Travelog Setengah Hari Ke SMK Seksyen 19: Homecoming



Travelog Setengah Hari ke SMKS 19
Jumaat
25.3.2016

Assalammualaikum wbt, salam sejahtera. Begini ceritanya.

Pagi tadi, saya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19, menziarahi alma mater tercinta, dan segala apa yang ada di dalamnya.

Alhamdulillah, pada hari ini, saya sempat bersua muka, bertegur sapa dengan cikgu-cikgu sekolah yang saya sentiasa hormati dan kasihi, serta kakitangan dan staf sokongan yang veteran, setia berbakti di sekolah ini.

Antara dialog-dialog cikgu yang mencuit hati tadi ialah ;
"Eh, Ahmad Azeem Ahmad Raslan... Tahniah dapat Dekan! Kamu memang layak dapat Anugerah tu. Bukan calang-calang orang boleh dapat."

"Tahniah Azeem, dapat Tokoh Kepimpinan Siswa! Kau memang bagus la Zeem..."

"Eh, abang busy datang sekolah la... Ni dah kenapa datang sekolah ni? Ingatkan dah lupa dah cikgu kat sini." (dalam nada bergurau)

"Kamu dah final semester dah? Ya Allah, cepatnya masa berlalu."

"Laa Azeem, kamu Diploma lagi? Cikgu ingat kamu dah Degree dah . Rasa macam dah lama dah kamu tinggalkan sekolah ni."

"Ni orang hebat ni, bunga dah ada belum? Haa... Jangan pulak tiba-2 nanti cikgu dapat kad jemputan..."

"Cikgu dengar kamu nak kahwin?"

"Baguslah kamu Zeem, masih ada keinginan nak datang ziarah cikgu-cikgu kat sekolah ni. Tiap-tiap tahun kamu singgah."

"Hmm.. Buat program dengan sekolah lain je, sekolah sendiri dianaktirikan. Dah pegang PRS kat sana, jomlah buat program dengan sekolah sini hehehe."

Geli hati bila teringat balik apa yang cikgu-cikgu cakap tadi. Apapun cikgu, hati saya masih lagi di sekolah. Rasa sayang pada sekolah tu, masih bertaut erat lagi.

Terima kasih cikgu, atas pujian yang diberikan. Namun, semua yang saya dapat, tidaklah kerana usaha saya seorang sahaja.

Kejayaan yang saya kecapi selama ini pun, datangnya daripada cikgu-2 juga. Cikgu-2 banyak berkorban masa dan tenaga mengajar saya, itu ini begitu begini. Selagi tak faham, selagi tu la cikgu ajar. Cikgu banyak bersabar dengan saya, melayan kerenah saya, tapi cikgu tak pernah nak ambil hati sangat. Bagi cikgu, biar penat asalkan anak muridnya faham. Tugas cikgu sangat luhur, ibarat lilin membakar diri untuk menerangi orang lain.

Kejayaan saya pun, hasil berkat daripada doa cikgu-2 juga. Tanpa doa cikgu, mungkin saya tidak akan berada di tempat yang saya ada sekarang ini.

Wahai cikgu-cikgu yang saya sayangi,

Minggu hadapan, Isnin (28.3.2016) sehingga Ahad (17.4.2016), saya akan menduduki Peperiksaan Akhir Semester UiTM Sesi Disember 2015 - April 2016. Ini adalah semester akhir saya dalam Program Diploma Pentadbiran Awam.

Doakan saya ya cikgu. Saya akan cuba buat sehabis baik dalam peperiksaan akhir ini.
Insya-Allah, saya akan hadiahkan kepada cikgu sebuah kejayaan, iaitu Anugerah Naib Canselor, iaitu anugerah untuk pelajar yang mendapat Anugerah Dekan sepanjang tempoh pengajian.

Insya-Allah, saya akan cuba buktikan bahawa, pelajar keluaran SMKS 19 ini, adalah pelajar yang hebat dan luar biasa.

Akanku tebus kegagalan SPM empat tahun yang lepas.

Doakan saya ya. Terima kasih cikgu

P/S : Maaf atas kekangan masa, xsempat nak bertemu semua cikgu yang ada tadi...
P/S : Terima kasih Cikgu Aida Rahayu, kerana belanja Char Kuetiau tadi. Rasanya terlebih sedap sebab terasa nilai kasih sayang dalam kuetiau tu hehe. Tapi serious sedap . Dan terima kasih Cikgu Aza untuk Sate Ikan, Lamb Chop n Air Ribena Lemonade

-Anak Muridmu-

Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad

HTML/JavaScript