Biro Multimedia MDS UiTM NS Jun - Okt 2015

Assalammualaikum wbt, salam sejahtera.

Kami adalah Biro ICT Dan Multimedia Minggu Destini Siswa UiTM Negeri Sembilan Sesi Jun - Oktober 2015.

Dari kiri : PM Sofie, PM Anne, PM Azeem.

Kebetulan semua ada pakai pakaian warna pink. Sweet gitu. Heheh.

Ada lagi seorang tiada dalam gambar, iaitu PM Ayien.

Cari dia xjumpa, maka tangkap gambar bertiga ja. Sorry Ayien. Jasamu tetap kami kenang. Hehe.


Disebabkan takde gambar, kita tangkap lain la. Haa tu dia PM Ayien, hero gadis-gadis. Hahaha.

Anyway, back to the point.

Kepada Siswa/i Baharu, mungkin anda tidak mengenali kami secara dekat kerana kami banyak bekerja di belakang tabir. Belakang pentas inilah pejabat kami.

Kami berurusan dengan gadget yang tiada perasaan. Haha. Berurusan dengan tiga laptop, amplifier, sound equalizer, audio jack, microphone, kamera, tripod stand, monopod, LIVE camera, fibre cable dll.

Control projektor, slide, sound volume? Menyediakan lagu dan video pada waktu senggang? Assist BDP (Biro Dewan Protokol) dalam melicinkan perjalanan program? Membuat 3 montaj / video dalam masa 4 hari? Tangkap gambar pelajar tidur? Haaa itulah antara tugas kami. Stress woo. Dengan pejabat dan dewan yang air-cond-nya macam duduk dekat Europe tu, lagilah membuatkan kami brain-freeze kat sini. Demam bukan sebab panas, tp sebab sejuk. Hehe.

Penat kerah fikiran, kerah otak, menggigihkan badan, menjalankan tugasan.

Tapi, demi anak bangsa, kami teruskan perjuangan.

Moga Siswa/i Baharu semua, menjadi insan yang hebat, berjaya dalam kehidupan.

Goodluck for your first semester. Obtain Dean's List. Make your family proud of you.

Mula dengan 785 pelajar, pastikan grad dengan 785 pelajar juga ya.

Insya-Allah.

Sekian, Wassalam.

PM Azeem,
Ketua Biro Multimedia,
MDS UiTM Negeri Sembilan,
Sesi Jun - Okt 2015.

Catat Ulasan

0 Ulasan