Pesanan Semasa Forum #Throwback



Forum #Throwback : Sebelum, Semasa Dan Selepas
  1. Berkongsilah ilmu. Ilmu, tidak seperti harta, tidak akan berkurang bila dikongsi dengan orang lain. Makin kita beri makin bertambah.
  2. Yakinlah bahawa keberkatan berkongsi itu akan datang dari pelbagai segi. Ada masa kita tak sempat belajar tapi Allah tolong kita dalam peperiksaan disebabkan kita permudahkan urusan orang.
  3. Berpersatuan bukan penghalang untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Jika kerja persatuan kita jalankan dgn penuh amanah dan berintegriti, maka Tuhan akan buka jalan kemudahan.
  4. Hormat semua orang, termasuk tukang cuci di kolej. Tanpa mereka, kolej tetap akan berbau busuk. Adakah kita sanggup nak kutip sampah2 tu? Berterima kasihlah kepada setiap orang yang membantu secara langsung atau tidak langsung.
  5. Berjaya atas kertas tak cukup. Dunia ini tak semudah ABC. Realiti dunia luar inginkan soft skill dan added value dalam diri. Kalau bercakap pasal pelajar 4 rata, ramai ja, tapi apa yang membezakan kita dengan dia kalau sama-2 dpt 4 rata? Added value and skillset should be it.
  6. Dunia belajar adalah tempat buat kesilapan. Betulkanlah kesilapan selagi mana boleh dibetulkan. Hal ini kerana, bila dah masuk dunia kerja, jika kita selalu buat silap, kita kena buang kerja.
  7. Berkawanlah dengan semua orang. Budaya baik kita ikut, budaya kurang baik kita hindari. Lebih indah, yang tak baik kita heret dia ke arah kebaikan. We never know who's going to help us in the future. Maybe seteru kita yang bakal menyelamatkan kita dari kapal yang hampir karam.
  8. Bukan susah nak susah, bukan senang nak senang. But bear in mind, every successful person, has a sad n painful story. Bertabahlah. Senyum.
  9. Ingat matlamat kita datang ke tempat belajar. Tetapkn pendirian. Tohmahan semua tu biasa. Keep moving forward. Bila orang berkata pasal kita, bermakna kita atas dari dia. Kita nak senangkn diri kita, bukan fikir pasal apa orang lain kata.
  10. Jadi diri sendiri. Create your brand and style.
  11. You create your own future and Allah will strategize what's the best.
Berbakti demi anak bangsa, ku datang juga dari tempat kerja. Terima kasih atas jemputan 
wahai MT DiPAC sekalian#SelamatPagi #Forum #Throwback #DVibe2017

Catat Ulasan

0 Ulasan