Abang Xi Shua Shua - PMDS Dis 2015 - Apr 2016


ABANG XI SHUA SHUA

Alhamdulillah. Berakhirlah sudah tugasanku sebagai PM MDS UiTM N9 Sesi Dis'15-Apr'16.

Setiap MDS ada cerita yang tersendiri. Tiga kali menjadi PM, dan rasanya, ini yang paling mencabar, paling dahsyat, memenatkan namun pada masa yang sama, menggembirakan.

Diberi amanat menggalas jawatan sebagai Biro Medik. Alhamdulillah, dapat dilalui dengan sebaiknya, walaupun hampir separuh gila, dek pesakit yang mcm2 ragam dan ulang-alik Aras 9 FSPPP, PKP, Medan berlari ke sana ke mari merawat pesakit. Sampaikan kasut menjadi saksi, koyak tapak kasut kaki kiri.

Biro Medik tugasan hakiki, namun Biro Multimedia dan lain-2, aku tetap cover dek kerana PM x ramai. Everyone is a multitasker for the whole week of MDS.

MDS kali ni aku banyak muncul di khalayak disebabkan, aku buat Tarian Xi Shua Shua n Penguin ngan student. Tolong Biro Program. Jd Lead Dancer lak tu. Haa gitu.

Terasa bonding antara PM pada kali ini lebih erat dari yang biasa. Semua sepakat bekerjasama, mengamalkan sikap sinergi dalam pasukan. Bersatu teguh bercerai roboh. Together everyone achieve more. TEAM.

Akan kurindui semua ini. Peristiwa dan saat-2 menjadi PM akan kusimpan dalam hati. Segala memori, pengalaman, ukhwah, ilmu akan dikenang dan diingati. Ada rezeki, jadi lagi.

Once PMDS, forever PMDS. UiTM Di Hatiku.

Catat Ulasan

0 Ulasan