jam untuk pemilihan gambar dan editing.

Sebagai contoh, hari ke-2 ada 5 program, maka selepas habis program pertama, kita perlu upload gambar secepat mungkin. Sama la macam program ke-2 sampai program ke-5, kita perlu upload sejurus selesai.


HARI KE-3

Lawatan Smartpole

Program Publisiti dan Penyertaan Awam bagi Laporan Rancangan Struktur Labuan 2040

Konvoi Jelajah Kibar Bendera ke Kampung-Kampung

Singgah di Pantai Tanjung Aru Nelayan

Lawatan Tinjau YB Menteri ke Pulau-Pulau dan Jeti-Jeti


Hari ke-3 adalah hari event outdoor. Pagi sampai tengah hari, event sampai ke kampung. Pada sebelah petang pula, event atas bot. Penatnya memang tidak terkata.


KENA FIKIR LUAR KOTAK DAN CAPAI MATLAMAT

INDOOR VS OUTDOOR

Untuk event seperti hari pertama, event adalah berorientasikan mesyuarat. Bila mesyuarat, maksudnya tidak ada banyak movement.

Bagaimana pula jika event outdoor? Event outdoor bermula pada hari ke-3. Event back-to-back. Bagaimana kita nak deliver gambar untuk upload ke social media sejurus selepas selesai program?

Kami perlu transfer gambar, pilih gambar, edit gambar, dalam kenderaan, semasa perjalanan ke tempat seterusnya, Itu sahaja window dan masa yang kami ada untuk membuat semua benda ini.


CAMERA SETTING

Sepanjang menangkap gambar outdoor, saya sentiasa perlu mengejar YB dan perlu berada lebih depan daripada YB. Saya perlu cover segala shot-shot penting (khususnya bila YB sedang senyum, gelak, berinterasi dengan masyarakat dll).

Memandangkan saya perlu tangkap gambar banyak dan burst, maka saya tukar setting mode ke sports mode.


HARI KE-4

Sarapan Pagi

Temu Rapat Dr Zaliha

Program Turun Padang Kg Patau-Patau

Program Turun Padang SMS Labuan


Hari ke-4 sama seperti hari ke-3. Banyak aktiviti outdoor. Waktu ni, lagi banyak berjalan daripada hari ke-3. Di sini saya dapat melihat pelbagai kawasan di Labuan.


HARI KE-5

Taklimat FSA Labuan

Taklimat FSA Labuan


Hari ke-5 pula ialah hari terakhir dan ada program mesyuarat. Pada hari ke-5 ni, sempatlah kami singgah beli coklat dan ke pasar sebelum pulang ke Semenanjung.


PANDANGAN MENGENAI LABUAN

PUSAT PELANCONGAN

Wilayah Persekutuan Labuan mempunyai potensi sebagai pusat pelancongan. Terdapat banyak pulau yang belum diteroka, dan pulau-pulau sedia ada juga sebenarnya boleh dibangunkan menjadi tarikan pelancong. Dengan adanya tarikan ini, Labuan boleh menjadi wilayah yang menjana pendapatan dengan lebih baik.


JAMBATAN

Labuan adalah sebuah pulau besar, namun kemudahan pengangkutan hanyalah melalui udara dan air. Tiada akses pengangkutan melalui jalan darat jika mahu ke Tanah Besar Sabah. Disebabkan itu, penduduk Labuan mahukan jambatan, dan telah memperjuangkan perkara ini lebih dari 20 tahun. Cadangan projek jambatan Labuan itu diumumkan bawah Pelan Pembangunan Labuan (1997-2015).

Antara manfaat adanya jambatan ini adalah:

  • Membantu peniaga, usahawan IKS dan industri besar dalam urusan logistik
  • Peluang kerjaya
  • E-Hailing
  • Membantu peniaga dalam penjimatan pengeposan. Ada pilihan untuk guna jalan darat atau feri
  • Akses ke hospital besar Sabah


Namun kos untuk pembuatan jambatan memang besar. Jumlahnya antara 4 ke 6 billion Ringgit.


KESIMPULAN

Lawatan 5 hari ke WP Labuan ini, sedikit sebanyak membuka mata saya, melihat bagaimana seseorang menteri bekerja.

23 aktiviti dan program dalam masa 5 hari adalah suatu perkara yang sangat memenatkan. Ini bermaksud 1 hari ada 4-5 aktiviti.

Pengalaman sebagai jurugambar kepada YB Menteri ini adalah pengalaman yang berharga dan tidak boleh dijual beli.

Terima kasih team Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) atas kepercayaan yang diberikan.


Bersama YB Dr Zaliha


Boleh lihat hasil gambar penuh yang ditangkap di laman rasmi YBM dari tarikh 11/1/24 hingga 15/1/24.


#azaraslan #DrZ #shotonnikon #nikond5300

Catat Ulasan

0 Ulasan