Keputusan Pilihanraya MPP 2014/15: Tiada Rezeki


Assalammualaikum wbt, salam sejahtera, Salam UiTM Di Hatiku.

Keputusan Pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Caw. Negeri Sembilan Sesi 2014/2015 Bagi Calon FSPPP :-

CALON FSPP :- TIGA TERATAS (JUMLAH :- ENAM CALON FSPPP)
Qawi (Sarjana Pentadbiran Korporat) - 741 UNDI (Menang)
Faiz - (Sarjana Sains Pentadbiran) 680 UNDI (Menang)
Azeem (Diploma Pentadbiran Awam) - 572 UNDI (Kalah)

Tahniah kepada calon-2 yang berjaya menduduki kerusi tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Caw. Negeri Sembilan Bagi Sesi 2014/2015. Semoga anda dapat berbakti kepada UiTM Negeri Sembilan dengan baik, telus, adil, saksama dan efisyen dalam segala aspek.

Alhamdulillah, walaupun kalah, namun padanya pasti ada hikmah. Allah sebaik-baik perancang. Dan rancangan Allah tidak pernah mengecewakan.

Alhamdulilah, walaupun kalah, saya diberi peluang oleh Allah untuk menimba ilmu dan pengalaman dalam PRK MPP UiTM.

Alhamdulillah, walaupun kalah, saya berjaya mengalahkan tiga calon di bawah saya (2 Sarjana 1 Diploma).

Di sini saya, wakil Diploma, telah memberikan saingan yang sengit buat calon-calon Sarjana. Walaupun berbeza program, walaupun peringkat Sarjana lebih tinggi daripada Diploma, namun itu tidak menghalang saya untuk membuktikan bahawa Diploma juga ada kualitinya yang tersendiri.

Diploma dan Sarjana tetap berkongsi satu status, iaitu Mahasiswa/i. Kita belajar di bawah satu bumbung, iaitu UiTM Negeri Sembilan.

Terima kasih ibu ayah, terima kasih pensyarah-pensyarah, guru-guru dan rakan-rakan. Terima kasih kepada Warga UiTM yang mengundi saya. Terima kasih kepada jentera-2 saya yang bertungkus lumus berkempen bersama saya. Jasa anda amatlah saya hargai.

Husnuzon (Bersangka baik), fikir yang baik-2, Insya-Allah hasilnya pun menjadi baik-2.
Berjuang Demi Anak Bangsa.

Sekian, Wasalam.

Ahmad Azeem Ahmad Raslan,
Wakil Diploma,
Calon FSPPP,
Calon JPP UiTM Cawangan Negeri Sembilan,
Sesi 2014/2015.

Catat Ulasan

0 Ulasan