Coretan Singgah Beraya


Assalammualaikum wbt, selamat malam semua.
Just nak kongsi, cerita singgah raya hari ini.

Plan kemain ramai, laki perempuan, tapi ini ja yang dapat turut serta. Ada yang ada hal yang tak dapat nak dielakkan. Kita dah plan, nak xnak kena proceed la.

Demam - demam pun, diheretnya juga pergi beraya. Aisehh.. Drama betul. Haha. Tapi, best. Lama dah tak jumpa depa ni. Setahun macam tu la. Semua belajaq jauh-jauh. Seorang kat Pahang. Seorang kat Perak. Seorang lagi kat Sabah. Saya pula di Negeri Sembilan. Bila berjumpa, banyak la cerita itu cerita ini. Apapun. Well quality time spent.

By the way, yang bertudung biru dan 'peach' tu, tahniah la ya sebab menjadi kawan perempuan yang ke-3 dan yang ke-4, yang berjaya menjejakkan kaki ke rumah saya. Berbanggalah kalian kerana ada dalam senarai Top 5. Hahaha.

Ada rezeki jumpa lagi ya. Belajaq leklok. Jangan nakal-nakal ye. Hehe.

Catat Ulasan

0 Ulasan