Abang Bass Drum


Mengimbau kembali.

Abang Bass Drum.

Alhamdulillah. Johan untuk Kontinjen Terbaik IPT Keseluruhan, bagi Kejohanan Wajadiri Kebangsaan 2017.

Kejang tangan, tegang urat, lenguh bahu, penat berdiri, menghayun pemukul drum sepenuh hati, terbalas dengan sebuah trofi.

Terima kasih Kontinjen IPT Negeri Sembilan khususnya UiTM Seremban. Semangat negeri yang membakar diri, mencetus aura, menggegarkan kompleks dengan gegak gempita, menghangatkan suasana.

Tahniah diucapkan kepada UiTM Seremban kerana mendapat pingat emas dalam acara sepasang tongkat kategori lelaki, dan pingat perak dalam acara sepasang kaki, yang juga kategori lelaki. Kalian memang layak menerimanya.

Ada juga acara yang kita tidak berjaya meraih pingat. Mungkin kerana, pingat emas milik kita pada tahun hadapan, barangkali? Usaha terus usaha, pasti ada hasilnya.

Jumpa lagi dalam Wajadiri 2018 di Selangor.

Negeri Selangor, tempat terbentuknya diriku. Merah kuning lambang kebanggaan, Selangor merancang kejayaan.

Mungkin abang bersara sementara selaku drum liner, kerana menjadi pesilat di gelanggang acara.

Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad

HTML/JavaScript