Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera. Salam Ramadan buat semua.
Cerita petang semalam, servis Husky, memandangkan mileage dah capai 12,000km. Habis kerja terus pergi servis.
Usia Husky ni dah 7 bulan+. Objektif utama jentera ni adalah untuk ulang-alik kerja Rawang ke Petaling Jaya. Di samping itu ada la pergi ride dengan wife ke Sekinchan, Genting, Putrajaya dan Port Dickson. Tu jela paling jauh setakat ni.
Servis kali ni adalah seperti berikut:
- Fuel Filter (RM40): Gambar ke-6. Payah dan renyah juga la pomen nak buka part ni.
- Air Filter (RM3 upah, sebab dah beli air filter. Saya beli online sebab bengkel takde stok. Saya minta pomen check, dia kata original. Ni linknya: https://s.shopee.com.my/6AWZGjFByr?share_channel_code=1) Rujuk gambar 2 sampai 5).
- Minyak Hitam (RM52): PJ1 Engine Scooter Oil. Boleh tengok gambar 8 dan 9.
- Minyak Gear (RM15)
Jumlah keseluruhan: RM110
Alang-alang dah buka storage bawah seat tu, kita topup sekali coolant. Topup sikit je sebab banyak lagi. Memang dah ada beli coolant sebelum ni.
Plan nak servis CVT sekali tapi tak sempat. Akan servis sendiri kalau sempat. Kalau tak, kita servis dalam masa terdekat.
Belting kita plan next service.
Sekian perkongsian kali ni. By the way, esok Shopee Sales 3.3. Saya ada listkan barang-barang motor seperti intercom, baju hujan, helmet dan lain-lain. Boleh rujuk di sini: https://linktr.ee/azaraslan
Terima kasih semua. Selamat menunaikan ibadah puasa! Semoga segala urusan kita dipermudahkan dan diberkati Tuhan Yang Maha Esa.
#Azaraslan #Husky
Catat Ulasan