Reunion PMDS Sesi Disember 2014 - April 2015


Cerita Hari Jumaat [6.2.2015] (Reunion PMDS UiTM Cawangan Negeri Sembilan)
Assalammualaikum, salam sejahtera semua.

Kami di hadapan Anjung UiTM Kuala Pilah! Geng-2 PMDS UiTM Cawangan Negeri Sembilan. UiTM Seremban ft UiTM Kuala Pilah.

Sudah sekian lama tidak bertemu, akhirnya bertemu jua dalam keadaan yang tidak dirancang dan terancang. Biasanya macam tu la, bila kita dah merancang, memang akan ada kemungkinan yang perancangan kita tu akan tergendala ataupun ditangguhkan. Ada dalam 2-3 juga la rancang nak singgah ke UiTM Kuala Pilah tetapi masing-2 ada komitmen. Dengan mesyuaratnya, testnya, assignmentnya, memang agak susahlah untuk melestarikan hasrat murni itu.

Namun Alhamdulillah, perancangan yang tidak dirancang tulah yang menemukan kita semua. Balik-2 program je (Program Delegasi Minda Badan Peers UiTM Seremban & Pasir Gudang), terus rancang on-the-spot dengan geng-2 PMDS, kemudian terus gerak ke destinasi.

Gerak senja, sampai maghrib.

Alhamdulillah dapat melepaskan rindu di jiwa. Sempatlah berbicara satu meja. Tangkap gambar selfie ramai2 semua. Walaupun tak semua yang ada, tetapi hasrat diri untuk menemui mereka tercapai jua.

Semoga kita berjumpa lagi, di hari lain, tarikh dan waktu. Insyaallah. We‘re one happy family.
.
"Once PMDS, Always PMDS"
.
Ahmad Azeem Ahmad Raslan,
Pemimpin Minggu Destini Siswa,
Biro Dewan Protokol Dan Multimedia,
UiTM Caw. Negeri Sembilan,
Sesi Disember 2014 - April 2015.

Catat Ulasan

0 Ulasan