Tamat Sudah Tugasanku: PMDS UiTM NS Jun - Okt 2015




Assalammualaikum wbt, Salam UiTM Di Hatiku.

Alhamdulillah, selesai sudah MDS UiTM NS Sesi Jun - Okt 2015. Maka dengan ini, tamatlah tugasanku sebagai PM.

Akan kurindui setap detik dan saat semasa program kali ini.

X sangka, dah dua kali dah jadi PM. Dua-2 pegang post Ketua Biro Multimedia.

Setiap MDS, pahit pada permulaannya dan manis pada pengakhirannya.

Biasalah tu, nak timbulnya pelangi, kena ada hujan turun dulu. Kan?

Hmm... Sem depan mohon jadi PM lagi? Haa Insya-Allah.. Jika takdir telah menentukan.


[UCAPAN KPD ADIK-2 BARU]

Kita pemegang amanah anak bangsa, perlu berbakti demi anak watan negara.

Jika bukan kita, siapa lagi yg mahu mengorak langkah?

Untuk anak bangsa, abang-2 dan kakak-2 PM sanggup berkorban jiwa dan raga.

Sebab kami sedar, kami pemegang amanah bangsa.

MDS bukan sekadar jeritan dan makian, serta taklimat semata-mata.

MDS ada maksud tersirat. Cuba cari maksud tersirat itu.

Mulakan dengan hayati lagu "UiTM Di Hatiku", "Wawasan Setia Warga UiTM", dan "Destini Anak Bangsa". Insya-Allah anda akan dapat anak kunci ke pintu jawapannya.

Belajarlah elok-2 wahai PB (Pelajar Baru), menaikkan nama bangsa dan negara di mata dunia.

Jangan persiakan peluang yang ada.

Berterima kasihlah pd Allah, krn telah menetapkan anda utk bljr di UiTM.

Jgn kecewa dgn UiTM. Sebaliknya, berbanggalah.

Tahukah anda? UiTM institusi pengajian terbesar di dunia?

UiTM juga mendapat nama di luar negara krn kejayaan melahirkan ramai graduan berjaya.

Act, belajar mne-2 pun sama ja. Ada usaha, ada hasilnya. Jgn salahkn external factor je.

Allah letakkan kita kat satu-2 tmpt tu, sebab Allah tahu kebolehan kita.

Maybe u r The UiTM Next Big Thing. Who knows? Aite?

Ingat.

Datang dengan harapan, pulanglah dengan kejayaan.

Bermula dengan 785 orang PB, pastikan berakhir bergraduasi dengan 785 orang PB juga.

Jangan takut, jangan gentar.

Perjalanan anda baru sahaja bermula.

Sahutlah cabaran ini dengan penuh keterbukaan.

Fikirlah dengan positif. Maka hasilnya pun akan menjadi positif.

Percayalah.

Semoga berjaya.

Sekian.

UiTM Di Hatiku.

PM Azeem.
Ketua Biro Multimedia,
Minggu Destini Siswa,
UiTM Negeri Sembilan,
Sesi Jun - Oktober 2015.

Catat Ulasan

0 Ulasan