Mengimbau Kembali Nostalgia PMDS


#s3mds #mdskp #mdsn9 MDS UiTM is just around the corner.
Which is, tomorrow.

Mengimbau kembali nostalgia.

Teringat kembali memorabilia.

Berbakti untuk anak bangsa.

Pemimpin (Pembantu Mahasiswa) Minggu Destini Siswa.

Tiga kali dah menjadi PM, dan alhamdulillah dapat jadi untuk kali yang ke empat.

Namun, perancangan Tuhan itu lebih baik. Aku tidak bisa menjadi untuk kali yang ke-4 dek kerana ada komitmen kerja.
Jujur kata, hati ini sudah di UiTM Seremban sebenarnya.

Rindu untuk menyarung vest biru gelap / hitam. Rindu untuk melayan kerenah freshman. Rindu untuk berkolaborasi sebagai satu pasukan. Dan paling teringat ialah, rindu untuk berzumba, menari, buat energizer semua tu.

Jadi PM MDS ni, memang penat. Xcukup tidur, terkejar-kejar nak makan. Baju kuyup badan berpeluh tu semestinya lah.

Semester lepas, dok berlari-lari dari level 8, turun ground floor, and then pergi ke medan makan, lari balik ke level 8. Haish, sampaikan kasut tercabut tapak kaki kiri hahaha.

Kita akan terasa mental stress, mental torture, sekali dengan sakit badan. Pressure rate memang tinggi. Tetapi, di sini la kita akan belajar untuk kerja under pressure.

Mungkin darah purple mengalir dalam badan kot, tu yang kuat sangat semangat UiTM tu. Hehehe.

Goodluck kepada Team PM MDS pada kali ini. Jadilah contoh yang terbaik kepada junior-2 baru.

Ingatlah, anda merupakan representative UiTM. Senior pertama yang depa tgok ialah anda.

Be professional. Jangan maki hamun tak tentu angin.
Respect people, and people will respect you. ‪#‎mdsn9‬

Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad

HTML/JavaScript