Muhammad Fikri Bin Nor




Two of my best buds I've ever had in life.Tadi saya bercerita pasal Hafizi Jamil, sekarang ni saya nak berkongsi cerita pasal kawan sebelah kanan saya pula, saudara @fikrinor95 .Yang berbaju putih tu, nama penuhnya Muhammad Fikri Bin Nor, a.k.a Along.

Kenali beliau sejak di UiTM Merbok semasa semester 1 lagi. Mulai akrab semasa memasuki semester 2 di UiTM Seremban.Kami ni, banyak bekerja dalam satu kumpulan yang sama. Masa mula-2 masuk UiTM Seremban, saya ajak Fikri Nor untuk bersama saya menjadi Sekretariat DiPAC. Akhirnya beliau menjadi Exco Multimedia & Perhubungan Luar, dan saya bekerja di bawah beliau. Usually kami memang akan bekerjasama dalam hal-2 multimedia. Buat video, poster, shooting, banner dan seumpamanya.

Disamping DiPAC, Fikri juga bersama-sama saya dalam mengendalikan Kelab Peers UiTM Seremban. Pejam celik pejam celik, rupanya dah 4 semester dah kita dalam Peers sampai sekarang. Yang DiPAC tu, 3 semester je, sekarang dah pencen hehehe.Fikri Nor, seorang yang suka memberi nasihat dgn cara tersendiri. Usually memang nasihat semua sentap-2 menusuk qalbu la gamaknya hahaha. Tapi, pahit itulah ubat paling mujarab. Beliau juga pendengar yang setia, dan seorang kawan yang tidak akan membiarkan kawannya berada dalam kesusahan.

Wahai Along. Terima kasih, sebab selalu sangat tolong aku bila aku susah. Terkadang aku malu, tp kau tetap tolong aku. Your kindness, always fresh in my mind. Terima kasih, selalu ada dengan aku diwaktu aku susah dan senang. Terima kasih beri bahu utk aku sandar dikala aku sedih. You're a great friend.

Jujur kata, kadang-2 aku terasa jugak ngan kau sebab kadang-2 kau punya gurau tu deep betui tp itulah Fikri Nor yang aku kenal, so lambat laun aku dapat terima juga hahahaha. Moga persahabatan kita tidak terhenti di peringkat diploma sahaja. KL ngan Shah Alam dekat je, ada masa nanti kita jumpa lagi.Nanti kita g mandi kat Sg. Congkak hehehe.Thanks for everything, Along

Catat Ulasan

0 Ulasan