BULAN INOVASI UiTM NEGERI SEMBILAN TAHUN 2014


Assalammualaikum wbt, salam sejahtera sidang pembaca sekalian.

Pertamanya, saya ingin meminta maaf kerana sudah tidak lama mengemaskini blog yang telah lama 'bersarang' ni. Mungkin sebab terlampau sibuk dengan assignment, kerja-2 persatuan dan kerja-2 NGO serta lain-lain pekerjaan.

Baiklah, terus kepada isi dan point, UiTM Negeri Sembilan telah menganjurkan Program Bulan Inovasi Peringkat UiTM Cawangan Negeri Sembilan Tahun 2014. Dalam Bulan Inovasi ini, terdapat pelbagai aktiviti dan pertandingan-2 yang dijalankan oleh pihak UiTM.

Antaranya ialah, Pertandingan Poster Bulan Inovasi. Disertai oleh pelajar UiTM Kampus Seremban dan juga UiTM Kampus Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Alhamdulillah, saya menyertai pertandingan ini. Saya ingin membuktikan, bahawa pelajar FSPPP Diploma Pentadbiran Awam juga mempunyai bakat dalam bidang ICT, dan lagi satu, sebab... Ini adalah assignment kami, untuk kursus CSC253 (Interactive Multimedia).

Berikut adalah poster yang saya buat :-


Designed by : Ahmad Azeem Ahmad Raslan

Ada chance tak nak menang? Hehehe.

Apapun... Poster ini telahpun dihantar, submit ke pihak penganjur.

Semoga poster ini, mendapat perhatian pihak penganjur. Insya-Allah.

Doakan saya ya sidang pembaca sekalian. Sekiranya diberi kemenangan, semoga kemenangan itu kemenangan yang diredhai dan dirahmati Allah SWT.

Amin~

Sekian, terima kasih.

Assalammualaikum wbt, Salam Inovasi!

Catat Ulasan

0 Ulasan