Gathering Terakhir BVP Bersama UKK


Assalammualaikum wbt, salam sejahtera.

Gathering Terakhir ; Barisan Veteran Peers (BVP) bersama Unit Kaunseling & Kerjaya (UKK) UiTM Seremban @ Polperro Steak House.

Angah a.k.a Iylia Syahirah je yang tak ada untuk gathering masa ni. Ada hal yang tak dapat dielakkan. Jika ada, confirm meja kami paling meriah, sebab dah cukup korum untuk buat sesi mak jemah dan sesi burung murai. Hehehe.

Gathering terakhir untuk semester ini. Lepas ni geng BVP akan ada haluan masing-masing. Insya-Allah majoriti akan sambung pengajian ke peringkat Ijazah. Ada juga yang bercadang untuk menimba pengalaman kerja dahulu sebelum menyambung pengajian dalam bidang yang sama. Ada juga dalam kalangan kami yang ingin menukar aliran pengajian. Tapi apapun keputusan yang diambil, semoga kita semua berjaya dalam mencapai kejayaan yang diidam-idamkan.

Saya berasa sungguh gembira mengenali depa semua. Baik BVP mahupun kaunselor, semuanya sekepala, gila-gila dan sporting. Lepas ini, pasti akan kurindui setiap seorang yang ada dalam gambar ini. Rindu gelak tawa, senyuman manis, percakapan, perlakuan yang dipersembahkan secara sengaja mahupun tidak sengaja.

Terima kasih, rakan seangkatan dalam kepimpinan Peers a.k.a BVP, iaitu saudara Fikri Rowrr (Along), Muhammad Iqmal (Fateh), Haziq Rasid (Aaron), Syafiqah Mohamad (Kakteh), Sesuci Lavender (Kakchik), Farisha Arifin (Kakyang), dan Iylia Syahirah (Angah) kerana banyak bersama dan membantu saya, serta menggalas harapan penasihat dalam meneruskan legasi Peers. Tanpa komitmen anda, mungkin Kelab Peers tidak akan maju seperti hari ini.

Terima kasih, Puan Norfarhana Zulkifli dan famili, kerana sudi datang, menjamu selera bersama kami, walaupun makanan kita bayar sendiri-sendiri. Hehe. Terima kasih luangkan masa bersama kami, geng-2 BVP. Lepas ni pasti akan rindu seorang puan yang brutal ni. Brutal, tapi dalam hati ada taman. Hehe.

Insya-Allah ada rezeki, jika kami sambung pengajian di UiTM Seremban, kami sambung kontrak kami dalam Peers ya. Tapi... Sebagai ahli jelah. Ehh? Yeke? Hahaha. Apapun, sokongan padu dan hati kami masih bersemadi untuk Peers

Last but not least. Terima kasih, kaunselor-2 pelatih, Kak Arra Ferra, Kak Nurul Aimuni Hamad, Kak Nurul Fadillah, dan Kak Munirah Abu Seman, atas segala memori yang kita cipta bersama. Terima kasih kerana mewarnai citra kehidupan saya dengan pelbagai cerita. Terima kasih, atas segala nasihat, sokongan, dan pandangan yang diberikan sekiranya saya ada kemukakan persoalan.

Sudah hampir 8 minggu kita bersama, dan teringat nostalgia lama. Mula-mula kenal, masing-2 diam ja, control ayu, tapi bila dah kenal, haaa... Tak berhenti bercakap. Ada je benda nak cakap. Ada je benda nak dok sakat, mengusik. Ada je modal nak kenakan orang lain. Gila-gila betul depa ni. Hahaha. Ada rezeki, kita jumpa lagi ya akak-2 sekalian.

Things end. But memories last forever.

I'll remember every face in this picture. I'll cherish all the moments that we've created together. Cewahh gituu.. Biarpun sirna dari pandangan, di mata hati masih jelas kelihatan.
Insya-Allah, esok kita last day berprogram di BNM. Jom lakar memori yang terindah bersama-sama. Tangkap gambar tanda kenangan kita.

Maksudnya apa? Maksudnya esok post saya lagi panjang la untuk hangpa. Hahaha.

Okay. Sekian, Wassalam.

Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad

HTML/JavaScript