Soutul Aman: Johan Nasyid AIC 2015


Assalammualaikum, salam sejahtera semua.


Alhamdulillah, kami (Soutul Aman), wakil daripada Grup #Sepakat telah meraih Johan dalam Pertandingan Nasyid Arts Islamic Carnival AIC 2015 UiTM Seremban anjuran Kelab Art Deen UiTM S3.

Membawa lagu ciptaan sendiri, bertajuk : Al-Quran Penjana Transformasi Ummah, ditulis dan digubah oleh saya sendiri, Ahmad Azeem Ahmad Raslan (AZAR). Sesi latihan hampir seminggu lebih, berlatih siang malam, makan tak kenyang, tidur tak lena, telah membuahkan hasil. Tidak kami sangka yang kami akan mendapat Johan kerana lawan-2 kami semuanya hebat-2 belaka. Akan tetapi, itulah ketentuan Ilahi, kami terima dgn gembira dan semoga kejayaan ini adalah kejayaan yang diberkatiNya.

Banyak halangan dan rintangan sepanjang persediaan sblm pertandingan, namun dek kerana kesungguhan, sifat tidak berputus asa dan komitmen yg tinggi, segala kekangan dpt diatasi dgn baik sekali.

Terima kasih yg tidak terhingga kpd semua penyokong kumpulan Soutul Aman, khususnya Warga Sepakat, yang sanggup turun memberikan sokongan, berpakaian baju hitam kuning, mengetepikan assignment dan projek, demi kami. Kami terharu. Terima kasih semua.

InsyaAllah, jumpa kami lagi pada masa hadapan, dengan dendangan lagu baru : Mukmin Berjaya.

Sekian, Wassalam.

Catat Ulasan

0 Ulasan